Sunday, August 28, 2016

Sandwich Pakora




1 bungkus roti gardenia

Bahan dan cara menyediakan inti :
1 biji kentang
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 st jintan manis
1 sb cili kisar / serbuk cili
1 sb serbuk rempah kari
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa

1.  Rebus kentang hingga empuk dan lecek.  Tak perlu terlalu halus.

2.  Bawang besar dipotong dadu dan bawang putih dicincang.

3.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan jintan manis hingga naik bau.

4.  Lepas itu masuk daun kari dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Bila dah hampir garing, masukkan kentang lecek dan garam.  Gaul sampai rata dan sebati.  Sejukkan.



Bahan dan cara menyediakan bahan salut :
1 cawan tepung beras
1 biji telur - dipukul sedikit
1 st air kapur sirih
1/2 st serbuk kunyit
air secukupnya
garam secukup rasa

Campurkan tepung beras, telur, air kapur, serbuk kunyit dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sebati sehingga menjada beter yang boleh menyalut roti.



Cara menyediakan sandwich :

1.  Roti digelek sedikit, dibuang kulit tepinya dan  dipotong tiga segi.

2.  Ambil sedikit inti dan disapukan di atas roti.  Lepas itu tutupkan atasnya dengan sekeping lagi roti.

3.  Kemudian celupkan sandwich itu ke dalam beter tadi sehingga bersalut semuanya.  

4.  Masukkan sandwich itu ke dalam minyak yang banyak yang telah dipanaskan.  Goreng hingga garing dan toskan.



.........satu cara lagi kalau tak nak guna tepung salut tu, boleh gunakan 2 biji telur yang dipukul sedikit dengan garam dan lada sulah.



Saturday, August 27, 2016

Tanda-Tanda Akan Segera Muncul Al Mahdi


artikel ini diambil dari : http://dakwatkhalifah.blogspot.my/2016/08/ya-allah-tanda-tanda-kemunculan-imam-al.html

______________________________________________________


Oleh : Ust Zulkifli Muhammad Ali, Lc


1.  Salji turun di Arab
Ini sudah terjadi sejak 2009 dan hari ini salji juga sedang turun di Arab Saudi.

2.  Bumi akan dipenuhi huru hara, peperangan dan kezaliman yang semakin lama semakin meningkat sehingga hari hari ke depan akan terasa semakin berat.  Ini sudah terjadi.  Lihat!  Banyak terjadi pembunuhan-pembunuhan seperti yang saat ini terjadi di Yaman, Suriah, Palestina, Mesir dll.

3.  Banyak fitnah-fitnah/kezaliman-kezaliman yang terjadi di negeri Syam.  Ini sudah terjadi, seperti yang terjadi saat ini di Suriah oleh rejim Basar As'ad atau kekejaman di Palestina oleh Israel.

4.  Wafatnya seorang Raja Arab lalu 3 putera mahkotanya saling ribut/gaduh.  Saat ini Raja Abdullah di Arab Saudi telah wafat dan 3 putera mahkota berikutnya saling gaduh kerana memiliki perbezaan prinsip dan karakter.  3 putera mahkota tersebut iaitu Raja Salman, Thalal dan Mukrim.  Salman termasuk orang soleh dan anti maksiat.  Beliau hafiz Quran.  Sedangkan Thalal memiliki ekonomi terkuat bahkan salah satu orang terkaya dunia.  Namun ia ahli maksiat.  Sementara itu Mukrim loyalitasnya lebih ke Yahudi dan Amerika.

Sepeninggal Raja Abdullah, Arab Saudi saat ini dipimpin oleh Raja Salman.  Raja Salman telah mengusir Thalal dari kerajaan sedangkan Raja Salman membiarkan Mukrim tetap di kerajaan namun telah mencabut hak beliau sebagai raja berikutnya.

5.  Mengeringnya sungai Eufrat
NASA pernah merilis bahwa 2014 sungai eufrat akan habis total.  Dan terbukti bahwa pada April 2014 sungai eufrat sudah kering total.


6.  Muncul gunung emas di Iraq lalu orang akan berbondong-bondong memperebutkan di sana dan dari 100 orang lelaki yang berperang di sana maka 99 orang akan mati.  Amerika nampaknya sudah meyakini keberadaan gunung emas tersebut.  Oleh kerana itu mereka telah mempersiapkan strategi untuk merampas gunung emas tersebut.


7.  Muncul Ad Dukhon iaitu asap kabut yang sangat tebal 40 hari 40 malam sampai asapnya membuat kita tidak boleh melihat lagi.  Dunia akan terasa gelap gelita.  Para ahli meyakini bahwa hal ini terjadi akibat adanya benturan besar asteroid atau meteor ke bumi.

Para peneliti NASA menyebutkan bahwa rentang 2013-2016 dunia akan masuk dalam jalur sungai meteor di mana akan terdapat 1300 meter yang akan membentur bumi dengan kecepatan 120.000 km/jam.  Tahun 2013 baru terjadi tiga kali iaitu di Siberia, Argentina dan Amerika.  Sisanya mungkin terjadi di tahun ini atau tahun tahun mendatang.  Wallahu a'lam.

Munculnya Dukhon merupakan akhir dari era teknologi kerana semuanya tidak akan berfungsi akibat dari efek elektromagnetik dari benturan meteor-meteor tersebut.  Sehingga zaman akan kembali seperti zaman dahulu kala.

Setelah itu Al Mahdi akan muncul di dekat Kaabah.  Ia akan dibaiat oleh 7 ulama besar yang membawa pengikut sekitar 300 orang (jumlahnya mirip pasukan perang badar).  Awalnya ia selal menolak tapi Allah swt akhirnya mengukuhkannya sehingga mahu menjadi pemimpin umat Islam saat itu.

Ada penjelasan lain bahwa Ad Dukhon dan hujan meteor akan segera datang apabila ketiga-tiga tanda ini sudah terjadi :
-  banyak muncul penyanyi-penyanyi wanita
-  banyaknya muzik dan alat-alat muzik
-  banyaknya orang meminum khamr (minuman yang memabukkan)

Saat dukhon terjadi maka keadaan manusia sama seperti ketika Nabi Yunus berada dalam perut ikan. Gelap, tidak ada oksigen, tidak ada makanan.  Maka Nabi saw mengajarkan kita agar saat itu kita berzikir seperti zikirnya Nabi Yunus iaitu La ilaha illa anta subhanaka inkuntu minadzolimin.

Dengan iman di hati kita dan doa zikir tersebut maka pengaruh Dukhon tersebut seolah-olah hanya membuat kita lemas sedikit seperti terserang flu.

Negara-negara kafir nampaknya sangat percaya dengan akan munculnya hujan meteor ini.  Oleh kerananya Amerika, Rusia, Singapura dan lain-lain saat ini telah membuat bunker-bunker raksasa yang boleh menampung ratusan ribu orang dengan fasilitas dan persediaan makanan cukup untuk beberapa bulan.

Setelah Al Mahdi turun maka kita akan kembali ke wang emas dan perak (dinar dan dirham) kerana wang kertas pasti sudah tidak akan ada gunanya.

Al Mahdi akan memimpin umat Islam untuk membebaskan seluruh bumi sehingga seluruh dunia (tanpa kecuali) akan dipimpin oleh umat Islam melalui sistem kekhalifan yang berbasis kenabian.

Negara-negara yang ditaklukan akan disatukan kembali dan diberi nama yang sama persis ketika zaman Nabi misalnya negara Yaman, Suriah, Lebanon dan Palestina akan disatukan dan diganti nama menjadi Negeri Syams.

Bila sudah terjadi huru hara di negari Syams, maka Nabi menyarankan agar kita segera berlumba-lumba untuk beramal baik kerana akhir zaman semakin dekat.  Misalnya solat jamaah di masjid, sedekah, puasa, tahajjud, baca Quran, hafal Quran dsb.

Sesuai hadis Nabi, umat Islam juga diperintahkan untuk mahir berkuda, memanah dan berenang.  Ini mungkin hikmahnya kerana saat itu era teknologi sudah berakhir.

Hanya iman dan amal soleh yang akan menyelamatkan kita.

Al Mahdi akan muncul saat tahun-tahun di mana banyak gempa terjadi susul menyusul di Arab pada bulan Ramadhan dan kerajaan Arab bergaduh sesama mereka maka tahun itu meteor jatuh, dukhon terjadi dan jamaah haji akan dibantai di Mina pada bulan Dzulhijjah.  Lalu Al Mahdi akan muncul di bulan Muharram.

Saat Al Mahdi sudah muncul di Mekah, semua orang mukmin wajib datang ke Mekah dan membaiat Al Mahdi sebagai pemimpin umat Islam.


Lalu bagaimana cara kita ke Mekah untuk bertemu dan membaiat Al Mahdi sementara zaman teknologi sudah berakhir?  Wallahu a'lam.  Semoga ini menambah keyakinan kita terhadap akan datangnya hari akhir dan semakin membuat kita bersemangat untuk melakukan amal-amal kebaikan di dunia.


Thursday, August 18, 2016

Biskut Red Velvet



200 gm planta
30 gm shortening
200 gm gula castor
1 biji telur
1 st esen vanila
1 st cuka
1 st pewarna merah
300 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
50 gm tepung jagung
3/4 st baking soda
1/4 st garam
100 gm coklat chip dan badam

1.  Pukul planta, shortening dan gula hingg sebati.

2.  Masuk telur, esen vanila, cuka dan pewarna merah.

3.  Masuk tepung, koko, baking soda dan garam yang telah diayak bersama.  Gaulkan adunan hingga sebati.




4.  Akhir sekali masuk coklat chip dan badam.  Gaulkan lagi hingga rata.

5.  Ambil 1 sudu adunan tadi dan susunkan di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan planta atau shortening.  Pastikan disusun berjarak kerana biskut akan mengembang.  

6.  Bakar biskut pada suhu 150C selama 15-20 minit. 



Tuesday, August 16, 2016

Ikan Kembung Goreng & Sambal Dabu-Dabu




3 ekor ikan kembung
1 biji limau nipis
serbuk kunyit secukupnya
garam 


Sambal Dabu-Dabu
1 biji tomato - didadu kecil
2 ulas bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili padi/cili hijau - dipotong kecil
1 biji limau nipis - diambil jusnya
1 st gula pasir
garam


1.  Ikan kembung dilumur dengan jus limau, serbuk kunyit dan garam.  Biarkan seketika dan digoreng ikan itu.  Ketepikan.


2.  Campurkan semua bahan-bahan untuk sambal dabu-dabu. Panaskan lebihan minyak menggoreng ikan tadi dan diambil 2 sb minyak itu lalu dicampurkan ke dalam sambal dabu-dabu itu.  Gaul sebati semuanya dan bolehlah dihidangkan bersama ikan kembung goreng tadi.