Monday, November 12, 2018

Udang Goreng Oats



10 ekor udang besar
1 biji telur
1 cawan quaker oats
3 sb tepung jagung
2 cawan minyak untuk menggoreng
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Udang dibuang kulit dan bahagian kepala.  Hanya tinggalkan bahagian ekor.  Belah di kedua-dua sisi udang dan dibuang urat hitam.  Basuh dan toskan.


2.  Pecahkan telur dan dipukul sedikit bersama serbuk lada sulah dan garam.  Telur, quaker oats dan tepung jagung diletak dalam bekas berasingan.


3.  Golekkan udang dalam tepung jagung supaya tidak berair.  Kemudian celupkan udang itu dalam bancuhan telur tadi.  Lepas itu golekkan dalam quaker oats hingga keseluruhan udang itu bersalut dengan quaker oats.


4.  Panaskan minyak dan gorengkan udang itu hingga garing.  Toskan.  


5.  Makanlah dengan sos yang disukai.



Saturday, November 10, 2018

Kobis Masak Lemak Putih




250 gm kobis
2" carrot 
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/4 cawan serbuk udang kering
1 biji kelapa
2 1/2 cawan air
1 biji cili merah
garam secukup rasa

1.  Kobis dihiris dan direndam sekejap dalam air garam.  Toskan.  Carrot dipotong nipis.



2.  Bawang merah, bawang putih dihiris.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat.  Perah lagi kelapa itu dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.



3.  Masukkan kobis, carrot, bawang merah, bawang putih, serbuk udang kering dan santan cair ke dalam periuk.  Masak dengan api perlahan hingga mendidih sambil dikacau selalu.

4.  Bila kuah dah mendidih, segera masukkan santan pekat dan garam.  Kacau sentiasa kuah itu supaya tidak pecah minyak.  Tutup api.




Wednesday, November 7, 2018

Info Agama


Korg tau x?
Satu2 nya surah dalam al quran tanpa baca Bismillah ialah surah At-Taubah.

Korg tau x?
Maksud bismillah'irahman'nilrahi.
Dgn nama Allah yg maha pemurah lg maha mengasihani.

Korg tau x?
Kemanisan bismillah x akan korg rasa selagi korg x beramal.

Korg tau x?
Kemanisan bismillah yg berterusan boleh mendapat barakah bukan utk diri sendiri, tetapi utk org lain. Contoh bismillah tiap2 kali nk masukan bahan2 dlm mkanan korg.
Yg msk yg tukang mkn pon dpt berkat.

Korg tau x kita akan melalui 5 alam?
Alam roh
Alam rahim
Alam dunia
Alam barzakh
Alam akhirat

Korg tau x malaikat akan dtg masa alam rahim?
Malaikat akan datang di alam rahim bila janin berusia 120 hari.. Allah perintah malaikat tulis rezeki kita jodoh kita ajal kita.

Korg tau x berapa kali sangkakala akan di tiup?
Sbnyk 2 kali
Pertama mematikan
Kedua menghidupkan.

Korg tau x buku amalan kita?
Jika di bentang kan buku amalan kita jarak nya sejauh mata memandang. Dan ianya ada 70 keping.

Korg tau x dosa?
Dosa kalau ianya mengeluarkan bau,
Nescaya tidak ada seorg muslim yang akan duduk sblah muslim kerana busuk nya dosa.

Sabda Nabi saw, setiap pekerjaan yg penting, yg ada kebaikan, yg ada manfaat nya. bila kamu lakukan tanpa menyebut bismillah, keberkataan td terputus.

Korg tau x?
Lubang yakjuj makjuj yg Rasulullah saw isyaratkan sebesar bulatan jari tu. Rasulullah saw sebut 1400 tahun dlu.

Korg tau x?
Tamim ad Dahari pi jmpe Rasulullah saw dan bercerita tentang seorg lelaki yg sedang di rantai itu bila? Rasulullah saw sebut 1400 tahun dlu.

Anggaran kelajuan cahaya malaikat.

Korg tau x?
Anggaran Jarak bumi dan bulan ialah 350 ribu kilometer.

Korg tau x?
Anggaran jarak bumi dan matahari ialah 150 juta kilometer.

Korg tau x?
Kelajuan cahaya matahari, ialah 300 ribu kilometer per saat. Setelah di bundarkan

Korg tau x?
Masa yg di ambil oleh cahaya bulan hasil pantulan dari cahaya matahari utk smpi ke bumi ialah kurang dari 2 saat.

Korg tau x?
Masa yg di ambil oleh cahaya matahari utk smpi ke bumi dalam anggaran 8 minit lebih atau kurang.
Mkna kata klu matahari naik pkul 7.00 pagi, cahaya dia smpi bumi lebih kurang pukul 7.08 pagi.

Korg tau x?
"Malaikat-malaikat dan Jibril naik [menghadap] kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun."
(QS. Al-Ma'arij 70: Ayat 4)

Korg tau x?
Anggaran kelajuan malaikat ialah 15 juta kilometer per saat malah mgkin lagi laju.

Kalau korg x sedar lg.

Ujian di dunia spm, phd, master
Jika gagal boleh repeat paper
Jika gagal, sebelum kena sebat dgn ayah, boleh singgah mamak mkn mee grg dgn milo ais.
Tp!
Jika gagal ujian dunia, amar makruf nahi mungkar
X boleh repeat
X boleh nk singgah mana²
X boleh bg alasan utk elak dari di sebat.

Ujian peperiksaan
Ujian adalah soalan2 rahsia. Sanggup berusaha keras nk berjaya
Tp!
Soalan kubur tidak lg rahsia, tetapi ramai yg amik sambil lewa.

Temuduga dunia
Ramai yg akan belajar latar belakang syarikat, mempersiapi sijil, membawa personaliti menarik
Tp!
Ramai yg x belajar lg 2 temuduga yg pasti ada.
Temuduga di kubur dan temuduga di masyar.

Mati
Ramai yg sangka syarat mati adalah sakit atau tua.
Tp
Ramai yg x sangka ajal boleh dtg x kira usia.

Korg tau x?
Rasulullah saw lahir dan wafat pada hari isnin.

Korg tau x?
Abu talib adalah manusia yg paling ringan azab dia.
Tetapi dia rase dia paling teruk dan xde org kena teruk dari ini.

Korg tau x?
Seksa yg di kena kan ke atas abu talib ialah di pakaikan selipar dari api neraka, kemudian mendidihlah otak2 beliau.

Korg tau x?
Antara mukjizat nabi yusuf as adalah mentafsir mimpi.

Korg tau x?
Antar mukjizat nabi salleh as ialah mengeluarkan unta betina dari celahan batu.

Korg tau x?
Antara mukjizat nabi musa as ialah mampu mengeluarkan 12 mata air dari batu. Boleh membelah laut, boleh tukar tongkat kepada ular.
Boleh bercakap dgn Allah.

Korg tau x?
Antara mukjizat nabi daud as, bersuara merdu dan boleh melembutkan besi.

Korg tau x?
Antara mukjizat nabi sulaiman as, boleh mengawal dan bercakap dengan segala makhluk.

Korg tau x nabi idris
Dia adalah keturunan nabi adam yg ke 6.
Idris bin Yarid bin Mahlil bin Kainan bin Anush bin Syith bin Adam

Korg tau x nabi idris?
Idris bukan nama sebenar beliau,
Nama sebenar beliau Akhnukh atau Ukhnukh.
Idris adalah gelaran kerana beliau suka belajar.

Korg tau x nabi idris?
Dizaman beliau dunia sudah pon maju
Ada 188 buah kota dan sudah ada 72 jenis bahasa.

Korg tau x nabi idris?
Nabi pertama yg mnguasai ilmu tulisan dan pandai membaca.

Korg tau x nabi idris?
Nabi idris adalah nabi yg pertama pndai merancak kuda.

Korg tau x nabi idris?
Beliau juga hebat dalam ilmu perbintangan.
Dan juga hebat dalam ilmu matematik.

Korg tau x nabi idris?
Nabi yang mula2 pandai menjahit.
Dan zaman pertanian maju pada waktu pemerintahan beliau.

Korg tau x zulkarnain?
Dalam Al Quran xde sebut dia seorang raja atau nabi.

Korg tau x zulkarnain?
Ulama berpendapat dia hidup di zaman nabi Ibrahim.

Korg tau x zulkarnain?
Dia lah yang membina tembok yakjuj makjuj

Korg tau x zulkarnain?
Menguasai 3/4 dunia, tapi x pernah sombong kepada Allah. Malah membantu org yg susah dgn ikhlas.

Korg tau x zulkarnain?
Dia bina tembok yang di hasil kan dari
Logam campur besi salut dgn tembaga.

Korg tau x zulkarnain?
Tinggi mana tembok tu?
Sama tinggi dgn puncak gunung.

Korg tau x zulkarnain?
Tembaga yg nk di lapiskan atas besi dan logam td harus la di lebur kan..
Agak2 teknologi apa zaman tu?
Utk bina tembok tinggi gunung.
Tembaga yg panas2 tu nak angkat pakai apa.

Di akhir pembinaan zulkarnain membaca doa dan berkata. Suatu hari nanti tembok ini akan musnah dgn izinNya.

Seorang raja yang hebat luar biasa tetapi tawaduk.
apa dia buat atas nama Allah..
Hebat.. Kita baru pandai main bola sikitt dah riak terutamanya aku..

Sekadar renungan.

:)

Saturday, November 3, 2018

Biskut Cornflakes Legend




Bahan A :
250 gm planta
160 gm gula castor
2 biji kuning telur
180 gm cornflakes - diramas kasar
50 gm badam cincang
2 st esen vanila

Bahan B (diayak bersama) :
210 gm tepung gandum
150 gm tepung jagung
1/2 st serbuk penaik

1.  Planta dan gula dipukul hingga kembang,



2.  Kemudian masuk telur dan esen vanila.  Kacau lagi hingga sebati.



3.  Masukkan campuran tepung, badam dan cornflakes.  Gaul lagi hingga sebati.



 4.  Alaskan dulang pembakar dengan baking paper.  Ambil 1 st adunan itu dan susun atas dulang pembakar.



5.  Bakar biskut pada suhu 170C lebih kurang 10 minit.



Thursday, November 1, 2018

Pais Jagung



2-3 batang jagung 
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
4 sb gula pasir
1/4 st garam
kulit jagung secukupnya

1.  Jagung dikeluarkan kulitnya dari bahagian tangkai supaya kulitnya tidak pecah-pecah.  Ketepikan kulit itu untuk membungkus pais.


2.  Parut jagung atau dikisar jagung itu gunakan pengisar kering.  Tinggalkan sedikit bijirin jagung itu dalam 2 sb untuk dicampurkan ke dalam jagung parut itu.


3.  Satukan jagung, tepung gandum, kelapa parut, gula pasir dan garam.  Gaulkan hingga sebati.


4.  Ambil sehelai kulit jagung dan letakkan dalam 3 sb adunan itu di atasnya.  Bungkuskan 4 persegi.  


5.  Panaskan air dalam kukusan hingga mendidih.  Kukuskan pais jagung itu selama 30 minit.