Friday, September 1, 2017

Pulut Inti





Bahan untuk pulut :
1 cawan beras pulut
1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa

Bahan untuk inti :
2 cawan kelapa parut
100 gm gula melaka
1 sb gula merah
1/4 cawan air

Penyediaan pulut :
1.  Beras pulut direndam 4 jam ataupun semalaman.  Basuh dan toskan.  

2.  Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukus yang telah dialas dengan daun pisang dan daun pandan.  Kukuskan hingga pulut nampak berkilat dalam 20 minit.



3.  Keluarkan pulut.  Gaulkan pulut dengan santan dan garam. Masukkan semula pulut itu ke dalam periuk kukus dan dikukus sehingga masak.



Penyediaan inti :
1.  Masakkan gula melaka, gula merah dan air hingga gula larut. Larutan ini memang agak pekat supaya masa memasak tidak terlalu lama.

2.  Kemudian masukkan kelapa parut.  Gaulkan hingga sebati.  Inti ini semestinya lembab sedikit.  Sejukkan.

Proses membungkus :
1.  Diperlukan beberapa helai daun pisang berukuran 6"x5".   Lapkan daun pisang itu dan dilayur di atas api sekejap supaya daun itu tidak koyak semasa membungkus.



2.  Letakkan 1 sb inti kelapa ke dalam mangkuk kecil.  Masukkan 2 sb pulut.  Tekankan sedikit.  



3.  Lepas itu tingkupkan mangkuk itu atas daun pisang.  Ketukkan sedikit supaya pulut dan inti mudah keluar.  Bungkuslah pulut inti itu dengan menampakkan sedikit intinya.






No comments:

Post a Comment