2 bungkus tempe 500 ml minyak untuk menggoreng sedikit garam Tempe dihiris nipis. Panaskan minyak hingga betul-betul panas. Kemudian gorengkan tempe itu hingga garing kekuningan atau hingga buih-buih pada tempe itu berkurangan. Toskan. Taburkan garam semasa masih hangat jika hendak rasa masin.
150 gm butter 50 gm gula ising 150 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung 1/2 st esen vanila filling - jem strawberry paper cup-cake saiz kecil 1. Tepung gandum dan tepung jagung diayak bersama. Ketepikan. 2. Pukul butter dan gula ising hingga kembang. Masuk esen vanila dan pukul lagi. 3. Akhir sekali masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut. 4. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle no. 857. 5. Paipkan ke dalam paper cup-cake. Tekankan bahagian tengahnya dengan hujung nozzle supaya berlekuk sedikit. Letakkan sedikit jem strawberry di bahagian lekuk itu. Selain menggunakan paper cup-cake, boleh saja dipaipkan terus di atas baking tray yang sudah dialas dengan baking paper. 6. Kemudian bakarlah biskut itu pada suhu 150C selama 15 minit.