Friday, August 16, 2019

Kentang Goreng Oats




2 biji kentang russet
2 cawan quaker oats
2 biji telur
2 sb tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Kentang dipotong baji.  Rebus kentang bersama garam hingga separuh masak dan toskan.  Telur dipukul sedikit bersama serbuk lada sulah dan garam.

2.  Kentang digolekkan dalam tepung jagung.  Lepas itu kentang itu dicelupkan ke dalam telur.  Kemudian digolekkan dalam oats.  

3.  Panaskan minyak.  Gorengkan kentang itu hingga kekuningan dan toskan.





Thursday, August 15, 2019

Biskut Cornflakes Coklat




200 gm cornflakes
400 gm coklat masakan
mangkuk kertas saiz kecil secukupnya
manik hiasan secukupnya



1.   Kesemua coklat mesti dicairkan dengan menggunakan kaedah double-boiler.  Masukkan coklat ke dalam bekas besar yang boleh muat untuk menggaul semua cornflakes itu nanti.  Letakkan bekas itu ke dalam bekas lain yang lebih besar yang mengandungi air.  
Aku gunakan periuk dan kuali besar.



2.   Bila coklat dah cair semuanya, masukkan semua cornflakes.  Gaul sehingga coklat menyaluti keseluruhan cornflakes.  



3.  Masukkan sedikit cornflakes ke dalam mangkuk kertas dan taburkan manik hiasan.  Sekiranya coklat itu mula kering sebelum proses memasukkan dalam mangkuk kertas itu selesai, panaskan semula di atas api sehingga coklat itu kembali nampak berkilat.



4.  Biarkan biskut itu kering dan bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.




Puff Teratai




Bahan untuk pastry :
3 cawan tepung gandum
2 sb planta
1 cawan air sejuk
1/2 st garam
marjerin pastry secukupnya

Inti :
2 biji kentang
1 biji bawang besar
2 sb rempah kari
2 sb udang kering
1 tangkai daun kari
1/3 cawan air rebusan daging
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara buat inti :
1.  Kentang direbus dan dilecek.
2.  Bawang besar didadu.  Udang kering ditumbuk atau dikisar.
3.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau.
4.  Kemudian masukkan udang kering dan daun kari.  Tumis lagi.
5.  Lepas itu masukkan kentang lecek, rempah kari, air rebusan daging dan garam.  Gaul rata dan masak hingga agak kering.



Cara Membuat Pastry :
1.  Gaul dan ramas tepung, garam dan planta.



2.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.






3.  Canaikan doh setebal 1cm dan disapu majerin pastry di atasnya. Lipat 3.  Kemudian dicanai lagi dan diulang proses yang sama sebanyak 3 atau 4 kali.



4.  Kemudian dicanai lagi pastry itu dan diterap bulat.  Canai sedikit supaya nipis sedikit.  Letak sedikit inti di tengahnya dan bulatkan semula.  



5.  Kelarkan dengan pisau tajam di permukaan puff itu tapi jangan sampai terkena intinya.



6.  Akhir sekali goreng puff itu dengan minyak banyak hingga garing.  Puff itu akan terbuka seperti kelopak bunga.  Pastikan untuk permulaan menggoreng, minyak jangan terlalu panas.  Untuk menggoreng puff selanjutnya, jika minyak sudah terlalu panas, tutup api seketika.




Saturday, August 10, 2019

Lempeng Oats




1 cawan quaker oats
2 sb madu
2 biji kurma - potong kecil
2 sb horlicks
1 cawan susu cair 
planta secukupnya untuk menggoreng lempeng

1.  Campurkan semua bahan kecuali planta. Gaul hingga sebati.  Biarkan adunan dalam 10 minit.  

2.  Masukkan 1 sb planta ke dalam kuali.  Biarkan ia cair.

3.  Ambil 2 sb adunan tadi dan letakkan dalam kuali.  Ratakan sedikit adunan itu biar cantik membulat.  Masaklah hingga garing di kedua belah.  Angkat dan hidangkan.



Garing macam ni walaupun agak gelap tapi sedap sangat. 




kredit resipi asal : ig Siti Nurhaliza

Saturday, August 3, 2019

Biskut Peanut Butter



1 1/4 cawan peanut butter
1/2 cawan shortening
3/4 cawan brown sugar
3 sb susu pekat
1 sb esen vanila
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/4 st garam
1/4 st baking soda

1.  Satukan peanut butter, shortening, brown sugar, susu dan esen vanila.  Pukul hingga berkrim.


2.  Masuk telur dan pukul lagi hingga sebati.  

3.  Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan garam dan baking soda.   Masukkan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.  


3.  Ambil sedikit adunan.  Bulat-bulatkan dan tekankan dengan garfu.  Besar mana nak buat biskut tu, ikut suka anda.  


4.  Susun biskut atas dulang yang telah dialas dengan baking paper.  Bakar biskut pada suhu 150C selama 10 minit atau hingga masak.