Monday, September 12, 2011

Terima kasih pada Tuan Sabri

Aku amat-amat berterima kasih kepada Tuan Sabri kerana telah membantu aku menyelesaikan masalah aku.  Masalahnya adalah terlalu remeh tapi disebabkan ada pihak yang cuba memperlekehkan aku dan terus-terusan seperti cuba bermain api dengan aku yang bermula sejak bulan April hingga awal September ini yang telah membuatkan aku tidak mempunyai pilihan lain selain meminta pertolongan dari PDRM....

Jasa Tuan Sabri dan kakitangannya yang memberi kerjasama baik kepada aku akan aku ingat selamanya.  Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Sabri dari Balai Polis Batu 18 Hulu Langat.   

Photo dari utusan malaysia (google search)


Melihat dari cara beliau bercakap, aku andaikan beliau memang seorang yang berhemah bila berkata-kata.  Ada ketegasan disebalik kata-katanya yang bernada tenang.

Apapun, terima kasih pada anggota-anggota PDRM di Balai Polis Batu 18 ini yang memang telah banyak membantu aku semenjak aku tinggal di kawasan ini.



No comments:

Post a Comment