Sunday, June 11, 2017

Mee Goreng Beriani


credit to sheila rusly


450 gm mee kuning
20 gm tauge
1 keping fish cake
3 pokok sawi
1 sb cili kisar
1 sb rempah beriani
2 tangkai daun kari
2 sb minyak untuk menggoreng
3 biji cili padi
sedikit gajus goreng
sedikit bawang goreng

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sb udang kering

Bahan untuk menumis :
2" kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumis, bahan tumbuk dan daun kari hingga naik bau.


2.  Masukkan cili kisar dan rempah beriani.  Tumis lagi hingga garing.

3.  Masuk pula fish cake dan sawi.  Bila sawi dah mula layu, masuk mee kuning dan garam.  

4.  Akhir sekali masukkan tauge.  Gaul rata dan tutup api.

5.  Masa menghidang, tabur gajus goreng, bawang goreng dan cili padi hiris.




No comments:

Post a Comment