Tuesday, February 27, 2018
Canapes
Timun jepun
Inti sandwich tuna
Baby tomato
Daun bawang
Roti putih
Inti sandwich tuna
Tomato didadu kecil
Daun bawang
Butter
Labels:
Dessert,
Ikan,
Roti/Pastry
Keladi Goreng
400 gm keladi
1 cawan tepung beras cap gajah 1
2 sb tepung goreng adabi
3/4 cawan air
1 sb air kapur sirih
1/4 st serbuk kunyit
2 sb bijan putih
2 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
1. Keladi dibuang kulit. Pastikan tangan kering semasa mengupas keladi. Kalau tak, tangan akan gatal-gatal. Boleh juga sarungkan tangan dengan plastik. Dah siap kupas semua barulah boleh dibasuh atau terkena air.
Keladi itu boleh dipotong senipis 1/2" ataupun dipotong memanjang.
2. Satukan tepung beras, tepung goreng adabi, air, air kapur sirih, serbuk kunyit dan garam. Gaul hingga sebati.
3. Akhir sekali masuk bijan. Gaul rata dan masukkan keladi yang dipotong tadi.
4. Panaskan minyak dan gorengkan keladi itu sekeping-sekeping hingga garing. Toskan.
Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sambal kicap.
Labels:
Kentang/Ubi,
Snacks
Tuesday, February 20, 2018
Canapes
roti putih
cheese slice
inti sandwich tuna
baby tomatoes
daun pudina
toothpick
sedikit butter
acuan bulat
1. Mula-mula terap roti dengan acuan bulat. Cheese slice pun diterap dengan acuan bulat juga.
2. Lepas tu sapu butter di atas roti itu dan lapiskan dengan cheese. Tutup bahagian atasnya dengan sekeping lagi roti.
3. Letakkan sedikit inti sandwich tuna di permukaan lapisan roti itu. Akhir sekali letak baby tomatoes yang telah dibelah dua dan cucukkan dengan daun pudina dan toothpick.
Labels:
Roti/Pastry
Puff Inti Kentang & Carrot
2 keping pastry puff
2 sb butter dicairkan
Inti :
200 gm kentang
100 gm carrot
100 gm bawang besar
2" kulit kayu manis
1 st serbuk paprika
1 st serbuk lada hitam
1 st jintan manis
1 sb jus lemon
1 sb minyak zaitun
1 pokok daun sup
garam secukup rasa
2 sb butter dicairkan
Inti :
200 gm kentang
100 gm carrot
100 gm bawang besar
2" kulit kayu manis
1 st serbuk paprika
1 st serbuk lada hitam
1 st jintan manis
1 sb jus lemon
1 sb minyak zaitun
1 pokok daun sup
garam secukup rasa
1. Kentang dan carrot didadu kecil. Daun sup dihiris.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar bersama kulit kayu manis hingga naik bau.
3. Masuk serbuk paprika, serbuk lada hitam dan jintan manis. Tumis sekejap.
4. Lepas itu masuk kentang dan carrot. Tutup kuali supaya kentang dan carrot cepat empuk dengan wap masakan itu.
5. Akhir sekali masukkan jus lemon, daun sup dan garam. Gaul rata. Angkat.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar bersama kulit kayu manis hingga naik bau.
3. Masuk serbuk paprika, serbuk lada hitam dan jintan manis. Tumis sekejap.
4. Lepas itu masuk kentang dan carrot. Tutup kuali supaya kentang dan carrot cepat empuk dengan wap masakan itu.
5. Akhir sekali masukkan jus lemon, daun sup dan garam. Gaul rata. Angkat.
6. Pastry puff dipotong 6 bahagian. Letak inti ditengahnya dan tutupkan di bahagian atasnya dengan sekeping lagi pastry puff. Tekankan di keliling puff itu dengan garfu. Kemudian sapukan di permukaan puff itu dengan butter cair. Susun puff atas dulang pembakar dan bakar puff pada suhu 160C hingga masak kekuningan.
Labels:
Kentang/Ubi,
Roti/Pastry
Monday, February 19, 2018
Nasi Goreng Dalam Capsicum
200 gm nasi sejuk
2" carrot
1 biji kentang
2 biji capsicum hijau
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sb udang kering
1. Carrot dan kentang didadu kecil. Capsicum dipotong bahagian atasnya dan dikeluarkan empulur dalamnya.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
3. Lepas itu masuk carrot dan kentang. Gaul-gaulkan dan biar sekejap.
4. Kemudian masuk nasi. Gaul hingga rata dalam 5 minit. Masuk garam dan gaul lagi hingga rata. Tutup api.
5. Akhir sekali masukkan nasi goreng itu dalam capsicum lalu dibakar dalam oven 8-10 minit. Harum sungguh bau capsicum yang dibakar sejurus pintu oven dibuka.
Labels:
Nasi Goreng
Saturday, February 10, 2018
Nasi Himpit
1 cawan beras
5 cawan air
1 st garam
1 helai daun pandan
1. Basuh beras dan masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam periuk. Masak.
2. Bila nasi dah mula kering, kacaukan sambil dilecek menggunakan belakang senduk supaya nasi hancur. Guna api perlahan. Lebih senang dihancurkan guna blender tangan kalau ada.
3. Nasi ini perlu dikacau selalu hingga ke dasar periuk bagi mengelakkan berkerak di dasarnya. Bila nasi dah betul-betul kering, tutup api.
4. Masukkan nasi itu ke dalam loyang yang telah dialas dengan daun pisang. Kalau tak ada daun pisang, boleh gunakan plastik atau baking paper. Ratakan nasi sambil ditekan-tekan supaya padat dan tutup permukaannya dengan daun pisang juga. Himpitkan di atasnya dengan benda berat seperti lesung batu atau batu yang telah dibalut dengan kertas aluminium.
5. Biarkan nasi himpit itu beberapa jam atau semalaman. Simpan dalam peti ais bagi mendapatkan nasi himpit yang cantik apabila dipotong nanti.
Labels:
Nasi
Betik Mengkal Masak Bening
400 gm betik mengkal
1 helai daun kunyit
500 ml air
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sb udang kering
1 st lada hitam
1. Betik dipotong 1" tebal. Daun kunyit disiat-siatkan.
2. Masuk bahan tumbuk, daun kunyit dan air ke dalam periuk.
3. Bila mendidih, masuk betik dan garam. Bila betik dah lembut, tutup api.
Masakan ni sedap dimakan dengan ikan masin atau ikan goreng.
Friday, February 9, 2018
Birthday adik aku
Seingat aku dah hampir 10 tahun tak dapat celebrate birthday budak ni. Dia asyik luang masa dengan orang lain aje. Bila balik hari dah malam dan perut dia dah kenyang 😢
Jadi tahun ni sementara berkesempatan walaupun kesihatan tak mengizinkan, ini aje yang dapat dibuat. Tq staf di Flora Cafe yang sporting. Tq Balloon KL. Tq Siti yang very helful.
Labels:
Gemersik Jiwa
Wednesday, February 7, 2018
Minyak Kelapa, Tahi Minyak dan Sambal Tahi Minyak
Dulu aku pernah post cara buat Sambal Tahi Minyak tapi hari ini aku post sekali lagi cara menyediakan tahi minyak itu. Ini cara yang arwah mak aku buat minyak kelapa. Bukan pakai santan biasa.
4 biji kelapa parut
2 helai daun pandan
1. Kelapa parut itu digoreng hingga kekuningan dan ringan.
2. Lepas itu perahkan dengan 2 liter air.
3. Masuk dalam santan yang telah diperah itu ke dalam kuali. Maka bermulalah proses memasak minyak kelapa dan tahi minyak. Proses ini memakan masa lebih kurang 3-4 jam jugaklah.
4. Bila dah mula terbit minyak dan tahi minyak dah menjadi, masukkan daun pandan. Masak lagi sampai tahi minyak itu garing sikit. Minyak itu akan berwarna kekuningan.
5. Bila tahi minyak itu dan garing, bolehlah toskan minyak itu. Minyak kelapa itu boleh digunakan untuk memasak dan tahi minyak itu boleh dimasak Sambal Tahi Minyak.
Tahi minyak
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sb cili kisar
2 sb ikan bilis
20 gm asam jawa
3/4 cawan air
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1 biji cili merah
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1. Bawang merah, bawang putih, serai, daun kunyit dan cili merah dihiris. Asam jawa diramas dengan 3/4 cawan air itu.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
4. Lepas itu masukkan tahi minyak, ikan bilis, air asam jawa, serai dan daun kunyit.
5. Akhir sekali masuk garam dan cili merah. Bila dah pekat sikit, tutup api.
Labels:
Sambal
Saturday, February 3, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)