120 gm butter
80 gm gula icing
1 biji kuning telur
1/2 sb serbuk nescafe
1 sb air panas
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sb serbuk koko
1. Pukul butter dan gula icing hingga kembang. Masuk kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
2. Bancuh serbuk nescafe dan air panas hingga larut. Kemudian masukkan dalam adunan tadi dan kacau lagi hingga sebati.
3. Lepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
4. Akhir sekali masukkan serbuk koko dan diuli hingga sebati dan menjadi doh.
5. Ambil sedikit doh dalam 1 sudu teh. Bulat-bulatkan dan dilonjongkan sedikit. Tekan bahagian tengahnya dengan belakang spatula atau pisau.
6. Susun atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper. Bakar biskut pada suhu 160C selama 15 minit.
6 biji buah kiwi
200 ml sirap vanila
200 ml air soda
1 liter air sejuk
1. Buah kiwi dipotong dadu.
2. Satukan sirap vanila, air soda, air sejuk. Cara buat sirap vanila sila rujuk di https://csuraya.blogspot.com/2020/01/sirap-vanila.html
3. Masukkan buah kiwi. Akhir sekali masukkan ais kiub atau sejukkan dalam petisejuk.
Sirap Vanila ni samalah dengan air gula yang likat atau pati gula. Boleh digunakan untuk buat minuman.
500 ml air
1/2 kg gula pasir
1 st esen vanila atau 1 batang vanila pod
1. Masak air dan gula pasir hingga likat.
2. Jika menggunakan esen vanila, masukkan esen vanila setelah api ditutup. Jika menggunakan vanila pod, masukkan isi dari vanila pod itu bersama ke dalam air dan gula pasir dan didihkan hingga likat.
3. Simpan sirap vanila ini dalam fridge. Ia boleh tahan hingga 2 bulan.