Sunday, July 10, 2016

Rendang Daging Berempah



500 gm daging lembu - dipotong kiub
1 helai daun kunyit - dihiris
2 keping asam keping
1 sb gula melaka
2 sb kerisik
1/2 kg santan
3 sb minyak masak
garam

Bahan kisar :
15 biji cili padi /cili kering
2" kunyit hidup
1" lengkuas
1" halia
1 sb ketumbar biji
1 sb jintan manis
1 st jintan putih
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai

1.  Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.

2.  Masuk daging dan sedikit air bagi melembutkan daging.  Gunakan api sederhana.

3.  Bila dah hampir kering, masukkan gula melaka, garam, asam keping, kerisik dan santan.  Masak hingga pecah minyak.  Masak gunakan api kecil.  

4.  Bila dah pecah minyak, masukkan daun kunyit.  Kacau-kacaukan dan masak lagi hingga rendang agak kering.  Kalau hendak rendang yang agak basah, bila dah pecah minyak, tutup api.






Ketupat Goreng


5 biji ketupat - dipotong nipis
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 sb cili kisar
5-6 biji fish ball - dipotong tiga
2 biji telur
1/4 cawan ikan bilis 
1 helai daun kunyit - dihiris
1 sb sos tiram
2-3 helai daun limau purut
garam secukup rasa

1.  Bawang besar, bawang putih dan cili merah ditumis hingga garing kekuningan.

2.  Masuk cili kisar, fish ball dan ikan bilis.  Tumis lagi hingga  garing dan pecah minyak.



3.  Masuk sos tiram.  Gaul-gaulkan biar rata dan masukkan ketupat dan pecahkan telur.  Biarkan seketika.  Bila telur dah mula masak, gaulkan rata-rata sambil dimasak lagi hingga nampak garing sedikit.

4.  Kemudian masukkan daun kunyit, daun limau purut dan garam. Gaul lagi.  Masak sekejap dan tutup api.





Thursday, July 7, 2016

Kacang Kuda Goreng Berempah



1 cawan kacang kuda
1 sb rempah kari
1 st cili flakes
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sb ketumbar biji - ditumbuk kasar
1 st jintan manis - ditumbuk kasar
1 st jintan putih - ditumbuk kasar
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Rendam kacang kuda semalaman.  Kemudian direbus hingga empuk dan toskan.


2.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih,  semua bahan yang ditumbuk tadi dan daun kari hingga naik bau. 


3.  Masuk cili flakes, rempah kari dan daun kari.  Tumis sekejap. Bila dah hampir garing, masuk kacang kuda dan garam.  Tumis lagi.







Kacang Rebus


Dulu-dulu kudapan ni cukup popular.  
Ia lebih dikenali dengan panggilan Kacang Putih 
atau Kacang Rebus.



1 cawan kacang kuda
1 helai daun pandan atau 1 tangkai daun kari
air secukupnya
garam secukup rasa

Senang aje nak buatnya.  Mula-mula rendam kacang kuda semalaman.  Lepas tu masuk kacang kuda dan air ke dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan daun pandan.  Rebuslah hingga kacang empuk.  Boleh ditambah air jika perlu.


Toskan dan bolehlah terus di ngap.  Sambil dimakan sambil dilecetkan kulitnya yang nipis putih jernih tu.  Kalau tak buang kulit pun tak apa.





Sunday, July 3, 2016

Popia Cheese Stick



1 paket cheese stick
8 keping kulit popia (saiz besar) 
1 sb tepung gandum + sedikit air dijadikan gam
1 cawan breadcrumbs
1 biji telur

1.  Cheese stick dipotong 2.  



2.  Kulit popia dipotong 4.  Selain kulit popia boleh juga digunakan kulit wantan.



3.  Ambil satu cheese stick tadi dan diletakkan di atas kulit popia.  Macamana cara nak letak cheese stick tu, ikut suka masing-masing.



4.  Sapukan bancuhan tepung tadi disekeliling kulit popia itu.  Kemudian digulung kulit popia itu.  Buat hingga habis.



5.  Popia cheese stick yang telah siap itu boleh terus digoreng dengan minyak banyak atau pun boleh dicelupkan terlebih dahulu ke dalam telur yang telah dipukul.  Selepas itu salutkan ia dengan breadcrumbs.  Kemudian barulah digoreng sehingga garing.



Cicah dengan sos atau mayonis.

Cornflakes Madu




500 gm cornflakes
2 cawan badam cincang/kacang tanah/bijan yang disangai
mangkuk kertas bersaiz kecil secukupnya
sedikit manik hiasan

200 gm planta
1 cawan madu
1/2 cawan brown sugar/gula pasir


1.  Masuk planta, madu dan brown sugar/gula pasir ke dalam kuali besar yang boleh memuatkan 500 gm cornflakes.  Masak sehingga planta larut dan campuran berubah warna sedikit gelap.




2.  Kemudian masukkan cornflakes, badam/kacang/bijan.  Kalau nak guna bijan, gunakan dalam 1 cawan dan cukup.  Gaul rata.

3.  Ambil sedikit campuran cornflakes itu dan masukkan ke dalam mangkuk kertas.  Buat hingga habis dan bakar pada suhu 150 C lebihkurang 10 minit.




Kalau suka boleh juga ditambah dengan bahan-bahan yang lain seperti gajus panggang, kismis, ceri merah/hijau dan lain-lain.



Ayam Karamel



1 ekor ayam
100 ml madu
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan kicap lemak manis
2 sb sos ikan
10 ulas bawang putih
4" halia
1/4 cawan minyak masak 

1.  Madu, sos tiram, sos cili dan sos ikan disatukan.  Ketepikan. Bawang putih dan halia ditumbuk.


2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.

3.  Masuk ayam dan goreng hingga ayam nampak separuh masak.


4.  Kemudian masukkan campuran sos tadi bersama kicap lemak manis.  Masaklah sehingga ayam betul-betul masak dan sos menjadi pekat.