2 cawan beras basmathi
3 cawan air
2 helai daun pandan
3" kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
7 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
sehiris halia
2 sb minyak untuk menumis
1. Beras basmathi direndam dalam 20 minit. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.
3. Masuk pula bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga kekuningan.
4. Kemudian masuk beras dan daun pandan. Goreng sekejap beras itu dan masukkan air serta garam. Masak nasi hingga masak. Masa menghidang, taburkan bawang goreng.
Nasi tumis ni sedap dimakan bersama sambal tumis, ikan masin dan ulam timun.
No comments:
Post a Comment