Friday, October 29, 2021

Roti Goreng Peanut Butter



3 keping roti gardenia
Peanut butter secukupnya
Susu pekat secukupnya
2 biji telur
minyak untuk menggoreng

1.  Roti gardenia dibuang bahagian tepinya dan dipotong 4.
2.  4 keping roti itu disapu dengan peanut butter dan lagi 4 keping disapu dengan susu pekat.  Manakala 4 keping lagi dibiarkan kosong.


3.  Sekeping roti peanut butter dikapitkan dengan sekeping roti kosong dan dikapit lagi dengan sekeping roti susu.  


4.  Telur dipukul sedikit bersama secubit garam.
5.  Celupkan roti itu ke dalam telur dan goreng roti itu dalam miya panas.




  

Monday, October 11, 2021

Salad of The Day



4 keping tauhu
1 pokok daun salad
sedikit tauge - dicelur dan toskan
minyak untuk menggoreng tauhu

Sos :
1/2 cawan cili kisar
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sb asam jawa
air anggaran 3/4 cawan
garam dan gula secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.  Sejukkan dan potong dua.  Belahkan sedikit bahagian tengah tauhu itu.  

2.  Sumbatkan sekeping daun salad ke dalam belahan tauhu itu bersama tauge.

3.  Untuk membuat sosnya, kisarkan cili kisar bersama cili merah dan bawang putih.  Kemudian masukkan dalam periuk bersama perahan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.  Masak hingga mendidih dan agak pekat.

4.  Masa nak makan, tuangkan sos itu diatas salad itu.




Brazilian Lemonade



6 cawan air sejuk
1 cawan gula halus
2 biji limau nipis
1/2 cawan jus limau nipis
1/2 cawan susu pekat

1.  Masukkan 3 cawan air sejuk ke dalam blender.  Masukkan sekali bahan lain dan kisarkan hingga nampak berbusa.


2.  Baki 3 cawan air sejuk tadi dimasukkan ke dalam jug.  Tuangkan jus yang dikisar ke dalam jug itu dan kacau hingga sebati.


3.  Kemudian bolehlah dihidangkan.  Deko lah ikut suka.




Sunday, October 10, 2021

Cucur Maggi



Bahan A :
1 paket maggi kari
500 ml minyak untuk menggoreng

Bahan B :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3 batang isi ketam - dipotong 1" panjang
1 tangkai daun sup - dihiris
3 biji cili padi - dihiris
1 tangkai cili kering - dihiris
1/2 biji bawang besar - didadu kasar
1 biji telur
garam secukup rasa
1/4 cawan air

1.  Maggi direndam hingga lembut dan diuraikan.  Toskan.




2.  Satukan semua bahan B.  Gaul perlahan hingga rata.  Akhir sekali masukkan serbuk kari maggi.  Tambah cili kering jika nak lebih pedas.


3.  Panaskan minyak dan goreng seperti cekodok biasa hingga garing.




Friday, October 8, 2021

Ubi Kayu Salut Maggi



Bahan A :
1 batang ubi kayu yang lurus
1 paket maggi kari
1/2 paket serbuk maggi kari
700 ml minyak untuk menggoreng

Bahan B :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 paket serbuk kari maggi
air secukupnya
garam secukup rasa

1.  Ubi kayu dipotong dalam 5" panjang dan dibelah 4 bahagian.  Maggi direndam agar lembut sedikit supaya boleh dilerai.



2.  Satukan Bahan B.  Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi adunan yang pekat.


3.  Panaskan minyak.  Celupkan potongan ubi kayu ke dalam adunan tepung.  Ubi kayu itu tidak perlu direbus terlebih dahulu.  Salutkan pula untaian maggi sekelilingnya dan masukkan ke dalam minyak panas tadi.  Goreng hingga kekuningan.



4.  Taburkan sedikit serbuk kari maggi di atasnya.  Makan semasa panas.  Rasakan kerangupan dibahagian luarnya dan kelembutan ubi kayu dibahagian dalamnya.