Tuesday, May 30, 2017

Ikan Jenahak Masak Asam Pedas Berempah




2 keping ikan jenahak
1 st halba
3 batang serai - dititik
1 sb asam jawa + 1cawan air
2 cawan air
4 helai daun limau purut/daun kesum
5-6 biji bendi
4 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
1/2 cawan cili kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2" kunyit hidup
1" lengkuas
1" belacan
1 sb biji ketumbar
1 sb jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam

1.  Panaskan minyak dan tumis halba dan serai hingga naik bau.





2.  Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing.  Masuk bendi dan ikan.  Tumis sekejap.



3.  Kemudian masuk air asam jawa dan air.  Bila mendidih masukkan garam dan daun limau purut.  Biar sekejap dan tutup api.










Monday, May 29, 2017

Telur Dadar Tauge




Bahan untuk telur dadar :
2 biji telur
1 sb air ais
secubit lada sulah
garam secukup rasa
3 sb minyak untuk menggoreng

Bahan untuk sayur :
10 gm tauge
1 ulas bawang putih - dihiris
1 ulas bawang merah - dihiris
1 biji fish ball - dipotong nipis
1 pokok daun bawang - dipotong 1"
1 biji cili padi - dihiris
1 sb kicap lemak manis
garam secukup rasa

1.  Pukul telur sedikit bersama air ais, lada sulah dan garam.  

2.  Panaskan minyak dan masukkan telur.  Kuatkan api dan goreng hingga garing di kedua-dua belah.  Telur dadar ni mestilah nampak fluffy.  Angkat dan masuk dalam pinggan.

3.  Bekas minyak menggoreng telur tadi digorengkan bawang merah, bawang putih dan fish ball hingga kekuningan.

4.  Masuk tauge, daun bawang dan garam.  Balik-balikkan dan angkat letak atas telur.  Tuangkan kicap dan tabur cili padi.




Friday, May 26, 2017

Air Laici Pudina




1 tin laici
500 ml air sejuk
6-7 helai daun pudina
1 biji limau nipis 
3 sb gula pasir

1.  Masukkan 6 biji laici, daun pudina, gula dan 1 cawan air sejuk ke dalam blender. Kisarkan hingga halus.


2.  Tuangkan bahan yang dikisar ke dalam jag.  Masukkan air selebihnya.  Tambah gula jika perlu.  Perahkan jus limau.  Kacau-kacau dan hidang.






Saturday, May 20, 2017

Daging Balado




1/2 kg daging batang pinang
1 biji bawang besar - dihiris
2" halia - diketuk
10 tangkai cili merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 keping asam keping
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa



1.  Daging dipotong-potong, digaram-kunyit dan digoreng hingga garing.  Ketepikan.

2.  Cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk atau dikisar kasar.  Lebih baik gunakan blender kering.



3.  Minyak lebihan menggoreng daging tadi ditumiskan bahan yang ditumbuk atau dikisar tadi bersama halia hingga terbit minyak.



4.  Akhir sekali masukkan bawang besar, daging, asam keping dan garam.  Gaul-gaulkan hingga rata dan biarkan hingga bawang layu. Tutup api.







Wednesday, May 10, 2017

Jalan-Jalan ke Hatyai




Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk Hatyai, baru kali ni jadi kenyataan.  Lepas dengar cite sorang member nih pi Hatyai naik ETS punyalah best pengalaman dia.  Tu yang kali ni kami decide naik ETS  KTM dari KL Central ke Padang Besar.


ETS ada 2 type yer..satu Gold dan satu lagi Platinum.  Trip lebih kurang 5-6 jam.
1)  ETS Gold banyak berhenti kat setiap stesen
2)  ETS Platinum tak banyak berhenti.  Terus aje ke Padang Besar.

Sebelum bertolak pastikan korang dah tukar currency siap-siap yer. Elakkan tukar duit dalam Thailand..rugi banyak yer.



Dalam train boleh tidur puas-puas.  Kalau lapar, ada small cafe bagi alas perut sikit.



Sampai kat Padang Besar stesen terakhir, kami naik kereta sapu. Waktu tu teksi memang tak de.  So, tak de pilihan.  Budak tu caj kami RM30 sampai imigresen Thailand (padahal dekat aje) dan dia hantar sampai kat 'van putih' public transport ke Hatyai.  'Van Putih' ni sesuai ler untuk backpacker.  Dia charge sorang 50 baht.
Kalau bawa luggage boleh naik keretapi masuk ke Hatyai tapi kami diberitahu keretapi tu jenis lama dan lambat sampai.



Kami sebenarnya tak book hotel lagi, main redah aje.  Tapi jangan risau.  Banyak hotel kat Hatyai.  Kami cari hotel area pasar so senang nak ronda-ronda malam.  Cuma cuaca kat sini terlalu panas. Kami check-in dulu, mandi dan keluar semula.

Sebelum pi makan kami pi masage dulu.  Ni acara wajib.  Murah giler.  Full masage baru 200 baht kira RM20 aje.  Paling mahal pun 400 baht samalah dengan RM40.  Lepas masage barulah kami merayap cari makan.


Gerai kekacang pun banyak.  Kacang gajus dan pistachio 
banyak jual kat sini.  Satu kg pistachio 490 baht (RM49).  

Terkejut kami bila keluar semula macam masih berada kat Malaysia pulak.  Penuh ngan orang Malaysia baik cina, melayu dan india.  Street food memang berlambak tapi jangan sebarangan beli sebab ada stall yang tak halal.  Kami memang dari KL lagi dah ikat perut 😃😃 Aku aje. Memang dasar piranha.



Lautan makanan jangan cakaplah.  Mana ntah nak diisi dalam perut ni.  Perut aku nih part kiri, kanan, atas bawah sume dah penuh sesak...hahaha.




Makanan yang wajib dicuba. Padthai, kopi ais dan ayam goreng.  

Dah kenyang dan kepenatan, kami balik hotel untuk beradu. Sebelum tu kami dah minta hotel uruskan untuk tour esok hari.  Kat luar hotel pun banyak 'tut-tut' dah standby untuk tour.  Kat sini dipanggil 'tut-tut' kenderaan rasmi untuk tour.  

Selain 'tut-tut' korang boleh naik motor...hehehe.  Yang ni kalau nak cepat dan ringkaslah.  Yang kelakar tu boleh naik 3 orang...hahaha. Kami dah cuba naik masa nak pergi breakfast kat restoran Thamrab tapi tak sempat nak ambik photo. 



Hari Kedua memang kami dah arrange untuk tour hingga Songkla. Kami memang dah senaraikan tempat-tempat yang nak dilawat. Jadi kalau ada tempat yang korang tak nak pergi, boleh skip. Cakap aje kat driver tut-tut tu.  Kami buat macam tu sebab ada tempat yang tak menarik dan kena charge mahal gak untuk masuk. Membazir masa dan duit aje.  

Sebelum korang keluar berjalan-jalan untuk sape yang tak tahan panas dan cepat berpeluh, korang bawalah tuala kecil.  Tak berbaloi guna tisu.  Cuaca kat Hatyai ni terlalu panas.  

Tempat-tempat yang kami dah listkan :
1)  Hatyai Municipal Park
2)  Muzium Magic Eye 3D
3)  Central Festival Mall - Night Market
4)  Kim Yong Market & Santisuk Market
5)  Floating Market
6)  Songkla - Hatyai Ice Dorm, Pantai Samila, Chang Puak Camp & Cable Car.

Sebelum ke Songkla, kami ke Muzium 3D.  Sinilah tempat korang boleh berselfie macam-macam gaya.  Lama jugaklah kami kat dalam tu...hehehe






Lepas tu kami terus bertolak ke Songkla.  Agak jauh jugak perjalanan ke sana.  Cuaca memang panas yang amat.  Kami naik tut-tut jadi mudahlah jugak nak ambil picture pemandangan tanpa perlu berhenti.  


Kat Hatyai masih ada lagi pemandangan wayar-wayar elektrik ke talipon yang berselirat.  Tapi kebersihan jalanraya mereka 
memang tip-top.

Kat Songkla ada banyak tokong yang dorang dah masukkan dalam trip pelancungan dorang.  Kami awal-awal lagi dah cakap tak nak pergi kecuali kami naik kat bahagian cable car.  Kat situ view memang cantik.  Selfie lah korang puas-puas.  Kalau sourvenir, lebih baik beli aje di bandar Hatyai.













Cuma tour guide tu bawa kami ke Aquarium.  Disebabkan tak nak kecilkan hatinya, kami masuklah jugak.  Hmm..tak berbaloi.  Mahal gak 300 baht sorang.  Kami nasihat korang tak payah pergilah.  Tak ada apapun yang menarik.  



Kat Songkla nih terkenal ngan cerita naga dan ikan duyungnya. Replika naga ni terbahagi kepada 3 bahagian dan terletak di berlainan tempat.



Ada replika ikan duyung kat tepi pantai yang cantik dengan pasir yang halus.  Korang boleh rehat kat situ kejap sambil berselfie.





Kat Hatyai ni terdapat banyak universiti.  Bangunan-bangunan sekolah mereka cantik-cantik.  Tahu tak picture kat bawah ni yang kami sempat snap adalah sekolah untuk kanak-kanak.  Tadika lah kot.  Kelaskan.  Mungkin kerajaan mereka utamakan pelajaran.



Lepas pusing-pusing Songkla kami bertolak balik ke Hatyai terus ke Floating Market.  Meriah tempat ni.  Makanan, pakaian dan souvenir banyak jual kat sini.  Steady je tengok peniaga-peniaga tu sediakan makanan atas sampan.  Cuma air sungainya hitam legam.  
Kami membayangkan kalaulah air sungai tu terpercik  kat dalam makanan tu...hehehe.  Kami ada pandangan kami tersendiri makan di sini.  Tak payahlah kami cerita, nanti kena kecam.  Walau apapun, ini adalah pengalaman yang menarik.  Kami belilah jugak nak rasa rojak dan aiskrim mereka.  Mereka akan hulurkan makanan itu ke dalam bakul yang diikat dengan kayu pada kita.  





Kalau tak nak beli makanan yang dijual di atas sampan itu, korang boleh ler makan di bahagian atas darat.  Banyak gerai-gerai kat situ.



Kemudian kami bertolak ke hotel untuk segarkan badan.  Kami tak berehat lama.  Masa itu emas hehehe.  Memang dasar kaki tak leh duk diam hehehe.  Tapi sebelum meronda kat pasar mereka yang meriah tu, kami gi masage dulu.  Hahaha...masage lagi.  Jangan lepaskan peluang keemasan ini.  Waktu ni aku dah mula rasa tak sedap badan.  Tapi aku kuatkan jugak nak meronda cuma rasa tak selesa.  Adik aku ajelah yang capai apa yang dia dapat sebelum kami balik ke hotel.

Satu yang aku perasan kat Hatyai ni walaupun banyak gerai-gerai jual makanan tapi jalanraya mereka bersih ye dari sampah sarap.



Kami fikir akan sambung esok aje meronda lagi sebelum bertolak balik.  Memang kami dah arrange balik lewat naik train pukul 7.40pm.  Malangnya sesuatu berlaku pada aku.  Badan aku makin teruk muntah-muntah.  Tak 'dan' nak cari klinik sebab aku dah tak larat nak berjalan, adik aku cari farmacy.  Farmacy memang banyak kat sini.  Farmacist tu cakap ada kemungkinan aku kena food poisoning.  Aku bedal ajelah ubat apatah yang dia bagi.  Hasrat untuk late check-out dah cancel.  Pukul 11.00 am kami dah bertolak ke Padang Besar.  Kalau apa-apahal atau kena admitted ke biarlah kat dalam Malaysia aje.  Sebab aku memang pernah kena food poisoning sampai masuk wad.

Sampai kat Padang Besar, kami cuba tanya kat kaunter KTM kalau boleh tukar waktu perjalanan sebab kami dah terlalu awal. Malangnya train semua full.  Maka tunggulah kami hingga 7.40 pm.

Dalam train adik aku dah membebel cakap aku melantak macam-macam.  Tahan telinga je lah.  Dalam hati aku kata ni kalau aku datang dengan geng-geng piranha aku lagilah.  Apapun, aku rasa puas dapat melantak makanan mereka yang lazat-lazat...hahaha. Cuma aku tak puas membeli.  Aku cakap kat adik aku kita akan datang lagi.  

Kami nak pesan skit ar..kalau jenis yang suka design baju yang cantik-cantik korang kena masuk dalam mall mereka.  Kami dah lupa nama mall  yang macam parkson, sogo tu ler.  Design baju memang cantik-cantik.  Harga?  hehe...RM seratus ke atas.



Dah gerak balik Malaysia.  Ni kira bus station dorang.  Bukan bas ek tapi van putih public transport kat Hatyai.