Trip yang hampir-hampir aku batalkan walaupun semua persiapan telah dibuat disebabkan hal tertentu. Tapi aku kuatkan hati aje tambah lagi semua yang pergi adalah geng-geng yang kenal satu sama lain. Pilihan kami tetap pada SMZ Holidays....memang best. Sesiapa yang nak pergi melancung, jangan teragak-agak gunakan khidmat SMZ Holidays, hotel best dan makan kenyang. Hubungi no. 03-9287 5905.
|
Bilik hotel yang luas dan selesa |
Beberapa hari sebelum pergi pihak SMZ Holidays dah brief kami peralatan yang wajib ada semasa musim sejuk.
1) winter coat
2) woolen long-john (suhu di Beijing -3 darjah celcius)
3) kasut yang sesuai untuk winter
4) shawl
5) topi bulu
6) ear-cover
7) sarung tangan tebal atau yang kalis air
8) stoking tebal/bulu
9) ubat selsema (yang tak mengantuk, beli kat farmasi)
10) pil chi kit teck aun (takut perut tak boleh terima makanan mereka)
11) ubat demam dan ubat sakit perut
12) cermin mata (tak panas tapi untuk elak habuk dan sejuk)
13) body-lotion (kulit mudah kering semasa musim sejuk)
Masa bertolak kami pakai pakaian biasa aje tanpa long-john tapi dalam hand-carry masing-masing dah siap winter coat, topi, sarung tangan dan shawl. Kasut untuk musim winter dah boleh dipakai dari rumah lagi. Kami naik flight MAS pukul 6.30 petang. Jadi tiba Beijing nanti dah malam dan terus ke hotel.
Semasa kami keluar saja dari flight, hawa sejuknya dah rasa sampai ke tulang. Bagi yang tak boleh tahan sejuk tu, memang boleh menggeletar dibuatnya. Kami bernasib baik kerana wakil SMZ Holidays memang berpesan banyak kali pada kami supaya mengenakan pakaian lengkap.
Aku pulak serta-merta hidung mula berair. Apalagi cepat-cepat makan ubat selsema.
Kat sini aku nak tunjuk sikit cara nak bungkus badan supaya tak sejuk. Cara ni dipakaikan oleh Puan Ely.
Masa dibungkus ni aku rasa biasa aje. Tapi bila tengok gambar, masyaallah, tinggal mata aje. Kurang assam punya ely....hahaha... Si Sharm kalau pakai spek hitam pun dah jadi macam aku jugak. Macam ni punya bungkus, baik pakai comforter aje hehehe.
Makan di Beijing
Makan memang sedap. Sajian untuk kami banyak berasaskan sayur. Sebelum pergi aku banyak dengar komen yang masakan di sini tak sedap sebab banyak menggunakan minyak bijan. Alhamdulillah untuk group kami ini, masakan semua sedap-sedap. Sentiasa kenyang. Mungkin mereka dah improve cara masakan untuk pelancung Malaysia. Ikan pula mereka menggunakan ikan air tawar. Ikan air laut di sini mahal sebab mereka jauh dari laut.
Melawat Summer Palace
Lepas breakfast kami bertolak ke Summer Palace, sebuah istana dan taman tasik buatan yang cukup besar dibina untuk Maharaja tinggal semasa musim panas.
Semasa lawatan kami, musim sejuk baru saja bermula dan semua pokok-pokok hanya tinggal ranting sahaja dan air tasik sudah mula menunjukkan tanda-tanda akan mula membeku. Walaupun salji belum turun tapi angin yang bertiup sudah cukup membuatkan kami semua macam 'hantu bungkus'...hehe...jangan marah ye geng-geng semua.
Melawat Kilang Sutera
Duvet sutera, tudung, kain ela dan banyak lagi semuanya dari sutera asli. Harga memang murah berbanding di pasaran. Yang penting ia memang terjamin sutera asli. Lain kali sapa-sapa yang nak ke sini, siapkan paling kurang pun Yuan 2K untuk belanja kat sini, baru puas hati kalau dapat beli duvet sutera. Mesti beli barangan di sini, murah dan semestinya sutera asli.
Cantikkan coraknya.
Ini duvet + cover.
Lukisan yang ditekat dari benang sutera. Cantik-cantik tapi aku tak beli. Aku lebih minat pada kain ela dan duvet.
Tu...suzana cuba mengganga dekat frame harimau tu. Memang teliti dan halus tekatan wajah harimau tu.
Melawat Tian'an Men Square dan Forbidden City
Lepas breakfast di hotel, kami bertolak ke Forbidden City. Sebelum bertolak kami sudah dinasihati supaya mengenakan pakaian sejuk yang lengkap kerana angin di sana memang sejuk sangat walaupun tiada salji.
Mula-mula aje macam hantu bungkus, lepas tu dah boleh tanggalkan sarung tangan dan tutup telinga bagi yang boleh tahan sejuk.
Bangunan ini adalah yang asal. Bangunan yang jadi lokasi lakunan Jackie Chan itu rupanya adalah yang palsu. Luas sungguh kawasan istana ini. Maharajanya dulu mempunyai 3000 orang gundik maka bayangkan bilik-bilik yang disediakan untuk para gundik dan Maharani. Kami semua dapat melihat bilik Maharani dan beberapa bilik gundik-gundik kesayangan Maharaja sahaja.
Ini adalah bangunan istana Maharaja yang masih terdapat takhta Maharaja di dalamnya. Tiang-tiang di dalamnya besar-besar belaka dan semuanya berwarna merah. Bangunan ini tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya. Maka kami ambil photo dari luar sahaja.
Di sekeliling istana ini terdapat banyak periuk besar seperti ini yang dibuat dari copper. Tujuannya adalah untuk menyimpan air pada musim kering.
Ini pula adalah taman untuk Maharani dan para gundik bersiar-siar dalam istana. Para gundik semua tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan istana setelah menjadi gundik Maharaja. Sebab itu ada gundik yang menjadi gila dan para gundik biasa hanya dapat berjumpa Maharaja sekali sahaja seumur hidup melainkan gundik-gundik kesayangan Maharaja. Kesiankan?
Bangunan belakang tu adalah bilik Maharani. Yang 3 orang kat luar tu pulak gundik. Gundik no berapa tak tau lah pulak, dah terlepas lari kat Malaysia. Hehehe.
Melawat Juyongguan Great Wall
Cuaca di sini tak panas tapi berangin. Memang sejuk giler. Macam hantu bungkus dan kepala dah macam mickey mouse.
|
Rombongan Cik Filah
|
|
2 mickey mouse |
Melawat Pearl dan Kristal Center
Dengar aje nak pergi tempat ni aku dah tak tentu arah. Benda yang aku minat ni. Macam hilang akal kejap. Suzana dah banyak kali pesan 'beli sikit-sikit dah'. Cantik-cantik dan harga memang boleh beli punya. Bagi aku ini bukan terjebak tetapi sesuatu yang tak patut dilepaskan.
Melawat Jade Center
Satu lagi tempat yang aku tak boleh duduk diam. Rasa macam tak cukup mata nak tengok, tak cukup tangan nak pegang. Dasarrrr....Kat sini bukan terjebak, tapi sesuatu yang mesti dibeli. Dah tentu-tentu ianya asli dan harga mampu beli.
Aku ada 2 orang untuk angkat barang. Yang sorang kata 'beli sikit-sikit dah'. Yang sorang lagi kata 'ni cantik....tu cantik'.
Melawat Beijing 2008 Olympic National Stadium
|
Bangunan Olympic yang juga dikenali sebagai bangunan kepala naga |
|
Subway Station berhampiran stadium |
Tempat yang KENA PAKSA pergi
Antara tempat-tempat lawatan yang diwajibkan oleh Kerajaan Cina wajib dibawa oleh pemandu pelancung negeri cina ialah Chinese Herbal Medicine Center iaitu tempat urut kaki di Bird Nest Stadium, minum green tea percuma dan Baoshutang Scald Ointment Factory yang mengeluarkan produk koyok. Hanya Bamboo Charcoal Center yang agak menarik iaitu kedai jual barangan dibuat dari buluh dan pasaraya milik kerajaan cina yang barangannya mahal sedikit dan barangan yang dijual adalah asli.
|
tempat urut ni tak bagus, indah khabar dari rupa...jangan mudah terjebak sayangilah duit anda (cheh ayat skema). |
|
Tempat mereka promote pelbagai perisa teh mereka. Lepas minum teh free, kena kuatkan hati, jangan terjebak. Tehnya berharga ratusan Yuan. Kalau kongsi ramai-ramai tu bolehlah juga dipertimbangkan. Yang bulat-bulat macam piring kat rak tu, itulah rupa teh yang mereka jual. |
|
Ini pulak outlet menjual pelbagai barangan berasaskan buluh. Bukan kraftangan ye tapi stoking, wiping towel, ubat gigi dan macam-macam lagi. Yang ini ajalah yang best sikit. Harga pun ok. |
Pasaraya
Ada 3 tempat pasaraya tempat kami menghabiskan duit.
Mula-mula kami dibawa ke sebuah supermarket yang diuruskan oleh kerajaan Cina. Barang-barang di sini terjamin kualitinya walaupun harganya mahal sedikit. Butik-butik barang berjenama banyak di sini. Tapi di bahagian luar bangunan supermarket itu pula banyak terdapat kedai-kedai lain yang boleh ditawar harganya.
Lagi 2 pasaraya yang kami pergi iaitu Silk Street Russian Market dan Sanlitun Yashow Market. Kedua-dua tempat ini harga barangannya boleh ditawar-menawar. Aku suka bab tawar-menawar sebab memang fun. Memang giler. Sehelai baju yang diletak harganya Y840 aku boleh dapat Y80. Yang aku perasan dorang suka jual pada harga Y840 sehelai. Yang bestnya aku dapat beli Y100 untuk 2 helai. Mula-mula dorang tak nak bagi, aku blah. Lepas tu dia mula panggil kita terjerit-jerit "come come". Itu tandanya dengan harga tu pun dorang masih buat untung. Hati memang kena kering. Tak ada kesian-kesian sebab mereka masih buat untung lagi dengan harga yang kita beli tu.
Tapi sesuatu yang kena hadapi adalah jurujual-jurujual di sini sikap mereka memang kasar. Itu sememangnya sikap mereka. Menurut kata tour guide kami, perempuan dari Cina Utara sikap dan cara bercakap mereka lebih kasar berbanding perempuan dari Cina Selatan.
|
Berhampiran Sanlitun Yashow Market terdapat juga UNIGLOW dan butik-butik branded yang lain. Lepas shopping, kami bersiar-siar disekeliling kawasan itu. Sempatlah berposing sekejap.
Sedikit Tentang Kehidupan di Beijing
Kiraan jam mereka lebihkurang sama dengan Malaysia. Cuma pada musim sejuk, waktu malamnya lebih panjang dari waktu siang. Pukul 4.30 pagi dah masuk waktu Subuh dan lebihkurang pukul 4.30 petang dah masuk waktu Maghrib.
Motosikal dan basikal yang telah siap dipasang sarung tangan dan penutup hadapan badan dan kaki pada musim sejuk
Teksi di Beijing menggunakan kereta Hyundai. Walaupun petrol mereka mahal tapi rata-rata penduduk Beijing memandu kereta dikira mewah kalau kat Malaysia.
Basikal untuk disewa
Jalanraya (fly-over) di Beijing bersimpang-siur. Walaupun jalanrayanya luas tapi keluasan lane terlalu sempit.
Memang takut memandu di sini. Pemandu mereka pula dengan sesuka hati beralih lane atau belok ke simpang.
|
Belajar Bermain Ski di
Beijing Xueshijie Ski Resort
Inilah yang paling mencabar. Ada bayaran yang dikenakan tapi kami dah masuk dalam package. Kami hanya bayar untuk khidmat instructor aje. Kami bahagi 5 orang untuk 1 instructor. Setiap seorang diberikan sepasang kasut dan papan ski. Masa tengok aje kasut ski tu, aku dah rasa macam nak balik Malaysia. Agaknya berat kasut mahu sekitar 8kg sebelah. Bila dah pakai, nak angkat kaki pun tak larat.
Maka berjalanlah kami macam robot.....robot pun laju.
Papan ski pun berat giler. Bila dah pakai, aku tegak macam nak nyanyi lagu Negara Ku.
Yang azabnya masa main ski. Tergolek-golek kami dibuatnya.
Lihatlah gaya mak-mak dari Bukit Antarabangsa
belajar bermain ski.
Yang ni pulak macam nenek kebayan kah kah kah
Yang ni sebenarnya video tapi tak boleh upload.
Memang kelakar giler. Geng-geng boleh tengok kat FB.
Yang si Ely pulak dok sibuk ambil gambar kami
tergolek, tertonggeng, terlentang.
Aku sempat belajar 1 jam aje. Jari-jari dah rasa sejuk sangat. Surrender lah sebelum kaki aku patah.
Ada sekali tu aku dapat gerakkan ski tu macam dah teror aje
(dalam hati cakap 'eh aku dah pandai') tiba-tiba aku tersetop sendiri dan tetiba...tetiba aku gostan ke belakang dengan sendirinya. Apalagi segala bahasa 'tolong...tolong...help...help' semua terkeluar. Kalau boleh nak jerit 'aku nak balik Malaysiaaaaa'. Kalau mak aku tau ni mesti dia soh aku berhenti main ski :)
Masa aku dah surrender tu, aku terdengar dialog ni
"Kenapalah aku kena lalui ni sume.
Aku lebih rela masak untuk 200 orang".
Ni dialog Kak Filah.
Dia orang pertama yang surrender.
Lagi satu part yang aku tak boleh lupa, masa aku tengah tegak berdiri sebab dah tak boleh ke depan (tengah tunggu instructor datang) tiba-tiba Kak Zara datang meluru ke arah aku dengan muka selamba dia. Lepas berlanggar baru dia ketawa. Yang Abang Raja pulak boleh gelak aje tengok bini dia meluru ke arah aku. Ye lah aku faham dia pun tak boleh nak tolong kami, maka tengok je lah apa yang akan berlaku.....hahaha
Ingatkan guna instructor boleh pandai dalam 1 jam tapi hampeh. Suzana dengan Rozita yang tak guna instructor pulak yang lajut dapat naik turun bukit lagi.
Apapun, yang aku nampak winner hari tu ialah Norman.
Rasa tercabar pulak tapi apa boleh buat.
|
Bila dah tak larat nak berski lagi, berjogetlah pulak. Aku pun dah surrender.
Stail dorang ni asyik senget ke kanan aje. Tu kaki dah tak boleh angkat sebab kasut ski dah berat hahaha.
|
On the way balik. Re-pack barang kat airport sebab ada last minute shopping. Sampai kena beli beg besar lagi. Wakil SMZ Holidays memang faham dengan geng-geng kami ni yang gila shopping. Jadi setiap hari memang ada acara pergi shopping.
Sebab tu awal-awal lagi aku dah pesan Suzana, janganlah kawan-kawan dia nak kirim itu-ini sebab barang kami sendiri pun dah banyak. Bukannya kami sombong tapi dorang pun kena lah faham. Suzana ni pulak pantang orang bagi hint suka barang tu suka barang ni. Walaupun orang tu tak suruh beli tapi dia akan cuba belikan sebab kesian. Tu yang aku bengang skit dengan minah ni.
Selain barang sendiri, saudara-mara kami pun ramai. Nak kena beli juga untuk mereka. Mana nak pack lagi, mana nak angkat lagi. Berat muatan pun terhad. Sebab tu aku pelik orang2 yang suka order itu ini. Mereka tak fikir ke???
Itu pun barang untuk family aku pun aku skip sebab tak larat nak bawa. Barang sendiri pun dah berat....kita bukannya dapat pergi selalu.
Macam ada sorang kawan aku kata, satu lagi sikap orang yang order tu, tau order aje tapi duit tak bagi. Kita dahlah bawa duit untuk belanja kita aje, ni nak belikan barang dia lagi. Shortlah duit belanja kita.
Jadi, terima ajelah souvenir yang kita mampu beli dan mampu bawa. Malah fridge magnet tu pun berat juga kalau dah banyak.
|
Bersama tour guide dan driver bus sepanjang kami di Beijing |
|
Buah tangan untuk kengkawan. Kami dapat beli 18 pack aje. |
|
On the way balik, terserempak dengan Ramlee Awang Murshid, penulis novel kisah Laksamana Sunan. |
Tempat lain yang kami pergi adalah menonton Akrobatik Cina,
Masjid Madian dan Nandouya Mosque.
Apapun kami enjoy dengan trip ini.
Memang kelakarlah rombongan cik fila ni.
Rancanglah percutian anda bersama SMZ Holidays