Monday, April 25, 2011

A Letter From Mum And Dad

Aku dapat bait-bait nota yang sungguh indah dan bermakna ini dari FB seorang kawan aku.


My Child,
I hope you understand 
and have patience with me.

In case I break a plate 
or spill soup on the table because
I m loosing my eyesight
I hope you don't yell at me.

Older people are sensitive
Always having selfpity when you yell

When my hearing gets worse
And I cant hear what you're saying
I hope you don't call me "DEAF"
Please repeat what you said or 
write it down....

..........I'm getting older.

When my knees get weaker
I hope you have the patience
to help me get up
Like how I used to help you
while you were little 
...........learning how to walk.

Please bear with me.

When I keep repeating myself
like a broken record,
I hope you just keep listening to me.

Please don't make fun of me
or
Get sick of listening to me

Do you remember when you were little
and you wanted a balloon?
You repeated yourself over and over
until you got what you wanted

..........Please also pardon my smell
I smell like an old person.

Please don't force me to shower
My body is weak

Old people get sick easily when they're cold
I hope I don't gross you out.

Do you remember when you were little?
I used to chase you around because 
you didn't want to shower.

I hope you can be patient with me
When I'm always cranky
It's all part of getting old
You'll understand when you're older.

And if you have spare time
I hope we can talk
Even for a few minutes.

I'm always all by myself all the time
And have no one to talk to
I know you're busy with work

Even you're not interested in my stories
Please have time for me.

Do you remember when you were little?
I used to listen to your stories
about your teddy bear.

When the time comes
And I get ill and bedridden,
I hope you have the patience to take 
.......care of me.

I'M SORRY
if I accidentally wet the bed 
and make a mess

I hope you have the patience to
take care of me during the
last few moments of my life.

I'm not going to last much longer, anyway.

When the time of my death comes
I hope you hold my hand
and gave me the strength to face death.

And don't worry 
when I finally meet our CREATOR
I will whisper in his ear
to BLESS YOU.

Because you love your MUM and DAD.

Thank you so much for your care 
We love you.

with much love,
MUM & DAD.

Sunday, April 24, 2011

Kuah Masak Lada



Ini satu lagi masakan yang sering disediakan oleh arwah emak aku.  Orang Melaka memang tahu kuah ni.  Kuah ni mesti cair, kalau pekat tak sedap.  Pada tekak aku kuah ni memang sedap sangat.

Kuah ni macam kari tanpa santan.  Istimewanya ia guna kelapa bakar.  Kalau tak nak guna rempah kari yang sedia ada, boleh buat rempah sendiri yang terdiri dari serbuk cili, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan serbuk kunyit sikit.


Tambah sedap lagi kalau dimakan bersama sambal goreng ke...ikan masin ke...sambal belacan ke......tak yah dah lauk lain.

1 ekor ikan tongkol
2 sb serbuk rempah kari
1 st belacan
2" isi kelapa tua
2 sb asam jawa
700 liter air
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan ditumbuk kasar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2" lengkuas
1" halia

1.  Isi kelapa dibakar sampai naik bau.  Lepas tu kikiskan kerak hitam tu dengan pisau dan kelapa itu ditumbuk halus.


2.  Rempah kari dibancuh dengan sedikit air bersama belacan dijadikan pes.  Asam jawa dibancuh dengan sedikit air.


3.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama kelapa tumbuk tadi hingga naik bau.

4.  Kemudian masuk rempah kari.  Boleh aje masuk daun kari kalau ada.  Tumis sekejap dan masuk ikan.  Tumis lagi hingga rempah menjadi garing dan pecah minyak.  Ikan pula menjadi sebati dengan rempah yang ditumis.


5.  Akhir sekali masuk air asam jawa dan air.  Biarkan kuah mendidih dan masuk garam.  

Kuah masak lada ni boleh dimasukkan sayur seperti terung, bendi dan tomato juga.




Saturday, April 23, 2011

Gadget

Sebenarnya gadget ni aku pernah le tengok dalam katalog kawan aku kira2 3 tahun dulu.  Tapi aku tak minat nak beli.  Nampak macam nak main pondok-pondok je.


Tapi hari tuh aku ternampak di Tesco.  Pikir punya pikir, aku sebat leh satu.  Nak try.


Eh eh...memang bagus rupanya gadget nih.  Menyesal tak beli dulu.


Ni ha...gadget cepat dan mudah untuk potong epal.



Saturday, April 16, 2011

Puding Karamel



Untuk Karamel :
4 sb gula pasir

Masak gula hingga larut dan menjadi sedikit keperangan.  Jangan terlalu gelap warnanya, nanti terlalu pahit.  Lepas itu tuang dalam acuan.

Untuk Puding :
400 ml susu cair
5 sb gula halus
3 biji telur
1 st esen vanila


1.  Whisk telur dan gula perlahan-lahan.  Whisk hingga gula larut.  

2.  Dalam periuk lain, hangatkan susu cair dan vanila.  Tapi jangan sampai mendidih.

3.  Masuk susu sedikit demi sedikit dalam telur dan kacau perlahan.

4.  Tuang dalam acuan berisi gula hangus tadi.  Sebaiknya ditapis adunan itu kalau tak nak ada biji-biji pada puding itu macam yang aku buat ini.  Kukus 30 minit.

5.  Bila masak biarkan sehingga sejuk seketika dan barulah dimasukkan dalam peti ais.



Friday, April 15, 2011

Lopes




1 cawan beras pulut
1 helai daun pandan
1/2 st air kapur
1/2 st garam
1/2 biji kelapa parut putih
daun pisang secukupnya
lidi pencungkil

Sirap gula melaka :
100 gm gula melaka
1/4 cawan air
1 helai daun pandan

1.  Rendam beras pulut bersama garam dan air kapur selama 3 jam. 
Sediakan daun pisang yang lebar bersaiz 3"x7".  Dilayur atas api supaya tidak koyak semasa membalut lopes.



2.  Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam kelongsong daun pisang bentuk tiga segi.  Balutkan pulut itu kemas-kemas dan disematkan dengan lidi.




3.  Didihkan air di dalam periuk dan rebuskan bungkusan pulut itu selama 30 minit atau hingga masak.



4.  Toskan lopes yang sudah direbus itu dan biarkan sejuk seketika. Bukakan balutan lopes itu dan disalutkan dengan kelapa parut.

5. Bila hendak dimakan barulah disiramkan dengan sirap gula melaka.



Membuat sirap gula melaka :
1.  Gula melaka disagat atau dihiris. 

2.  Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan.  Masak hingga gula larut.

3.  Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.



Untuk menghidang lopes, salutkan setiap kepingan lopes itu dengan kelapa.  Kemudian dituangkan sirap gula melaka yang pekat di atasnya.


Boleh juga diwarnakan hijau.







Tuesday, April 12, 2011

Kerepek Popia Nestum



1 paket kulit popia
1 cawan nestum
1/2 cawan gula halus
1 sb tepung gandum + 1sb air (sebagai gam)

1.  Gulung kulit popia dan tampal hujungnya dengan gam tepung tadi.  Kemudian dipotong serong.




2.  Panaskan minyak dan gorengkan potongan gulungan kulit popia itu hingga kekuningan.  Toskan.



3.  Selepas itu, terus gaulkan ia dengan nestum dan gula halus. 
Simpanlah dalam bekas kedap udara.





Monday, April 11, 2011

BBQ di rumah Yong

Macamanalah nak kurus macam nih!!!

Dah berapa hari ni aku elak makan makanan berat.  Nasi pun aku tak jamah.  Tapi time-time tu lah ada aje orang yang belikan nasi lah, yang jemput dinner lah.............habis nak buat cam no.

Kalau ditolak, kecil hati pulak.

Apapun, rezeki jangan ditolak.




Sunday, April 10, 2011

Jawapan Sejarah Yang Buat Cikgu Pengsan

"Kalu mcm ni punya jwpan..bkn cikgu saja pengsan..ketua kampung pun boleh kena TB tau..
Cikgu ni mau simpan ja papper ni..bila umoq bdk ni dh 27th time tub g dia baca balik
Tengok apa jadi..silap2 dia sendiri koma.. "