1 biji buah kundor
3 helai daun limau purut
1 gelung soun
1 biji kelapa parut
1 st serbuk kunyit
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 sb udang kering
1 sb ikan bilis
1. Buah kundor di buang kulit dan dibuang bijinya. Kulit buah kundor ni cukup keras. Hazablah jugak nak belah buah ni. Lepas itu dipotong dadu isinya. Ketepikan.
2. Soun direndam hingga lembut. Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi sekali dengan 1 cawan air dijadikan santan cair.
3. Masukkan bahan tumbuk dalam periuk bersama buah kundor, santan cair dan serbuk kunyit. Masak dengan api perlahan hingga mendidih sambil dikacau selalu. Pastikan buah kundor itu telah lembut.
4. Kemudian masukkan santan pekat bersama daun limau purut , soun dan garam. Masak lagi hingga mendidih dan kuah mestilah pekat. Masak sekejap aje tapi mesti dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak atau menjadi cair.
No comments:
Post a Comment