400 gm sayur beremi
2 keping tauhu
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan air
2 batang serai
1 st serbuk kunyit
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
5 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sb geragau kering
1. Bersihkan sayur beremi. Patah-patahkan dalam 2" panjang. Rendam sekejap dalam air garam dan toskan.
Tauhu dipotong 4. Serai dititik. Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.
2. Masukkan bahan tumbuk, santan cair, serai, serbuk kunyit dan sayur beremi dalam periuk. Masak hingga mendidih sambil dikacau-kacau.
3. Kemudian masukkan santan pekat dan garam. Kacau-kacaukan supaya tidak pecah minyak. Masaklah dengan api perlahan. Bila dah mendidih sedikit tutup api.
No comments:
Post a Comment