Monday, February 6, 2017

Kacang Goreng La Bamba




1 cawan kacang gajus
1 cawan kacang dhal malawi
1 cawan kacang mata hitam
1 cawan kacang hijau
1 cawan kacang tanah
3 batang serai - dititik dan disiat-siatkan
4 tangkai daun kari
2 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

Bahan tumbuk/kisar kasar :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sb ketumbar biji
2 sb jintan manis
1 st jintan putih

1.  Panaskan minyak dan goreng semua jenis kacang hingga rangup berasingan. Lepas itu toskan.  








2.  Panaskan minyak dan gorengkan setiap kacang berasingan dan toskan.



3.  Tapiskan lebihan minyak menggoreng tadi bagi membuangkan bekas-bekas hitam dalam minyak itu jika ada.



4.  Lepas itu panaskan 2 sb minyak tadi dan tumiskan bahan tumbuk/kisar tadi bersama serai dan daun kari hingga naik bau.



5.  Akhir sekali masukkan semua kacang-kacang tadi.  Gaulkan.





Friday, February 3, 2017

Pajeri Bombay




1 biji nenas masak (600 gm)
1 biji cili merah - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
3" kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan air
1 st serbuk kunyit
1 sb gula
1 sb minyak untuk menumis
1/2 cawan air
garam secukup rasa


1.  Nenas dipotong 1" tebal dan dipotong 4.  

2.  Panaskan minyak dan tumis kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga naik bau.

3.  Masuk bawang besar dan bawang putih.  Tumis lagi hingga bawang layu.

4.  Kemudian masuk air, serbuk kunyit, nenas, cili merah dan gula. Masak hingga mendidih.

5.  Akhir sekali masukkan garam dan masak lagi hingga kering sedikit airnya.