Sunday, May 29, 2011

Sakit dan Tanda-tanda

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
-  Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.

-  Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

Hidung sebu
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
-  Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin
-  Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
-  Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


Batuk
-  Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
-  Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
-   Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.



BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat

  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.


MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.



TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.



KULIT
Peluh

  • Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.



SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit

  1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
  2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).



TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:

  • Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.



MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:

  • Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman



KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.



BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.

Najis Berdarah:
  • Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.


TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.

  1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
  2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.



TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:

  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.

Cara Rasulullah Makan

Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,  sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut.  Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.


Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.  Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral.  Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit.  Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.


Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.  Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Thursday, May 19, 2011

Pajeri Terung




2 biji terung
3 sb rempah kari
2" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sb asam jawa + 1 cawan air
2 sb minyak untuk menumis
1 st gula pasir
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1" halia - dihiris
1 sb belacan

1.  Terung dibelah dua dan dikelar di bahagian tengahnya supaya rempah meresap ke dalamnya.

2.  Bancuh rempah kari dengan sedikit air.


3.  Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.

4.  Masuk bahan tumbuk dan tumis hingga kekuningan.  Kemudian masukkan rempah kari dan tumis lagi hingga garing.

5.  Lepas itu barulah dimasukkan air asam jawa, terung, garam dan gula.  Masak hingga terung lembut.








Saturday, May 14, 2011

Nasi Goreng Sambal Ketuk



300 gm nasi sejuk
3 sb sambal ketuk (resipi di sini)
200 gm kobis hiris
6 biji fish ball
1 biji telur
3 sb minyak untuk menumis
sedikit kicap lemak manis
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan masukkan sambal ketuk.  Tumis hingga garing.  


2.  Masuk pula fish ball, kobis  dan pecahkan telur.  Biarkan telur masak sekejap dan barulah digaul.  Masak hingga kobis nampak layu.


3.  Kemudian masuk nasi sejuk dan kicap.  Gaul hingga nasi dan semua bahan bercampur rata.  Masak lebih kurang 5 minit dan masukkan garam.  Gaul-gaulkan dan tutup api.



Friday, May 13, 2011

Sambal Ketuk




100 gm cili padi hijau (campur merah pun boleh)
5 biji cili merah
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
2" belacan bakar atau digoreng tanpa minyak
1/2 cawan ikan bilis - digoreng garing
1 biji limau nipis diambil jusnya 
1 st minyak zaitun

1.  Cili padi dan cili merah dibuang biji dan dipotong kasar supaya mudah hancur bila ditumbuk.  Panaskan minyak dan digoreng cili-cili dan bawang putih sehingga layu dan agak garing.  Ketepikan.




2.  Bawang besar dihiris dan digoreng di dalam kuali yang sama tanpa perlu ditambah minyak.  Goreng sehingga layu.  Ketepikan.



3.  Tumbuk cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan.  Bila telah digoreng, mudah aje bahan-bahan itu hancur.

4.  Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi bersama ikan bilis goreng, bawang besar dan garam.  Ikan bilis goreng itu boleh juga ditumbuk sedikit.

5.  Lepas itu perahkan jus limau nipis. 

Huuuuhhhh.....rasa macam keluar asap di telinga dan hidung.....memang sedap dan baunya sungguh harum.  Sesapa yang tak tahan pedas tuh, janganlah makan yer.



Kalau ada lebih, sambal ini juga boleh dijadikan perencah untuk nasi goreng.


Ikan Sebelah Masak Taucu


Inilah baru pertama kali aku dengar nama Ikan Sebelah.  Member-member aku kata sedap isi ikan ni.  Nama lain bagi ikan ni ialah Ikan Sisa Nabi.  Menurut kisah yang ku dengar, ikan ni telah dimakan oleh Nabi Allah Sulaiman.  Nabi Allah Sulaiman tidak dapat menghabiskan memakan ikan ini lalu membaling ikan yang tinggal sebelah itu ke dalam laut.  Dengan kuasa Allah, ikan ini kembali bernyawa.  Maka kerana itulah ikan ini mendapat nama Ikan Sebelah atau Ikan Sisa Nabi.

(Tapi kalau nak tahu cerita yang lebih detail, surf lah kat internet).

Ikan ni nampak gelap dan macam tiada sisik tapi bila dikikis, punyalah banyak sisiknya.  Bahagian bawah ikan ni macam ikan pari; ialah isinya kan sebelah aje. 


1 ekor ikan sebelah/ikan sisa nabi
1 biji bawang besar - dihiris
1" halia - dihiris memanjang
1 1/2 sb taucu
2 ulas bawang putih - dimayang
1 cawan air asam jawa
1 biji cili merah - dihiris

1.  Setelah ikan disiang, digaram kunyit lalu digoreng hingga garing.  Ketepikan.


2.  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.

3.  Masuk taucu diikuti dengan air asam.

4.  Bila mendidih, tuang kuah pada ikan yang telah digoreng tadi.

5.  Tabur dengan cili merah hiris.



Sunday, May 1, 2011

Royal Wedding Cake

Jom kita tengok Royal Wedding Cake
untuk perkahwinan
Putera William & Kate Middleton.