1 cawan kacang gajus
1 cawan kacang dhal malawi
1 cawan kacang mata hitam
1 cawan kacang hijau
1 cawan kacang tanah
3 batang serai - dititik dan disiat-siatkan
4 tangkai daun kari
2 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
Bahan tumbuk/kisar kasar :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sb ketumbar biji
2 sb jintan manis
1 st jintan putih
1. Panaskan minyak dan goreng semua jenis kacang hingga rangup berasingan. Lepas itu toskan.
3. Tapiskan lebihan minyak menggoreng tadi bagi membuangkan bekas-bekas hitam dalam minyak itu jika ada.
4. Lepas itu panaskan 2 sb minyak tadi dan tumiskan bahan tumbuk/kisar tadi bersama serai dan daun kari hingga naik bau.
5. Akhir sekali masukkan semua kacang-kacang tadi. Gaulkan.
No comments:
Post a Comment