Apa itu jin? Jin menurut bahasa Arab berasal dari kata ijtinan, yang membawa maksud sesuatu “tersembunyi” atau “tidak terlihat”. Dalam Islam dan mitologi Arab pra-Islam, jin adalah salah satu bangsa mahkluk yang tidak terlihat dan diciptakan dari api. Ia dinamakan sebagai jin, kerana ia tersembunyi wujudnya dari pandangan mata manusia. Itulah sebabnya jin dalam wujud aslinya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Kalau adapun manusia yang dapat melihat jin, maka jin yang dilihatnya itu adalah jin yang sedang menjelma dalam wujud makhluk yang dapat dilihat mata manusia biasa. Tanpa kita sedari, jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia dan menetap di dalamnya. Mereka mengalir bersama aliran darah atau tinggal di kuku manusia yang panjang dan kotor. Biasanya jin akan merasuki manusia yang imannya lemah. Justeru itu, bagaimanakah caranya untuk mengesan kehadiran jin dalm tubuh badan kita? Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk mengesan adakah dalam badan kita benar-benar ada gangguan jin, ataupun sebaliknya. Jadi, dalam artikel kali ini, kisahseram.com akan kongsikan dengan anda kaedahnya. Dalam menjayakan kaedah ini, ada tiga langkah yang perlu dilakukan. Langkah-langkah tersebut dinyatakan di bawah. Langkah 1: Mendengar Bacaan Ruqyah Di bawah ini ada disertakan video bacaan ruqyah yang telah dikongsikan oleh CahayaIslam.net. Apa yang anda kena buat dengan video di bawah? Mudah saja caranya. Anda hanya perlu mainkan bacaan ayat ruqyah di bawah. Kemudian anda dengarlah sehingga habis. Pastikan anda dengar bacaan tersebut dengan menggunakan earphone dan bacaan yang kuat. Langkah 2: Dengar Bacaan Ruqyah Dengan Teliti Pejamkan mata anda dan dengar dengan teliti bacaan ruqyah tersebut. Tapi pastikan anda jangan ikut bacaan ayat-ayat ruqyah ini baik di mulut ataupun di dalam hati. Langkah 3: Perhatikan Tindakbalas Yang Berlaku Selepas anda selesai mendengar bacaan ruqyah, cuba perhatikan sebarang tindakbalas yang berlaku pada diri anda. Jika anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah, pastikan anda terus berjumpa dengan mana-mana perawat Islam untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Antara gejala tersebut adalah: Batuk Berpeluh-peluh Terasa nak muntah Jantung berdegup dengan laju Berdebar-debar Terasa benda bergerak di bawah kulit Sendawa Mengantuk Pening kepala Menguap Jika anda mengalami gejala-gejala di atas, ini menunjukkan bahawa memang ada makhluk dari kalangan jin yang tinggal di dalam badan anda. Maka di sini, kisahseram.com menasihatkan anda agar segera mendapatkan rawatan. Bimbang jika dibiarkan, ianya akan menjadi lebih sukar untuk dirawat.
100 gm planta 90 gm gula halus 1/2 st esen vanila 1 biji kuning telur 200 gm tepung gandum 1/4 st baking powder white cooking chocolate pewarna unggu manik hiasan 1. Pukul planta dan gula halus hingga kembang. 2. Masuk esen vanila dan kuning telur. Pukul lagi. 3. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder. Uli hingga jadi doh. 4. Canai adunan dan terap dengan acuan donut. Susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper. Bakar biskut pada suhu 160C selama 15 minit. Sejukkan biskut hingga betul-betul sejuk. 5. Cairkan white cooking chocolate dengan menggunakan kaedah double-boil. Campurkan pewarna unggu. Celupkan permukaan biskut ke dalam chocolate cair itu dan hiaskan dengan manik.
Kata ulamak, apabila Allah tidak menghendaki kita lagi : 1) Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia. 2) Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak. 3) Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan dan pekerjaan. 4) Allah akan sibukkan kita dengan harta. 5) Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa. Yakni kita akan sentiasa sibuk dengan urusan dunia dan hiburan dunia. Kawan-kawan sekeliling kita juga adalah yang seangkatan dengan kita yang akan membuat kita terus leka dan taksub dengan keduniaan, riak, takbur, sentiasa ingin dipuji serta popular dan sebagainya sehingga kita tidak ada masa untuk DIA. Tidak ada masa untuk tunduk sujud kepadaNYA. Tidak ada masa mencari keredhaanNYA. Sehingga kita lupa rezeki kita datang dariNYA. Maka apabila muncul seseorang yang cuba menyedarkan kita dari kelekaan kita itu, hargailah dia. Allah mengutuskan dia untuk menyedarkan kita. Beristighfarlah sebanyak mungkin. Alangkah ruginya kerana kesemua nikmat dunia itu akan kita tinggalkan. Tahukah kamu jika kamu bertanya kepada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah swt dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi bertarung bermati-matian untuk merebut kebahagiaan dunia. Jika boleh, mereka ingin berpesan kepada semua yang hidup lagi ini agar tidak mencari kebahagiaan dunia semata-mata. Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah swt. a) Kita mungkin teruja apabila melihat orang lain lebih dari kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kita sepatutnya teruja mencontohi orang lain yang mana ilmu amalan dan ketaatannya kepada Allah swt. Kita patut teruja dan mengikut orang lain yang bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud. b) Kita mungkin cemburu melihat orang lain bertukar kereta baru tapi kita sepatutnya cemburu melihat orang lain boleh khatam Quran sebulan 2 kali. Petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya. Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya. Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan mungkar nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.