Wednesday, February 27, 2019

Roti Telur Tampal




4 keping roti sandwich
3 biji telur
1 biji bawang besar
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 pokok daun ketumbar
1/4 st serbuk cili
1/4 st garam masala
2 sb minyak
secubit lada sulah
sedikit garam

1.  Bawang besar dan tomato didadu kecil.  Cili padi dan daun ketumbar dihiris.



2.  Pecahkan telur dan dicampur bersama bawang besar, tomato dan cili padi, daun ketumbar, serbuk cili, garam masala, lada sulah dan garam.  Pukul campuran telur itu.



5.  Panaskan minyak dan tuangkan telur tadi tapi separuh sahaja.  Ratakan telur itu di seluruh pan.  Segera letakkan 2 keping roti tadi di atas telur yang didadar itu.  



6.  Bila telur dibahagian bawah dah garing, terbalikkan ia.  Biarkan roti itu kekuningan.  Lepas itu terbalikkan semula telur itu dan dilipat dua roti itu.  





7.  Letak dalam pinggan dan dipotong 4.  Boleh dimakan begitu sahaja atau ditabur sos di atasnya.





Wednesday, February 20, 2019

Buat gula icing sendiri


Dah beberapa hari ni aku ulang-alik kat kedai kawasan rumah aku ni nak beli gula icing.  Malangnya tak ada stok.  Bila time kau tak nak pakai berpaket-paket tersusun atas rak tapi bila time nak pakai, berhari-hari tak de stok.

Nak pergi tesco jauh sangat.  Dalam termenung, teringat aku baca kat satu blog omputih mana tah yang gula icing ni boleh dibuat sendiri aje.  Gula pasir dikisar halus bersama tepung jagung.

Ha...selesai masalah.



1 cawan gula pasir + 1 sb tepung jagung.



Sawi Bunga Goreng Belacan




Lama sungguh tak makan sawi bunga ni.  Sedap dan rangup aje bila makan.  



300 gm sawi bunga
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 sb belacan
1/2 cawan air
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Sawi dibersihkan dan dipotong.  Bawang besar dan bawang putih dihiris.  Cili merah juga dihiris.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan belacan hingga naik bau.


3.  Masukkan sawi, air dan garam.  Balik-balikkan hingga sawi masak.  Tutup api.



Friday, February 15, 2019

Jejari Roti Coklat




1 bungkus roti sandwich
200 gm coklat masakan
3 cawan nestum

1.  Roti yang sebaik digunakan adalah sandwich maximo ataupun high5.  Roti dipotong kecil memanjang.  Sekeping roti boleh dapat 16 potongan.



2.  Susun potongan roti di atas dulang pembakar yang dialas baking paper.  Bakar roti itu sehingga kekuningan sedikit supaya roti itu benar-benar garing seperti biskut.



3.  Cairkan coklat masakan guna kaedah double boiler.  Sediakan nestum dalam satu bekas.  Celupkan roti-roti yang dibakar tadi ke dalam coklat dan lumurkan dengan nestum.





Thursday, February 14, 2019

Bubur Nasi untuk orang sakit



1 cawan beras
2 helai daun salam
air secukupnya
sehiris halia 
garam secukup rasa

Bahan sampingan :
20 gm soun
20 gm kulit tauhu
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/3 cawan ikan bilis goreng
sedikit bawang goreng
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Masak nasi seperti biasa.  Lepas itu tambahkan air, halia dan dalam salam.  Masak lagi hingga menjadi bubur.  



2.  Hiris bawang besar dan cili merah.  Didihkan air dan rebus soun dan kulit tauhu hingga lembut.  Toskan.



3.  Panaskan minyak dan tumis bahan hiris itu hingga naik bau.




4.   Masuk soun, kulit tauhu dan garam.  Masak hingga kering.  





5.  Akhir sekali hidangkan bubur nasi dengan soun goreng tadi bersama bawang goreng, ikan bilis goreng dan serbuk lada sulah.  




Friday, February 1, 2019

Ikan Masak Cuka




Bahan A :
2 ekor ikan mabong
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Bahan B :
1 biji bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau/4 biji cili padi - dihiris
1/4 st biji sawi
sehiris halia - dihiris halus 

Bahan C :
2 sb cuka
1 cawan air
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

1.  Bahan A :  Ikan digaram-kunyit dan digoreng hingga garing.  Ketepikan.



2.  Dengan menggunakan minyak bekas menggoreng ikan tadi, ditumis Bahan B hingga bawang layu.



3.  Masuk cuka, air dan garam.  Bila telah mendidih, masuk ikan yang digoreng tadi.

Penggunaan cuka itu boleh dikurangkan atau ditambah mengikut selera masing-masing.