Sunday, April 29, 2012

Ikan Sisa Nabi Masak Sambal Darat



Selain dipanggil Ikan Sebelah, ikan ini juga digelar Ikan Sisa Nabi. 
Menurut alkisah yang aku baca, ikan jenis ini pernah dimakan oleh Nabi Sulaiman a.s.  Disebabkan ikan itu tidak dapat dihabiskan di bahagian sebelahnya maka Nabi Sulaiman a.s. telah membuangkan sisa ikan itu ke dalam laut.  Dengan kuasa Allah swt ikan itu hidup semula dengan bentuk rupanya yang tinggal sebelah badan aje.  Maka dengan itu, ikan ini digelar Ikan Sebelah ataupun Ikan Sisa Nabi.  


1 ekor ikan sisa nabi
200 gm cili hijau
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb belacan
2 sb taucu
3/4 cawan air asam jawa
1 sb serbuk kunyit
garam secukup rasa

1.  Ikan digaram-kunyit dan digoreng hingga garing.  Ketepikan.

2.  Cili hijau, bawang besar dan bawang putih dihiris.  Gaulkan bawang besar dan bawang putih dengan belacan.

3.  Dengan menggunakan bekas minyak goreng ikan tadi, tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan belacan tadi.  Tumis hingga naik bau.

4.  Lepas itu masuk cili hijau.  Tumis lagi dalam 5 minit.

5.  Kemudian masukkan air asam jawa.  Biarkan sehingga cili nampak layu dan mulai lembap sedikit.

6.  Akhir sekali, masukkan taucu dan sedikit garam.  Perlu diingat, taucu tu sudah sedia masin, jadi kalau tak nak masuk garam pun tak apa.

7.  Gaul-gaulkan sekejap dan curahkan atas ikan yang digoreng tadi.







Saturday, April 28, 2012

Kek Kukus Ombre



4 biji telur
200 gm gula halus
1 st ovalette
200 gm tepung gandum
1 st baking powder
100 ml santan
100 ml minyak atau butter cair
1st esen vanila
pewarna

1.  Pukul telur, gula dan ovalette hingga betul-betul kembang.


2.  Masuk tepung.  Gaul hingga sebati dan masukkan pula vanila serta santan.  Gaul lagi hingga sebati.


3.  Akhir sekali masukkan minyak atau butter cair.  Gaulkan hingga sebati.

4.  Kemudian adunan dibahagi kepada 3 bahagian dan diwarnakan ikut suka.  Di sini kita guna pewarna merah.
a)  warna asal
b)  merah pudar
c)  merah pekat

5.  Griskan loyang ukuran 7" dengan planta dan dialas dengan baking paper.   


6.  Tuangkan adunan 
a)  warna asal - kukus 10 minit
b)  merah pudar - kukus lagi 10 minit
c)  merah pekat - akhir sekali kukus 20 minit

Tutup permukaan loyang dengan wrapping plastik supaya dapat permukaan yang rata.  Yang ni jadi berombak sebab dah lupa nak tutup.




Wednesday, April 25, 2012

Kek Butter/Mentega


Kek mentega atau butter ini adalah kek biasa aje.  Walaupun resipinya ringkas tapi rasanya sungguh sedap.



250 gm mentega/butter
250 gm tepung naik sendiri
180 gm gula castor
4 biji telur
1/2 cawan susu cair
1 st esen vanila

1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.  Masuk telur satu persatu sambil dipukul.
3.  Masuk esen vanila dan susu cair.  Gaul rata.



4.  Akhip sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata.  Masukkan dalam acuan yang telah disapu butter dan dialas dengan baking paper.  Saiz acuan boleh gunakan saiz 7"x7".



5.  Bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak.




Saturday, April 21, 2012

Udang Goreng Tepung


Tengok pada resipi dan cara membuatnya, macam senang aje kan?  Tapi kalau order di restoran, banyak yang tak menepati citarasa.  Sebab aku pernah makan prawn fritters yang disediakan oleh chef yang bekerja di tempat kerja aku.  Bulat-bulat dan licin berkilat aje rupa prawn frittersnya beserta dengan rangupnya...memang sedap.



1/2 kg udang besar
2 cawan tepung naik sendiri
2 sb tepung kastad
1 sb gula pasir
1 sb serbuk kari
1 biji telur
1 ulas bawang putih
1 sb minyak masak
150 gm air
garam secukup rasa

1.  Udang dibuang perut, kepala dan kulit di bahagian badan udang.  Tinggalkan ekornya sahaja.  Basuh dan toskan udang itu hingga kering airnya.  Boleh aje ditekapkan dengan kitchen towel.

2.  Campurkan tepung gandum, tepung kastad, serbuk kari, gula dan garam.  



3.  Whisk telur dengan bawang putih dan minyak.  Kemudian masukkan ke dalam campuran tepung tadi.  Gaulkan sedikit.



4.  Lepas itu masuk air dan gaulkan hingga adunan menjadi sebati. Perapkan 30 minit.



5.  Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.  Ambil seekor udang dan celupkan ke dalam adunan tepung tadi hingga seluruh udang itu bersalut dengan adunan itu.  Goreng udang itu hingga garing kekuningan.







Thursday, April 19, 2012

Biskut Coklat Chip



1 cawan butter
1/4 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sb esen vanila
1 st baking soda
1/2 st garam
1 1/2 cawan coklat chip
1 cawan walnut cincang

1.  Pukul butter, gula halus dan gula perang hingga kembang.




2.  Masuk telur satu persatu sambil dipukul rata.


3.  Masukkan esen vanila, baking soda dan garam.  Gaul rata.


4.  Masukkan tepung dan digaul sebati.


5.  Akhir sekali masukkan coklat chip dan walnut cincang.




6.  Ambil 1 st adunan tadi dan susunkan atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.




7.  Bakar pada suhu 175C / 350F selama 10 minit.







Friday, April 13, 2012

Khusus untuk orang yang nak 'bermadu'


Puisi ni aku ambil dari wall kawan aku di facebook.  Kepada tuan punya puisi ni, mohon izin dikongsi bersama ayat-ayat yang indah ni. 
_____________________________________________________

PUISI SUAMI PADA ISTERI UNTUK KAHWIN LAIN

Isteriku,
jika engkau bumi... akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.


Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain…

BALASAN PUISI SUAMI DARIPADA ISTERI
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…
AKAN TETAPIIII...
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah….!!!



Monday, April 9, 2012

Sayur Tiu Miu Goreng



200 gm sayur tiu miu
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
4 biji fish ball - dipotong nipis
1 biji cili merah - dihiris
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.  


2.  Masuk fish ball dan goreng sekejap.

3.  Lepas itu masukkan sayur tiu miu dan garam.  Gorengkan hingga sayur masak dan warna sayur itu akan menjadi lebih kehijauan.