Friday, June 1, 2018
Biskut Makmur
4 cawan tepung gandum
300 gm minyak sapi
2/3 cawan gula icing
gula icing secukupnya untuk salut
Inti :
1 1/2 cawan kacang tanah - disangai
3/4 cawan gula icing
1. Untuk inti, kisar kacang tanah bersama gula icing.
Kacang yang dikisar tadi boleh ditumbuk untuk jadi kental macam ni. Senang nak diletak atas doh.
2. Ayak tepung bersama gula icing.
3. Masuk minyak sapi sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Leperkan sedikit dan isi inti kacang. Bulatkan semula atau bentukkan lonjong. Sepitkan corak diatasnya.
5. Bakar biskut pada suhu 160C selama 15 minit. Sejukkan dan tabur dengan gula icing di atasnya.
Labels:
Biskut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment