Monday, June 29, 2020

Kerabu Nangka Muda




2 papan nangka muda
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan santan pekat
1 sb kerisek
5 biji cili padi
1 sb belacan
2 sb beras
3 biji limau kasturi 
garam dan gula secukup rasa

1.  Nangka muda dipotong kecil dan direbus hingga betul-betul lembut.  Memang agak lama juga nak merebusnya.  Toskan nangka itu dan siat-siatkan.  

2.  Bawang besar dihiris halus.  Beras digoreng hingga kekuningan dan ditumbuk atau dikisar.  

3.  Cili padi ditumbuk bersama belacan.  Campurkan semua dan perahkan jus limau kasturi.  Gaul rata hingga sebati.





Ikan Selar Panggang & Air Asam Kerisik




3 ekor ikan selar
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumurkan dengan garam dan kunyit.  Panggang ikan tu.  Cara nak panggang tu ikan suka sendiri.  Aku letak atas frying pan, tutupkan dan biarkan hingga ikan masak di kedua-dua belah. 


Untuk buat air asam :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
10 biji cili padi hijau
4 biji cili padi merah
1 sb kerisek
1 sb belacan
2 sb asam jawa
2 cawan air
1 sb gula melaka
3 biji limau kasturi
garam secukup rasa

1.  Bawang besar dan tomato didadu kecil.  Cili padi dihiris.  
2.  Asam jawa dibancuh dengan air dan tapis.  Kemudian campurkan air asam jawa itu bersama kerisek, belacan, gula melaka dan garam.  Masak air asam itu hingga mendidih dan sejukkan.
4.  Akhir masukkan  bawang besar, tomato, cili padi dan jus limau kasturi ke dalam air asam tadi.  Gaul biar sebati.  






Thursday, June 25, 2020

Ke Mana Roh Kita Selepas Kita Mati


credit : Majalah Sinar
KE MANA ROH KITA SELEPAS KITA M@TI?
Apabila seorang hamba Allah S.W.T telah meninggal dunia, maka roh mereka akan menuju ke tujuh tempat;
  • 1. Roh para Nabi dan para Rasul menuju ke Syurga Adnin.
  • 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
  • 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin
  • 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  • 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  • 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  • 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah SAW: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya adalah;
  • 1. Orang-orang yang mati syahid.
  • 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  • 3. Orang berpuasa di hari Arafah.”
Jadilah kita orang Islam yang sempurna agar roh kita ditempatkan ke tempat yang paling baik apabila kita mati kelak.
Sentiasa kemaskini ilmu agama kita, renovate hati kita, up-grade iman kita dan up-to-date amalan kita…
InsyaAllah sama-samalah kita beringat.
Wallahu a’lam

Wednesday, June 17, 2020

Nasi Dagang Kelantan


Mula-mula keliru juga bila tengok ada orang jual nasi dagang yang berlainan rupanya tapi dorang claim itu nasi dagang asli.  Bila refer kat blog http://bicaramentari.blogspot.com/2019/10/dag.html  barulah tahu rupanya Nasi Dagang Kelantan berbeza sedikit dari Nasi Dagang Terengganu. Nasi Dagang Kelantan menggunakan beras yang telah dicampur dengan beras perang.  Aku beli beras ini di pasaraya.


A : Cara buat Nasi Dagang
2 cawan beras nasi dagang
3 ulas bawang merah - dihiris
1/2 halia - dihiris
1 st halba
2 helai daun pandan
2 cawan santan
garam secukup rasa

1.  Beras dibasuh bersih dan direndam dalam 4 jam dan toskan.  
2.  Masukkan beras ke dalam loyang bersama daun pandan.  Kukus beras tanpa air hingga beras kembang.
3.  Keluarkan beras itu dan digaul bersama santan dan garam.  Masukkan santan itu sedikit demi sedikit sambil digaul.  
4.  Kukus semula beras itu dalam 5 minit.  Kemudian gaul-gaulkan nasi itu dan tuangkan lagi santan secukupnya.  Tabur di atasnya bawang merah, halia dan halba.  Kukus lagi hingga nasi betul-betul masak.  Kalau nasi itu macam keras, tambah sedikit lagi santan cair atau air saja.  Sesekali buka penutup kukusan dan digaul-gaulkan nasi itu agar ia masak sama rata.


B : Cara buat gulai ikan tongkol
1 ekor ikan tongkol
3 sb rempah kari ikan
2 sb cili kisar
2 biji telur - direbus
500 ml santan
2 keping asam-keping
1 sb gula melaka
air secukupnya untuk merebus ikan
garam secukup rasa

Bahan kisar :
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" lengkuas
2" kunyit hidup
1 sb biji ketumbar
1" halia

1.  Ikan direbus dengan garam, asam keping dan gula melaka.  Sukatan air lebih seinci dari paras ikan.  Setelah mendidih, tapis dan asingkan air rebusan ikan.  
Sebaiknya disimpan semalaman tapi aku terus masak aje.  

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. 
3.  Lepas itu masuk cili kisar dan serbuk kari.  Tumis lagi hingga pecah minyak.

4.  Masukkan air rebusan ikan dan santan.  Biarkan mendidih sambil dikacau-kacau.

5.  Kemudian masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama telur rebus, asam-keping dan garam.  Masak lagi hingga mendidih dan masukkan cili padi.


C :  Cara Buat Sambal Kelapa 
1/2 biji kelapa parut
2 ekor ikan kembong
3 ulas bawang merah
1 hiris halia
1 batang serai
garam secukup rasa

1.  Ikan direbus dan diasingkan isi dan tulang.  
2.  Kelapa digoreng hingga keperangan.  
3.  Kisar bawang merah, halia dan serai hingga halus.  
4.  Masak bahan kisar hingga kering.  Masuk kelapa goreng dan ikan rebus.  Goreng hingga kering dan sejukkan.  Kemudian dikisar separuh halus.  


D :  Cara Buat Acar
1 batang timun
1 batang carrot
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
2-3 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

1.  Timun dibuang empulurnya dan dipotong halus memanjang.  Carrot juga dipotong sama.  Bawang besar dihiris.  Cili merah dihiris atau dipotong kecil.
2.  Campurkan timun, carrot, bawang besar, cili merah, garam, gula dan perahkan jus limau kasturi.



E :  Cara Buat Sambal Lada
5 biji cili merah
5 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi
gula dan garam secukup rasa

1.  Goreng cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang putih tanpa minyak hingga layu.
2.  Kemudian dikisar kasar.  Perahkan jus limau kasturi dan masukkan garam dan gula.  






Monday, June 1, 2020

Mee Calong



450 gm mee kuning
200 gm ikan tenggiri
1 sb tepung jagung
2 keping tauhu
1 keping fish cake
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
1 st serbuk lada hitam
3 pokok sawi
1 pokok daun sup - dihiris
1 liter air
2 biji telur
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sambal kicap
cili padi potong
sedikit bawang goreng

1.  Mee kuning dicelur dan ditoskan.  Tauhu digoreng.  Fish cake dipotong.  Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk.

2.  Ikan tenggiri diambil isinya.  Tulang dan kulitnya direbus dengan air dan tapis diambil airnya.



3.  Isi ikan tenggiri dilecek dengan garfu supaya hancur.  Kalau banyak boleh dikisar.  Campurkan isi ikan itu dengan tepung jagung dan 1 st bahan tumbuk tadi.  Gaul hingga sebati.  Ambil 2 batang sudu, dibasahkan dengan air.  Diambil sedikit isi ikan itu dan dibulat-bulatkan menggunakan 2 batang sudu itu.



4.  Tauhu goreng tadi dibelah dua dan dibelah sedikit bahagian tengahnya tapi jangan sampai putus.  Ambil sedikit isi ikan tadi dan sumbat dalam tauhu itu.

5.  Panaskan minyak dan tumis bawang tumbuk tadi hingga naik bau atau sedikit kekuningan.

6.  Masuk air rebusan ikan tadi.  Bila mendidih, masukkan bebola ikan dan tauhu.  Biar mendidih sekali lagi dan hingga isi ikan itu masak.

7.  Masa tengah mendidih itu, masukkan telur, fish cake, sawi dan garam.  Bila dah masak, tutup api.



8.  Untuk menghidang, masukkan mee kuning dalam mangkuk dan tuang sup tadi bersama isinya.  Tabur daun sup, bawang goreng, cili padi dan sambal kicap.