Friday, March 10, 2017

Sibu-Sarikei, Sarawak



Setelah sekian lama merancang untuk ke Sarawak akhirnya berjaya juga bercuti di sana di rumah sahabat kami di Sarikei.  Kami mengambil penerbangan dari KL-Sibu.  Sampai di Sibu sahabat kami telah sedia menanti di airport Sibu.  Cuaca sememangnya sejuk sebab hari hujan...(korang ingat sejuk sebab Sibu ada 4 musim ke  hahahaha).  

Sebelum kami bergerak ke Sarikei, mereka bawa kami ronda-ronda di bandar Sibu sekejap.  Tempat pertama dituju adalah pasar Sibu. Walaueh, walaupun dah petang, masih meriah dan banyak sayur dan buah yang tak pernah dilihat terdapat di sini.  Sayur pun masih segar-bugar.  Rasa macam nak bawa balik KL pulak tapi tak boleh sebab kami akan berada di sini hampir satu minggu.

Setiap gerai yang kami jengah mesti nak tanya itu sayur apa, ini buah apa...heh banyak songeh kami ni.  Banyak makanan yang pelik-pelik tapi nampak sedap. Sayur segar-bugar.




Singgah jeti jap.  Selfie kejap aje sebab hari hujan.  Terbentang luas sungai sarawak.  Dalam kepala dah terbayang sang buaya.

The Heritage Center...tempat shopping souvenir.  Inilah antara tempat yang termurah untuk beli kain batik dll di sini.

Ni kat Dataran.  Posing-posing sikit dalam hujan renyai-renyai.

Haaa....tak sah kalau ke Sarawak tak makan Mee Kolok.  Sedap tau.  Korang patut rasa.  Ada mee kolok ayam, daging, seafood dan macam-macam lagi.  Mee ni dimakan dengan sup dan sosnya.  Aku nasihatkan korang makanlah puas-puas mee kolok kat sini.




Balik KL kami cuba rasa di kedai-kedai yang ada jual Mee Kolok tapi tak sama.   Bila ditanya pada member-member Sarawak, mereka sendiri akui Mee Kolok di sini lain rasanya walaupun dimasak oleh orang Sarawak sendiri.  Mungkin Mee Kolok ni ada sumpahannya tak boleh disediakan di luar Sarawak...agaknya lah.

Akhirnya kami bergerak ke Sarikei bermalam di sana.  Lebih kurang 1 jam perjalanan ke sana.  Pemandangan alam sememangnya indah penuh kehijauan.  Jalanraya cantik, tak de lubang-lubang dan tak ada toll...hehehe.

Apa yang kami nampak, orang Sarawak ni kaya-kaya belaka ye. Rumah besar-besar.  Level banglo berlambak.  Kita yang kat KL ni yang duduk flat kecil-kecil.  Rumah panjang dah tak banyak kat sini rupanya. 

Yang ni pulak pasar kat Sarikei.  
 Tu buah dabai.  Masam rasanya. Dorang makan dengan kicap.

Cenonet je buah durian kat sini.  Menurut kawan aku, bila keluar aje durian cenonet ni, itu tanda musim durian dah di penghujung.


Singgah pulak di restoran kawan kami Restoran Kopi Rempah yang terletak di Jalan Masjid Lama.

Rasa pulak Laksa Sarawak...
ngan kopi rempah yang harum.  Kami rasa pelik sikit sebab kopi yang buat masih berhampas selepas ditapis. Rupanya mereka guna penapis kain...hahaha.  Balik nanti kena beli penapis kain pulak. 



Malam pula kami ada bbq.  Kebetulan birthday sahabat kami itu jatuh pada hari yang sama.  Apalagi...makanlah.  Dah tak tahu kat mana nak diselitkan dalam perut ni.  Rasanya setiap sudut dah penuh..hahaha






Rasanya sampai esok pun dah tak payah makan lagi kot ...




Thursday, March 9, 2017

Biskut Sarang Semut




250 gm planta
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula castor
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
1 st pewarna unggu
chocolate rice
paper-cup
penyagat

1.  Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad.  Ketepikan.

2.  Pukul planta dan gula castor hingga kembang.

3.  Masuk kuning telur dan esen vanila.  Pukul lagi hingga sebati.

4.  Akhir sekali masuk tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh yang lembut.

5.  Ambil 1/3 dari adunan itu dan diwarnakan unggu.  



6.  Sagatkan doh itu berasingan.  Sagatkan sikit-sikit dan gunakan garfu untuk dimasukkan ke dalam paper-cup.  



7.  Taburkan chocolate rice di atasnya dan bakar biskut pada suhu 160C selama 15 minit atau hingga masak.








Wednesday, March 8, 2017

Masak Lemak Buah Kundor




1 biji buah kundor
3 helai daun limau purut
1 gelung soun
1 biji kelapa parut
1 st serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 sb udang kering
1 sb ikan bilis

1.  Buah kundor di buang kulit dan dibuang bijinya.  Kulit buah kundor ni cukup keras.  Hazablah jugak nak belah buah ni.  Lepas itu dipotong dadu isinya.  Ketepikan.



2.  Soun direndam hingga lembut.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi sekali dengan 1 cawan air dijadikan santan cair.

3.  Masukkan bahan tumbuk dalam periuk bersama buah kundor, santan cair dan serbuk kunyit.  Masak dengan api perlahan hingga mendidih sambil dikacau selalu.  Pastikan buah kundor itu telah lembut.

4.  Kemudian masukkan santan pekat bersama daun limau purut , soun dan garam.  Masak lagi hingga mendidih dan kuah mestilah pekat.  Masak sekejap aje tapi mesti dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak atau menjadi cair.