2 bungkus tempe
500 ml minyak untuk menggoreng
sedikit garam
Tempe dihiris nipis. Panaskan minyak hingga betul-betul panas. Kemudian gorengkan tempe itu hingga garing kekuningan atau hingga buih-buih pada tempe itu berkurangan. Toskan. Taburkan garam semasa masih hangat jika hendak rasa masin.
150 gm butter
50 gm gula ising
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/2 st esen vanila
filling - jem strawberry
paper cup-cake saiz kecil
1. Tepung gandum dan tepung jagung diayak bersama. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula ising hingga kembang. Masuk esen vanila dan pukul lagi.
3. Akhir sekali masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle no. 857.
5. Paipkan ke dalam paper cup-cake. Tekankan bahagian tengahnya dengan hujung nozzle supaya berlekuk sedikit. Letakkan sedikit jem strawberry di bahagian lekuk itu.
Selain menggunakan paper cup-cake, boleh saja dipaipkan terus di atas baking tray yang sudah dialas dengan baking paper.
6. Kemudian bakarlah biskut itu pada suhu 150C selama 15 minit.
200 gm bunga kobis
200 gm brocolli
200 gm putik jagung
200 gm carrot
200 gm kacang buncis
10 biji fish ball
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb minyak untuk menumis
2 sb air rebusan daging atau ayam
garam secukup rasa
1. Bunga kobis dan brocolli dipotong kecil. Putik jagung dibelah dua. Carrot dipotong bulat dan dibelah dua. Kacang buncis dipotong serong.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga bawang putih kekuningan.
3. Masuk fish ball, semua sayur bersama air rebusan daging atau ayam dan garam. Masak hingga sayur masak.