Sunday, August 19, 2012

Salad Nenas




1 biji nenas masak 
1/2 biji bawang besar 
3 biji limau kasturi 
1 pokok daun ketumbar 
garam dan gula secukup rasa

1.  Nenas dipotong dadu.  Bawang besar didadu kecil.  Daun ketumbar dihiris halus.


2.  Limau kasturi diambil jus.

3.  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan digaul rata.



Salad ini lebih sedap dimakan setelah disejukkan di dalam peti ais beberapa jam.



Nasi Morocco




2 cawan beras basmathi
1 cawan air rebusan daging/ayam
2 cawan air
1 biji tomato - belah 4 atau 6
1 st saffron
1 sb garam
2 sb minyak untuk menumis
2 pokok daun ketumbar - dihiris halus


Bahan tumis :
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
1" kulit kayu manis
2" halia - diketuk
1 sb jintan manis - dikisar
1 st jintan putih - dikisar
1 st lada hitam - dikisar
1 sb ketumbar - dikisar


1.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau.  

2.  Masukkan kulit kayu manis, halia, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan ketumbar.  Tumis hingga naik bau.

3.  Lepas itu masuk beras, air rebusan daging/ayam, air, tomato, saffron dan garam.  Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak dengan sendirinya.  Balik-balikkan nasi di bahagian dasar periuk perlahan-lahan supaya nasi tidak hancur.  



4.  Bila nasi dah kering, tutup api.  Taburkan daun ketumbar, kismis dan badam hiris.



Lauk nasi Morocco...boleh guna daging / ayam / tulang dimasak dengan sayur-sayuran.





Moroccon Tajine


Masakan morocco ini sebenarnya dimasak ke dalam sejenis periuk tanah bertutup yang dipanggil tajine.  Kalau tak ada periuk jenis itu gunakan aje periuk biasa.


Bahan utamanya adalah ayam, daging dan kambing.  Tapi aku gunakan tulang lembu.  Kebiasaannya turut dimasukkan limau jeruk dan buah zaitun.

1/2 kg tulang lembu
2 biji terung - dibelah 4
1 batang carrot - dibelah 4
2 biji tomato - dibelah 4
2 biji kentang - dibelah 4
20 gm halia - diketuk
1 st saffron
1 cawan air
3 helai daun bay
1 pokok daun ketumbar
2 sb minyak zaitun 
garam secukup rasa

Bahan tumis :
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang
3" kulit kayu manis
1 sb serbuk jintan manis
1 st serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk lada hitam
1 sb paprika

1.  Panaskan minyak zaitun.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

2.  Masukkan kulit kayu manis, jintan manis, jintan putih, ketumbar, lada hitam dan paprika hingga naik bau.  


3.  Kemudian masukkan tulang, daun bay dan air. Masak hingga mendidih.  

4.  Lepas itu masukkan semua bahan-bahan yang lain.  Tutup periuk dan biarkan semuanya masak.



Wednesday, August 15, 2012

Berhati-hati Ketika Anda Menyalin Pakaian di Pasaraya


Mesej ini sangat penting untuk anak-anak gadis / wanita yang menukar pakaian di pasaraya/pusat beli belah...

Hanya menjalankan ujian mudah ini : Letakkan hujung kuku anda terhadap permukaan reflektif dan jika terdapat GAP antara kuku anda dan imej kuku, maka ia adalah cermin ASLI. Walau bagaimanapun, jika kuku anda TERUS menyentuh imej anda, BERHATI-HATI..ITU CERMIN TEMBUS..ADA YANG SEDANG MEMERHATIKAN ANDA KETIKA MENUKAR PAKAIAN

Jadi ingat, setiap kali anda melihat cermin untuk menyalin pakaian,buat "ujian kuku." ambil masa seminit sahaja untuk buat ujian ini. - Sumber : Facebook

AAP - Beringat-ingat dan berwaspada sentiasa !

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Wednesday, August 8, 2012

Sayur Asin Goreng


Sayur asin, sayur jeruk, sawi asin atau sawi jeruk adalah benda yang sama.  Kalau dimasukkan ke dalam kuah asam pedas atau masak lemak memang sedap.  Kali ini kita kasi goreng sama dia.


Sayur asin atau sawi jeruk goreng ini adalah menu yang cukup simple tapi sedap.  


1 paket sayur asin
4 biji cili padi - ditumbuk kasar
1/2 biji bawang besar - di mayang
1 ulas bawang putih - dihiris
1/2 cawan ikan bilis - digoreng
1 biji cili hijau - dihiris
kicap lemak manis

1.  Sayur asin dihiris halus.  Bilaskan dengan air.  Ikan bilis digoreng garing dan toskan.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

3.  Masuk cili padi.  Gorengkan hingga agak garing dan masukkan sayur asin.  Balik-balikkan.

4.  Akhir sekali masukkan ikan bilis, cili hijau dan kicap.  Gaul rata dan angkat.

Tak perlu letak garam.  Kalau nak pecahkan telur pun sedap.




Monday, August 6, 2012

Ular Tedung Sedang Bertarung

Memang geli geleman tengok ular ni bertarung.  Ada yang kata ular ni sedang mengawan.  Tapi majoriti mengatakan ular ni sedang bertarung.  Mesti lama pertarungan ni.  Tak tahu apa jadi akhirnya kat ular ni. 


Berani sungguh orang yang merakam momen ni.



Saturday, August 4, 2012

Nasi Kabsah



2 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam
3 cawan air
3" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji tomato - didadu  
2 sb rempah kabsa
1 biji capsicum hijau/merah - didadu
1 sb saffron
2 pokok daun ketumbar - dihiris
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak.  Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sekejap hingga naik bau.
2.  Masukkan bawang besar dan bawang putih.  Tumis hingga 
wangi.
3.  Masuk rempah kabsah, tomato dan capsicum.  Tumis sekejap.
4.  Masukkan ayam.  Kacau-kacaukan biar rata dan biar sekejap.
5.  Akhir sekali masuk beras, air dan saffron bersama air rendamannya.  Kacau rata dan biar nasi masak seperti biasa.  Tabur daun ketumbar.


Bahan untuk rempah kabsa :
1 sb bunga cengkih*
1 sb lada hitam*
1 sb jintan manis*
1 sb jintan putih*
1 sb ketumbar biji*
1 sb buah pelaga*
1 sb serbuk cili 
1 sb serbuk kunyit

Goreng bahan bertanda * hingga wangi dan dikisar atau ditumbuk hingga halus.  Kemudian digaulkan bersama serbuk cili dan serbuk kunyit.

Nasi kabsah ini dimakan begitu sahaja bersama sosnya.  Oleh itu rasa garamnya mesti cukup tapi dah puasa maaflah terima ajelah apapun rasanya.  Aku sediakan sekali dengan ayam goreng.  Namun tekak orang kita ni mesti nak makan nasi macam ni dengan kuah.  Kalau nak, buatlah suka hati lauk iringannya.  


Bahan untuk sosnya yang dikisar halus :
1 biji tomato
1 biji capsicum hijau/merah
sedikit batang ketumbar
gula, garam, jus lemon




Laksa Johor




500 gm spaghetti
Spaghetti direbus hingga lembut.  Toskan.  Ambil sedikit-sedikit spaghetti itu dengan garfu dan dipusarkan lalu disusun dalam pinggan hidangan.

Bahan dan cara buat sambal belacan :
5 biji cili padi
10 biji cili merah
2 sb belacan 

Cili padi, cili merah dan belacan digoreng tanpa minyak hingga cili nampak layu.  Tumbuk semua bahan itu atau dikisar dengan sedikit air.

Bahan dan cara buat kuah laksa johor :
Bahan  A:
10 ekor ikan sardin
2 keping ikan parang
1 cawan udang kering
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Bahan B:
4 batang serai
2" lengkuas
2" halia
2 biji bawang besar

Bahan C :
4 sb cili kisar
3 sb rempah kari
2 sb kerisek
2 biji kelapa 
garam secukup rasa

1.  Bahan A :  Ikan parang dan ikan sardin dibersihkan dan direbus bersama garam dan asam keping.  Bila mendidih, keluarkan ikan dan buang tulang-tulangnya.  Kemudian dikisar bersama udang kering berserta air rebusan ikan yang mencukupi.

2.  Bahan B : Kisarkan bawang besar, halia, lengkuas dan serai. 

3.  Panaskan minyak dan tumis Bahan B hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan rempah kari.   Tumiskan hingga pecah minyak.

4.  Masukkan Bahan A.  Kacau-kacaukan dan masukkan santan, kerisek dan garam.  Masak hingga mendidih dan kuah semestinya pekat.



Ulam-ulamannya :
Tauge
Daun pudina - dihiris halus
Daun kesum - dihiris halus
Daun selasih - dihiris halus
Timun - dipotong halus membulat
Limau kasturi
Lobak asin - dicincang halus

Masa menghidang, letak spaghetti dalam pinggan.  Kemudian letak tauge, daun pudina, daun kesum, timun, kacang botol dan sayur asin.  Tuangkan dengan kuah laksa tadi.  Perahkan jus limau dan makan bersama sambal belacan.










Friday, August 3, 2012

Hari ini aku ada tamu


Dah lama tak jumpa.  Hari ni dapat peluang berbuka bersama di rumah aku.  Amiin.

Aku hanya dapat hidangkan Nasi Kabsah, Laksa Johor, Rojak Sengkuang dan Aiskrim Goreng.




Thursday, August 2, 2012

Kek Sopak nama ku beri




250 gm butter
250 gm tepung naik sendiri
180 gm gula castor
4 biji telur
1/2 cawan susu cair
1 st esen vanila
3 jenis pewarna

1.  Pukul butter dan gula hingga kembang.
2.  Masuk telur satu persatu sambil dipukul lagi adunan itu.
3.  Kemudian masuk susu cair dan esen vanila.
4.  Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati.



5.  Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.



6.  Sapukan butter dalam acuan bulat bersaiz 6" dan alas dasarnya dengan kertas baking.  Masukkan sesudu-sesudu setiap adunan bertompok-tompok.



7.  Bakar kek pada suhu 170C selama 1 jam.




Wednesday, August 1, 2012

Kisah Iktibar di Penjara Sungai Buloh

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sungai Buloh.  Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan-banduan di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang  bernama Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agung.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.  Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini.  Beliau seorang yang berdisiplin, kuat beramal, mengaji Al-Quran, solat malam dan baik di kalangan sesama banduan lain.
Pendek kata, banduan yang tiada masalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum.  Bau itu tidak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah.  Bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum di digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.  Dia digantung pada subuh pagi Jumaat.  Pada malam sebelum dia digantung, didapati si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok.  Bayangkan kalau orang nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur.  

Bila tepat jam 4.00 pagi, Amin inipun dikejutkan.  Dia terus beramal, solat taubat, tahajjud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.  Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung.  

Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.  Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga.  Maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan.  Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa.  Tiada pergerakan. Tiada jeritan.  

Didapati juga selipar jepun yang dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya.  Begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.  Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung.  Tangannya seperti orang dalam solat dan jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir.

Subhanallah.....mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung.  Begitulah kebesaran Allah yang memberi Rahmat kepada hamba-hambanya yang soleh dan sentiasa bertaubat.  Mungkin ini satu petunjuk dari Allah kepada kita semua.  

Inilah kisah yang diceritakan semula oleh ustaz tersebut.  

Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari syurga serta membawa wewangian dari syurga.  Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sangat banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin.  Malaikat Maut berkata, "Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredhaanNYA".  Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir bejana air.