Sunday, November 27, 2016

Peluang Kedua


Hari ni wanita itu bingung seketika.  Insan kesayangan bertalu meminta diberi peluang.  Berjanji tak akan sakitkan hati wanita itu lagi.  

Seingat wanita itu ini bukan peluang kedua tapi peluang yang dah berkali-kali.  Bermunajat wanita itu pada Pencipta Yang Agung.  Pada wanita itu, Allah yang mengatur perkara ini berlaku.  



Bertabahlah kamu dengan dugaan dan hasad yang melanda.


Tuesday, November 22, 2016

Putu Mayam express




100 gm beehoon
1 liter air
1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
1 cawan gula merah

1.  Rendam beehoon sehingga lembut.  Bilaskan dengan air bersih dan toskan.  

2.  Kemudian masukkan beehoon itu dalam penapis dan letakkan penapis itu di atas periuk yang berisi air mendidih.  Tutupkan dan kukus.  Kalau kuantiti beehoon itu banyak, bolehlah gunakan periuk kukus.  




3.  Kukus sehingga beehoon itu lembut.   Lepas itu pusarkan beehoon itu dengan garfu.  




4.  Putu mayam ni dimakan bersama kelapa parut putih dan gula melaka.




Sunday, November 20, 2016

Tauge Goreng Sawi



200 gm tauge
2 pokok sawi
4" carrot
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili merah - dihiris
1 batang fish cake - dipotong nipis
1 keping tauhu goreng - didadu
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa


1.  Panaskan minyak.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.

2.  Masuk fish cake dan masak sekejap.  Lepas itu masukkan sawi, carrot dan tauhu.

3.  Bila sawi dah nampak layu, masuk tauge cili merah dan garam. Gaul-gaulkan sekejap supaya tauge tidak terlalu lembik dan tutup api.









Saturday, November 19, 2016

Fenomena Supermoon Berkaitan Dengan Hadis Rasulullah



Bukti bahawa hadis Rasulullah saw yang telah disabdakannya 1400 tahun yang lalu telah terbukti benarnya.  Sebahagian bergembira terhadap fenomena ini tapi sebagai orang beriman sudah selayaknya kita lebih mempersiapkan bekal untuk kehidupan kita di akhirat setelah dunia ini berakhir atau paling tidak setelah tempat tinggal kita di dunia berakhir.

عَنْ أَنَس رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ :«إِنَّ مِنْ اقْتِرَاب السَّاعَة أَنْ يُرَى الْهِلاَل لِلَيْلَة فَيُقَالُ : لِلَيلَتَينِ، وَأَنْ يَظْهَر مَوتُ الْفَجْأة، وَأَنْ تُتَّخَذ الْمَسَاجِد طُرُقاً

Maksudnya :
Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya bahagian dari tanda dekatnya hari kiamat adalah bahawa bulan terlihat dalam satu malam seperti untuk dua malam (maksudnya: lebih besar dari biasa) dan banyak terjadi mati mendadak dan masjid dijadikan tempat persinggahan sahaja (untuk berihat)."

Hadis riwayat Imam Adhdhiyaa' Al Maqdisy dalam Al Ahadis Al Mukhtaarah No. 2325 dan menurut Syaikh Abdul Maalik bin Dhuhaisy, sanadnya Hasan.  Demikian juga di-hasankan oleh Syaikh Nashiruddin Al Albaany dalam Shahih Jaami'ush Shaghiir no. 10841 dan Silsilah Hadis Shahih no. 2292.

Juga ada pula riwayat dari Anas bin Malik ra , dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :

مِنِ اقْتِرَابِ السَّاعَةِ أَنْ يُرَى الْهِلالُ قِبَلا، فَيُقَالُ : لِلَيْلَتَيْنِ، وَأَنْ تُتَّخَذَ الْمَسَاجِدَ طُرُقًا، وَأَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفُجَاءَةِ

Diantara tanda dekatnya hari kiamat adalah hilal (bulan sabit) terlihat lebih awal hingga hilal malam pertama dikatakan sebaai hilal malam kedua.  Masjid-masjid dijadikan sebagai tempat melintas dan banyaknya terjadi kes kematian mendadak.  (Hadis riwayat Imam Ath Thabrany ra no : 1132 dan disahihkan oleh syaikh Nashiruddin Al Albaany dalam shahih Al Jaami'ish Shaghir no: 10841 .

Bukti bahawa hadis Rasulullah saw yang telah disabdakannya 1400 tahun yaang lalu telah terserlah. Sebahagian bergembira terhadap fenomena ini, tapi sebagai orang beriman sudah selayaknya kita lebih mempersiapkan bekal untuk kehidupan kita di akhirat setelah dunia ini berakhir atau paling tidak setelah tempoh tinggal kita di dunia berakhir.


Saturday, November 12, 2016

Cek Mek Molek




250 gm ubi keledek
1/2 cawan tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan gula pasir
2 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Rebus keledek hingga lembut.  Toskan, dibuang kulitnya dan dilecek hingga halus.

2.  Gaulkan keledek lecek, tepung gandum dan garam hingga sebati.

3.  Ambil sedikit doh itu dan dibulat-bulatkan.  Kemudian dileperkan sedikit doh itu dan diletakkan 1 sb gula halus.  Bulatkan semula dan bentukkan lonjong dan tajam di kiri dan kanannya.


4.  Panaskan minyak dan gorenglah kuih hingga garing kekuningan. Toskan.







Thursday, November 10, 2016

Kek Cracker Cheese


100 gm cream cheese
3/4 cawan ricotta cheese
1/3 cawan susu pekat
1/3 cawan susu cair
27 keping biskut lemak/cracker
sedikit quaker oat/nestum

1.  Cream cheese, ricotta cheese dan susu dipukul hingga sebati.  Jika tidak menggunakan ricotta cheese, gunakan cream cheese 200gm sahaja.



2.  Susun biskut dalam bekas yang telah dilapik plastik supaya senang dikeluarkan dari acuan.

3.  Ratakan cheese atas biskut dan tabur oat ataupun nestum.

4.  Ulang lagi lapisan tadi hingga habis. 

5.  Sejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.





Pau Kampung Inti Keledek




3 cawan tepung gandum
1 sb yeast
1/2 cawan gula pasir
3 sb minyak jagung
1 1/3 cawan air

Bahan untuk inti :
200 gm keledek oren
1 liter air
2 sb gula pasir

1.  Keledek dibersihkan dan dimasukkan ke dalam periuk bersama air.  Rebus hingga betul-betul lembut.  Toskan dan dilecek/ditumbuk hingga halus bersama gula.   Ketepikan.

2.  Gaul tepung dan yeast.

3.  Larutkan gula dalam air.  Tuangkan separuh dari larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul.

4.  Masuk pula minyak dan diuli lagi adunan itu sambiil dicampurkan lagi air gula yang lebih tadi sedikit demi sedikit hingga habis.

5.  Uli hingga menjadi doh yang kenyal.  Perapkan adunan 10-15 minit.

6.  Bulatkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki dan dibiarkan lagi 10 minit.


7.  Kemudian buat pau seperti biasa.

8.  Biarkan lagi pau naik selama 30 minit dan kukus selama 30 minit.  Jangan dikukus terlalu lama.









Wednesday, November 9, 2016

Pau Kampung Inti Kaya



3 cawan tepung gandum
1 sb yeast
1/2 cawan gula pasir
3 sb minyak
1 1/3 cawan air suam
1 cawan jem kaya Gardenia
plastik/baking paper/daun pisang untuk alas pau

1.  Gaul tepung dan yeast hingga rata.

2.  Larutkan gula dalam air.  Gunakan air suam atau sejuk pun boleh.

3.  Tuangkan 1/2 dari air gula itu ke dalam tepung itu sedikit demi sedikit sambil digaul tepung itu.  

4.  Lepas itu masukkan minyak dan digaul lagi.  


5.  Akhir sekali masukkan baki air gula tadi.  Gaul dan uli tepung itu hingga menjadi doh.  Mula-mula aje ia agak melekit.  Perapkan doh lebih kurang 10 minit atau naik sekali ganda.

6.  Lepas itu ambil sedikit doh itu, bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.  Jangan terlalu leper pulak nanti kulit pau itu terlalu nipis dan tak nampak gebunya.  Letak 1sb jem kaya dan punjutkan semula doh itu kemas-kemas.  


7.  Susun pau itu dalam periuk kukus dan biarkan pau naik semula dalam 10 minit.  

8.  Kemudian baru dikukus pau itu selama 10 minit.  Jangan kukus terlalu lama.


Tuesday, November 8, 2016

Pengat Keledek





250 gm keledek
3 cawan santan
2/3 cawan gula merah
1 sb gula pasir
1 helai daun pandan
2 sb sagu mata ikan
secubit garam

1.  Keledek dikupas kulitnya dan dipotong dadu.  Basuh bersih dan direbus hingga empuk.  Toskan.  Sagu mata ikan direndam dalam 5 minit.

2.  Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan dalam periuk.  Masak dengan api perlahan. 

3.  Semasa hampir mendidih, masuk garam dan sagu mata ikan.  Masak hingga mendidih dan pekat dengan api perlahan.  

4.  Akhir sekali masukkan keledek.  Biarkan sekejap dan tutup api.