Tengok pada resipi dan cara membuatnya, macam senang aje kan? Tapi kalau order di restoran, banyak yang tak menepati citarasa. Sebab aku pernah makan prawn fritters yang disediakan oleh chef yang bekerja di tempat kerja aku. Bulat-bulat dan licin berkilat aje rupa prawn frittersnya beserta dengan rangupnya...memang sedap.
1/2 kg udang besar
2 cawan tepung naik sendiri
2 sb tepung kastad
1 sb gula pasir
1 sb serbuk kari
1 biji telur
1 ulas bawang putih
1 sb minyak masak
150 gm air
garam secukup rasa
1. Udang dibuang perut, kepala dan kulit di bahagian badan udang. Tinggalkan ekornya sahaja. Basuh dan toskan udang itu hingga kering airnya. Boleh aje ditekapkan dengan kitchen towel.
2. Campurkan tepung gandum, tepung kastad, serbuk kari, gula dan garam.
3. Whisk telur dengan bawang putih dan minyak. Kemudian masukkan ke dalam campuran tepung tadi. Gaulkan sedikit.
4. Lepas itu masuk air dan gaulkan hingga adunan menjadi sebati. Perapkan 30 minit.
5. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Ambil seekor udang dan celupkan ke dalam adunan tepung tadi hingga seluruh udang itu bersalut dengan adunan itu. Goreng udang itu hingga garing kekuningan.
No comments:
Post a Comment