Saturday, May 7, 2016

Cucur Badak



500 gm ubi keledek
3/4 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
serunding kelapa secukupnya

1.  Masukkan keledek dan air ke dalam periuk.  Rebus hingga empuk.  Selain direbus boleh juga dikukus.  Lepas itu buang kulit keledek dan lecek keledek itu hingga halus.

2.  Kemudian gaulkan keledek dengan tepung dan garam hingga sebati.  Bentukkan keledek bulat-bulat.  Masukkan inti serunding dan bulatkan semula.  

3.  Goreng kuih cucur itu hingga garing kekuningan.



Bahan untuk serunding kelapa :
1 biji kelapa parut
1st serbuk kunyit
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering
2 batang serai
1 sb jintan manis
1 st jintan putih
1 sb ketumbar

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.

2.  Masukkan kelapa parut, serbuk kunyit dan garam.  Masak hingga semuanya sebati.  Serunding jangan terlalu kering.  Nanti rasa berhampas pulak.