Thursday, December 26, 2013

Bingka Tepung Beras



300 gm tepung beras
1000 ml air 
700 ml santan
1 st garam

Bahan untuk air gula :
50 gm gula merah
100 gm gula melaka
1/2 cawan air
5 sb gula pasir
1 helai daun pandan

1.  Gula merah, gula pasir dan air dimasak hingga gula larut.  Tapis. Kalau nak guna gula melaka sahaja pun boleh juga tapi warnanya tidak terlalu gelap.  Gunakan gula merah tempatan ye, bukan gula perang.

2.  Bancuhkan tepung beras, air, garam, air gula tadi, daun pandan.  Masak atas api perlahan.  Bila adunan telah likat, masuk santan.  Masak lagi sambil teruskan mengacau adunan sehingga rata dan adunan nampak berkilat.  Itu tanda tepung tu dah masak.  Masak lagi sehingga kental.  Tutup api.




3.  Sapukan acuan dengan minyak masak dan alaskan dengan daun pisang yang disapu dengan sedikit minyak. 



4.  Masukkan adunan yang dimasak tadi.  Sejukkan dulu supaya adunan itu keras macam som-som barulah di bakar.

5.  Bakar kuih pada suhu 160C lebih kurang 1 jam atau sehingga permukaan kuih nampak garing.  


Kuih ini masih agak lembik walaupun telah masak.  Oleh itu kena biarkan kuih betul-betul sejuk dahulu sebelum di potong.



No comments:

Post a Comment