Friday, April 15, 2011

Lopes




1 cawan beras pulut
1 helai daun pandan
1/2 st air kapur
1/2 st garam
1/2 biji kelapa parut putih
daun pisang secukupnya
lidi pencungkil

Sirap gula melaka :
100 gm gula melaka
1/4 cawan air
1 helai daun pandan

1.  Rendam beras pulut bersama garam dan air kapur selama 3 jam. 
Sediakan daun pisang yang lebar bersaiz 3"x7".  Dilayur atas api supaya tidak koyak semasa membalut lopes.



2.  Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam kelongsong daun pisang bentuk tiga segi.  Balutkan pulut itu kemas-kemas dan disematkan dengan lidi.




3.  Didihkan air di dalam periuk dan rebuskan bungkusan pulut itu selama 30 minit atau hingga masak.



4.  Toskan lopes yang sudah direbus itu dan biarkan sejuk seketika. Bukakan balutan lopes itu dan disalutkan dengan kelapa parut.

5. Bila hendak dimakan barulah disiramkan dengan sirap gula melaka.



Membuat sirap gula melaka :
1.  Gula melaka disagat atau dihiris. 

2.  Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan.  Masak hingga gula larut.

3.  Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.



Untuk menghidang lopes, salutkan setiap kepingan lopes itu dengan kelapa.  Kemudian dituangkan sirap gula melaka yang pekat di atasnya.


Boleh juga diwarnakan hijau.







2 comments:

  1. Gigihnya u...kak gerau pun tak pernah buat ni...

    ReplyDelete
  2. Kite pun baru tau buat nih mudah jer. Klu dengar orang cite mcm payah benar nak buatnya. Tapi kite tak de lah nak buat guna kelongsong daun pisang macam dodulu.

    ReplyDelete