Sunday, October 29, 2017
Masak Lemak Kacang Kelo Dengan Lada Hitam
7 batang kacang kelo
2 batang serai
1 biji kelapa
2 1/2 cawan air
1/4 st serbuk kunyit
1/4 st serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
2 sb ikan bilis
1. Kacang kelo dikikis kulit luarnya. Lepas itu potong-potongkan sepanjang 4". Rebuskan kacang kelo itu hingga empuk dan toskan.
Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.
2. Masukkan santan cair, bahan tumbuk, serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan serai ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan kacang kelo dan santan pekat. Masak lagi dengan api perlahan sambil dikacau-kacau hingga mendidih tapi jangan sampai pecah minyak.
4. Akhir sekali masuk garam.
Labels:
Masak Lemak,
Sayur
Monday, October 16, 2017
Fish Ball Omelette
Bahan A :
10 biji fish ball
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1 pokok daun sadri/daun bawang
2 sb minyak
Bahan B :
3 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
1. Fish ball dipotong 2. Bawang besar, bawang putih dan cili padi dihiris. Daun sadri/daun bawang dipotong 2" panjang.
2. Panaskan minyak dan tumis fish ball, bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
3. Pukul telur, bersama serbuk lada sulah dan garam. Lepas itu tuangkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi.
4. Akhir sekali taburkan daun sadri/daun bawang. Gorengkan hingga garing di kedua-dua belah.
Saturday, October 14, 2017
Biskut Nestum
Resipi asal : citarasawan
Bahan A :
130 gm planta
20 gm shortening
50 gm gula castor
1 st esen vanila
Bahan B :
140 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
50 gm nestum
Hiasan : Kuning telur dan nestum kasar
1. Pukul bahan A hingga berkrim.
2. Masuk bahan B sambil diuli hingga menjadi doh.
3. Canai doh itu dan terap dengan acuan yang disukai. Susunkan atas loyang yang telah dialas dengan baking paper. Sapu kuning telur di atas permukaan biskut dan taburkan nestum kasar.
Di sini aku gunakan acuan bulat. Selepas masak separuh aku potongkan dan dibakar semula. Jika tidak, biskut ini agak mengembang sedikit dan bentuknya jadi tak berapa menarik seperti ini.
4. Bakar pada suhu 150C selama 8 minit. Lepas itu keluarkan biskut dan dipotong dua. Kemudian masukkan semula ke dalam oven dan dibakar lagi 10-15 minit atau hingga kekuningan. Sejukkan dulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Bahan A :
130 gm planta
20 gm shortening
50 gm gula castor
1 st esen vanila
Bahan B :
140 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
50 gm nestum
Hiasan : Kuning telur dan nestum kasar
1. Pukul bahan A hingga berkrim.
2. Masuk bahan B sambil diuli hingga menjadi doh.
3. Canai doh itu dan terap dengan acuan yang disukai. Susunkan atas loyang yang telah dialas dengan baking paper. Sapu kuning telur di atas permukaan biskut dan taburkan nestum kasar.
Di sini aku gunakan acuan bulat. Selepas masak separuh aku potongkan dan dibakar semula. Jika tidak, biskut ini agak mengembang sedikit dan bentuknya jadi tak berapa menarik seperti ini.
4. Bakar pada suhu 150C selama 8 minit. Lepas itu keluarkan biskut dan dipotong dua. Kemudian masukkan semula ke dalam oven dan dibakar lagi 10-15 minit atau hingga kekuningan. Sejukkan dulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Labels:
Biskut
Sayur Pucuk Manis Masak Lemak Putih
300 gm pucuk manis
200 gm keledek
200 ml santan Kara
3 cawan air
garam secukup rasa
Bahan tumbuk/kisar :
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb geragau kering/udang kering
1. Pucuk manis dilurutkan daun-daunnya. Keledek dipotong-potong dan direbus hingga empuk.
2. Masukkan bahan tumbuk/kisar, 1/4 dari santan tadi, pucuk manis dan air. Biarkan mendidih sambil dikacau.
3. Kemudian masukkan santan selebihnya dan keledek. Biarkan mendidih lagi tapi jangan sampai pecah minyak. Kacau-kacau selalu. Akhir sekali masukkan garam dan tutup api.
Labels:
Masak Lemak,
Sayur
Thursday, October 12, 2017
Rempeyek Ikan Bilis
1 cawan ikan bilis kasar
1 cawan tepung beras
1 1/2 cawan santan cair
1 st air kapur
1 sb cili flakes
1 sb garam
1 liter minyak
Bahan kisar :
3 sb ketumbar
3 sb jintan manis
1 sb jintan putih
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati dengan whisk hingga tidak ada tepung yang bergentel.
2. Panaskan minyak dalam kuali besar dan letakkan acuan rempeyek di tengah kuali berisi minyak itu hingga panas.
3. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan letakkan beberapa ekor ikan bilis. Letakkan perlahan-lahan acuan itu di permukaan minyak panas. Jangan tenggelamkan dulu acuan itu. Biarkan hingga bahagian tepi-tepi adunan itu masak sedikit.
Lepas itu barulah ditenggelamkan acuan berisi adunan itu hingga adunan itu lekang dari acuan. Gorengkan kuih itu hingga garing.
Acuan itu pula dipanaskan semula dalam minyak panas sebelum dimasak kuih seterusnya.
4. Goreng hingga garing dan toskan.
Labels:
Snacks
Subscribe to:
Posts (Atom)