Bahan A :
240 gm chocolate coin
80 gm unsalted butter
Bahan B :
2 biji telur
100 gm tepung gandum
140 gm gula ising
1 st esen vanila
1. Didihkan air dalam periuk. Tutup api dan letak mangkuk tahan panas berisi chocolate coin tadi di atas periuk air panas tadi. Kacau hingga coklat itu cair dan berkilat.
2. Pukul telur, gula dan esen vanila hingga gebu.
3. Masuk tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati.
4. Masuk coklat cair dan pukul lagi hingga sebati.
5. Ambil 1 st adunan itu dan letak atas tray yang telah dialas dengan baking paper. Selain guna sudu, boleh paipkan guna piping bag.
Pastikan mangkuk berisi adunan itu sentiasa bertutup supaya adunan tidak likat/kering. Jika ia menjadi likat sedikit, ia masih tetap boleh mengembang bila dibakar.
6. Jika hendak tabur badam cincang diatasnya pun boleh. Bakar biskut pada suhu 150C selama 18-20 minit.
7. Biarkan biskut sejuk dulu sebelum disimpan.