200 gm kentang
2 cawan tepung kacang kuda
air secukupnya
garam secukup rasa
1 liter minyak untuk menggoreng
1. Kentang kena ambil kentang yang bulat dan saiz agak besar. Kupas kulit dan potong nipis. Basuh dan toskan.
2. Tepung kacang kuda dicampur sedikit garam dan dimasukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul. Adunan mestilah likat supaya boleh salut kentang tu nanti.
3. Panaskan minyak. Celupkan kentang ke dalam adunan tepung itu dan masukkan dalam minyak panas. Goreng hingga garing. Toskan.
No comments:
Post a Comment