Wednesday, July 31, 2019

Tepung Boko Ubi Kayu




A)  Cara membuat boko ubi kayu

500 gm ubi kayu
1 cawan gula merah
1 cawan air
2 helai daun pandan







1.  Ubi kayu diparut halus.  Lepas itu perahkan bagi membuang air kanjinya.  

2.  Masukkan gula merah, air dan daun pandan ke dalam periuk.  Masak hingga gula larut.  Lepas itu tapiskan dan masukkan semula kuali atau periuk besar.  




3.  Kemudian dimasukkan ubi kayu parut tadi.  Gaulkan hingga rata.  Boleh tambah lagi gula merah atau gula pasir bagi sesuaikan rasa manisnya.  Masukkan adunan itu dalam loyang atau apa-apa bekas dan kukuskan lebih kurang 15 minit.  



Untuk tahu ia sudah masak atau belum, boleh dicucukkan dengan garfu yang bila ditarik keluar akan adunan tidak melekat atau lihat warna adunan sudah sekata keseluruhannya.  Adunan ini sememangnya lembik.  Ia tidak keras seperti kuih talam.



B)  Cara membuat kepala santan

1 biji kelapa atau 200 ml santan kotak
2 cawan air
3 sb tepung beras
1 sb gula pasir
1 st garam
1 helai daun pandan

1.  Campurkan semua bahan dan digaul rata sehingga tidak berketul.  

2.  Kemudian barulah dimasak atas api perlahan hingga pekat.



3.  Akhir sekali tuangkan santan itu ke atas boko ubi kayu semasa hendak dimakan.  Kalau menggunakan acuan kecil-kecil boleh dituangkan terus di bahagian atas boko ubi kayu itu.



Kredit resipi asal : Zaiman Zakaria

Lempeng Ubi Kayu



400 gm ubi kayu
3 sb kelapa parut putih 
2 sb air
sedikit minyak atau planta
garam secukup rasa

1.  Ubi kayu diparut halus.  Perahkan sedikit air kanjinya supaya tidak pahit.


2.  Campurkan air, kelapa parut dan garam.  Gaul rata.  

3.  Panaskan kuali dan masukkan satu senduk adunan tadi.  Leperkan seperti lempeng biasa.  Masaklah hingga garing dikedua-dua belah.



4.  Hidangkan dengan sambal tumis.  



resipi asal kredit pada : Faradean's Blog

Tuesday, July 30, 2019

Mari Buat Peanut Butter Sendiri




200 gm kacang tanah
3 sb minyak
sedikit garam

1.  Kacang tanah disangai hingga masak.  Buangkan kulitnya.

2.  Kisarkan kacang tanah itu hingga likat.  Masukkan minyak.  Boleh guna minyak masak biasa atau minyak zaitun.  Kalau suka ada rasa masin sedikit, boleh dimasukkan sedikit garam.  



Peanut butter ni terpulang kepada kesukaan masing-masing samada hendak dikisar hingga halus atau ada kasar-kasar sedikit kacangnya.



3.  Simpankan peanut butter itu dalam botol.  Boleh digunakan untuk dimakan dengan roti, biskut atau dibuat biskut atau apa-apa masakan yang lain.

Saturday, July 20, 2019

Kari Ikan Bawal




1 ekor ikan bawal
1 biji kelapa
2 1/2 cawan air
10 biji bendi
1 st biji sawi
3 sb rempah kari ikan
1 sb asam jawa
2 tangkai daun kari
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar atau ditumbuk :
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb udang kering
1" halia
1" lengkuas
1" kunyit hidup

1.  Ikan dibersihkan dan kerat 3.  Kalau tak nak kerat pun boleh.  Kalau dikerat, senang dimakan sorang sekeping.



2.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.  

3.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar atau bahan tumbuk hingga naik bau.

4.  Masuk biji sawi dan daun kari.  Tumis sekejap dan masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Tumis lagi hingga naik bau.

5.  Bila rempah dah hampir garing, masukkan ikan dan bendi.  Biarkan seketika dalam 3 minit.  Balikkan ikan tu perlahan-lahan agar rempah meresap ke dalam ikan.

6.  Lepas itu masukkan santan cair dan air asam jawa.  Bila mendidih, masukkan santan pekat dan garam.  Kacaukan sampai mendidih.  Tutup api dan hidangkan.