Tuesday, February 20, 2018

Puff Inti Kentang & Carrot





2 keping pastry puff
2 sb butter dicairkan

Inti :
200 gm kentang
100 gm carrot
100 gm bawang besar
2" kulit kayu manis
1 st serbuk paprika
1 st serbuk lada hitam
1 st jintan manis
1 sb jus lemon
1 sb minyak zaitun
1 pokok daun sup 
garam secukup rasa

1.  Kentang dan carrot didadu kecil.  Daun sup dihiris.
2.  Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar bersama kulit kayu manis hingga naik bau.
3.  Masuk serbuk paprika, serbuk lada hitam dan jintan manis.  Tumis sekejap.
4.  Lepas itu masuk kentang dan carrot.  Tutup kuali supaya kentang dan carrot cepat empuk dengan wap masakan itu.


  
5.  Akhir sekali masukkan jus lemon, daun sup dan garam.  Gaul rata.  Angkat.


6.  Pastry puff dipotong 6 bahagian.  Letak inti ditengahnya dan tutupkan di bahagian atasnya dengan sekeping lagi pastry puff.  Tekankan di keliling puff itu dengan garfu.  Kemudian sapukan di permukaan puff itu dengan butter cair.  Susun puff atas dulang pembakar dan bakar puff pada suhu 160C hingga masak kekuningan.



Monday, February 19, 2018

Nasi Goreng Dalam Capsicum




200 gm nasi sejuk
2" carrot
1 biji kentang
2 biji capsicum hijau
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sb udang kering

1.  Carrot dan kentang didadu kecil.  Capsicum dipotong bahagian atasnya dan dikeluarkan empulur dalamnya.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.

3.  Lepas itu masuk carrot dan kentang.  Gaul-gaulkan dan biar sekejap.


4.  Kemudian masuk nasi.  Gaul hingga rata dalam 5 minit.  Masuk garam dan gaul lagi hingga rata.  Tutup api.


5.  Akhir sekali masukkan nasi goreng itu dalam capsicum lalu dibakar dalam oven 8-10 minit.  Harum sungguh bau capsicum yang dibakar sejurus pintu oven dibuka.