Saturday, September 30, 2017

Masak Lemak Putih Sayur Pucuk Labu



500 gm sayur pucuk labu
2 batang serai
1 biji kentang
1 biji cili merah
1 kotak santan
2 cawan air
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 sb geragau kering


1.  Sayur pucuk diambil bahagian pucuk yang lembut.  Siatkan bahagian luar kulit dibahagian batangnya.  Daunnya yang agak berbulu digesek sedikit agar daunnya juga akan menjadi lembut sedikit.  Basuh dan toskan.


Serai dititik dan kentang dibelah 4.  Cili merah dihiris.

2.  Masukkan bahan tumbuk, serai, kentang, separuh dari santan kotak itu dan air ke dalam periuk.  Masaklah dengan api perlahan hingga mendidih.

3.  Kemudian masukkan sayur pucuk labu, cili merah dan baki santan tadi.  Masak lagi sambil dikacau selalu hingga sayur lembut dan kuah mendidih tapi jangan sampai pecah minyak.

4.  Akhir sekali masuk garam dan tutup api.





Saturday, September 23, 2017

Crispy Corn




2 batang jagung
2 sb tepung jagung
1 st serbuk cili
1 st serbuk ketumbar
1 st serbuk jintan manis
garam secukup rasa
1 liter minyak untuk menggoreng

1.  Jagung dilurutkan bijiannya.  

2.  Campurkan jagung itu dengan tepung jagung, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan garam.  Gaulkan hingga rata.




3.  Panaskan minyak dan goreng jagung itu hingga garing.  Semasa menggoreng itu, lerai-leraikan jagung itu supaya tidak melekat.  Toskan.

4.  Lepas itu taburkan daun bawang.  Gaulkan dan boleh dihidangkan.  Makan panas-panas rangup aje.




Sunday, September 17, 2017

Masak Lemak Sayur Beremi



400 gm sayur beremi 
2 keping tauhu
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan air
2 batang serai
1 st serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sb geragau kering


1.  Bersihkan sayur beremi.  Patah-patahkan dalam 2" panjang. Rendam sekejap dalam air garam dan toskan.  


Tauhu dipotong 4.  Serai dititik.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.

2.  Masukkan bahan tumbuk, santan cair, serai, serbuk kunyit dan sayur beremi dalam periuk.  Masak hingga mendidih sambil dikacau-kacau.

3.  Kemudian masukkan santan pekat dan garam.  Kacau-kacaukan supaya tidak pecah minyak.  Masaklah dengan api perlahan.  Bila dah mendidih sedikit tutup api.




Friday, September 1, 2017

Pulut Inti





Bahan untuk pulut :
1 cawan beras pulut
1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa

Bahan untuk inti :
2 cawan kelapa parut
100 gm gula melaka
1 sb gula merah
1/4 cawan air

Penyediaan pulut :
1.  Beras pulut direndam 4 jam ataupun semalaman.  Basuh dan toskan.  

2.  Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukus yang telah dialas dengan daun pisang dan daun pandan.  Kukuskan hingga pulut nampak berkilat dalam 20 minit.



3.  Keluarkan pulut.  Gaulkan pulut dengan santan dan garam. Masukkan semula pulut itu ke dalam periuk kukus dan dikukus sehingga masak.



Penyediaan inti :
1.  Masakkan gula melaka, gula merah dan air hingga gula larut. Larutan ini memang agak pekat supaya masa memasak tidak terlalu lama.

2.  Kemudian masukkan kelapa parut.  Gaulkan hingga sebati.  Inti ini semestinya lembab sedikit.  Sejukkan.

Proses membungkus :
1.  Diperlukan beberapa helai daun pisang berukuran 6"x5".   Lapkan daun pisang itu dan dilayur di atas api sekejap supaya daun itu tidak koyak semasa membungkus.



2.  Letakkan 1 sb inti kelapa ke dalam mangkuk kecil.  Masukkan 2 sb pulut.  Tekankan sedikit.  



3.  Lepas itu tingkupkan mangkuk itu atas daun pisang.  Ketukkan sedikit supaya pulut dan inti mudah keluar.  Bungkuslah pulut inti itu dengan menampakkan sedikit intinya.






Sausage & The Gangs untuk sarapan




1)  Sausage
2)  Bawang & Capsicum
3)  Kentang goreng
4)  Bunga kobis

Untuk sediakan sausage :
4 batang sausage
1 sb minyak zaitun

Lumurkan minyak zaitun pada sausage dan masakkan sausage sehingga masak.  

Untuk sediakan bawang dan capsicum :
1/2 biji bawang besar 
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji capsicum merah
1 st minyak zaitun

Bawang besar dipotong 4 dan dileraikan kepingan-kepingannya.
Capsicum didadu besar.   Lumurkan semuanya dengan minyak zaitun.  

Panaskan kuali dan masukkan bawang dan capsicum itu.  Masaklah hingga bahan itu nampak layu sedikit.  

Boleh saja dimasak sekali dengan sausage tadi dalam satu kuali.



Untuk sediakan kentang goreng :
1 biji kentang russet
1 st minyak zaitun

Kentang dipotong panjang.  Lepas itu gaulkan kentang dengan minyak zaitun hingga rata.  

Dengan menggunakan kuali yang sama, masaklah kentang itu hingga kekuningan.



Untuk sediakan sayur :
200 gm kobis bunga
1 sb minyak zaitun
2 sb breadcrumbs
1 st serbuk lada hitam
2 sb parutan parmesan cheese
garam secukup rasa

Bunga kobis dipotong kecil.  Lumurkan kobis bunga dengan minyak zaitun, breadcrumbs, lada hitam dan garam.

Panaskan kuali tadi dan masukkan kobis bunga.  Tutupkan kuali supaya kobis bunga cepat masak.  Tutup sekejap aje.



Lepas itu bukakan penutup kuali dan ditaburkan parmesan cheese. Biarkan di atas api seketika.  Angkat.



Susunkan semua bahan yang telah dimasak tadi dan sedia untuk dimakan.  Makanlah dengan sos pilihan.