Setelah sekian lama merancang untuk ke Sarawak akhirnya berjaya juga bercuti di sana di rumah sahabat kami di Sarikei. Kami mengambil penerbangan dari KL-Sibu. Sampai di Sibu sahabat kami telah sedia menanti di airport Sibu. Cuaca sememangnya sejuk sebab hari hujan...(korang ingat sejuk sebab Sibu ada 4 musim ke hahahaha).
Sebelum kami bergerak ke Sarikei, mereka bawa kami ronda-ronda di bandar Sibu sekejap. Tempat pertama dituju adalah pasar Sibu. Walaueh, walaupun dah petang, masih meriah dan banyak sayur dan buah yang tak pernah dilihat terdapat di sini. Sayur pun masih segar-bugar. Rasa macam nak bawa balik KL pulak tapi tak boleh sebab kami akan berada di sini hampir satu minggu.
Setiap gerai yang kami jengah mesti nak tanya itu sayur apa, ini buah apa...heh banyak songeh kami ni. Banyak makanan yang pelik-pelik tapi nampak sedap. Sayur segar-bugar.
Singgah jeti jap. Selfie kejap aje sebab hari hujan. Terbentang luas sungai sarawak. Dalam kepala dah terbayang sang buaya.
The Heritage Center...tempat shopping souvenir. Inilah antara tempat yang termurah untuk beli kain batik dll di sini.
Ni kat Dataran. Posing-posing sikit dalam hujan renyai-renyai.
Haaa....tak sah kalau ke Sarawak tak makan Mee Kolok. Sedap tau. Korang patut rasa. Ada mee kolok ayam, daging, seafood dan macam-macam lagi. Mee ni dimakan dengan sup dan sosnya. Aku nasihatkan korang makanlah puas-puas mee kolok kat sini.
Balik KL kami cuba rasa di kedai-kedai yang ada jual Mee Kolok tapi tak sama. Bila ditanya pada member-member Sarawak, mereka sendiri akui Mee Kolok di sini lain rasanya walaupun dimasak oleh orang Sarawak sendiri. Mungkin Mee Kolok ni ada sumpahannya tak boleh disediakan di luar Sarawak...agaknya lah.
Akhirnya kami bergerak ke Sarikei bermalam di sana. Lebih kurang 1 jam perjalanan ke sana. Pemandangan alam sememangnya indah penuh kehijauan. Jalanraya cantik, tak de lubang-lubang dan tak ada toll...hehehe.
Apa yang kami nampak, orang Sarawak ni kaya-kaya belaka ye. Rumah besar-besar. Level banglo berlambak. Kita yang kat KL ni yang duduk flat kecil-kecil. Rumah panjang dah tak banyak kat sini rupanya.
Yang ni pulak pasar kat Sarikei.
Tu buah dabai. Masam rasanya. Dorang makan dengan kicap.Cenonet je buah durian kat sini. Menurut kawan aku, bila keluar aje durian cenonet ni, itu tanda musim durian dah di penghujung.
Rasa pulak Laksa Sarawak...
ngan kopi rempah yang harum. Kami rasa pelik sikit sebab kopi yang buat masih berhampas selepas ditapis. Rupanya mereka guna penapis kain...hahaha. Balik nanti kena beli penapis kain pulak.
Rasanya sampai esok pun dah tak payah makan lagi kot ...
No comments:
Post a Comment