Saturday, October 14, 2017

Biskut Nestum

Resipi asal : citarasawan


Bahan A :
130 gm planta
20 gm shortening
50 gm gula castor
1 st esen vanila

Bahan B :
140 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
50 gm nestum 

Hiasan :  Kuning telur dan nestum kasar

1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  

2.  Masuk bahan B sambil diuli hingga menjadi doh.


3.  Canai doh itu dan terap dengan acuan yang disukai.  Susunkan atas loyang yang telah dialas dengan baking paper.  Sapu kuning telur di atas permukaan biskut dan taburkan nestum kasar.  

Di sini aku gunakan acuan bulat.  Selepas masak separuh aku potongkan dan dibakar semula.  Jika tidak, biskut ini agak mengembang sedikit dan bentuknya jadi tak berapa menarik seperti ini.


4.  Bakar pada suhu 150C selama 8 minit.  Lepas itu keluarkan biskut dan dipotong dua.  Kemudian masukkan semula ke dalam oven dan dibakar lagi 10-15 minit atau hingga kekuningan.  Sejukkan dulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



No comments:

Post a Comment