Baru-baru ni aku adalah menghadiri satu jemputan kahwin. Seperti biasa setiap tetamu akan dibekalkan dengan gift berupa paper bag kecil. Didalamnya terdapat sebiji cup cake, coklat dan buku yasin. Memanglah ini semua biasa berlaku di mana-mana.
Tetapi ada sesuatu yang aku nampak yang tak sepatutnya berlaku. Tuan rumah adalah juga mengundang tetamu-tetamu bukan Islam. Mereka itu juga dibekalkan dengan gift yang sama. _&@#*&* aku nampak tetamu bukan Islam itu membuangkan buku Yasin itu semasa mereka hendak masuk ke dalam kereta.
Kalau iye pun nak bagi buku Yasin, kenalah diasingkan gift untuk tetamu Islam dan bukan Islam. Atau lebih baik jangan dijadikan buku Yasin tu sebagai gift.
Ini adalah majlis yang kedua yang aku dapat gift mengandungi buku Yasin. Macam satu trend pulak bagi buku Yasin sebagai gift.
Kepada sesiapa yang terbaca coretan aku ini, beringat-ingatlah. Masih banyak lagi benda yang boleh dibuat gift.
No comments:
Post a Comment