Tuesday, February 27, 2018

Keladi Goreng



400 gm keladi
1 cawan tepung beras cap gajah 1
2 sb tepung goreng adabi
3/4 cawan air
1 sb air kapur sirih
1/4 st serbuk kunyit
2 sb bijan putih
2 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Keladi dibuang kulit.  Pastikan tangan kering semasa mengupas keladi.  Kalau tak, tangan akan gatal-gatal.  Boleh juga sarungkan tangan dengan plastik.  Dah siap kupas semua barulah boleh dibasuh atau terkena air.



Keladi itu boleh dipotong senipis 1/2" ataupun dipotong memanjang.  



2.  Satukan tepung beras, tepung goreng adabi, air, air kapur sirih, serbuk kunyit dan garam.  Gaul hingga sebati.

3.  Akhir sekali masuk bijan.  Gaul rata dan masukkan keladi yang dipotong tadi.

4.  Panaskan minyak dan gorengkan keladi itu sekeping-sekeping hingga garing.  Toskan.

Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sambal kicap.




No comments:

Post a Comment