Monday, November 30, 2015

Donut Inti Coklat




Bahan A :
2 st yis
1/4 cawan air suam
1 st gula

Bahan B :
3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 st garam
1 biji telur - dipukul sedikit
1/4 cawan air
 2 sb butter

Bahan C :
1/4 cawan gula pasir halus
1 sb serbuk kulit kayu manis

Bahan D :
1/2 cawan double cream
2 sb madu
20 gm cooking chocolate


1.  Campurkan Bahan A dan biarkan ia mengembang.

2.  Satukan Bahan B dan masukkan Bahan A yang telah mengembang.

3.  Ulikan hingga menjadi doh.  Biarkan doh itu 15-20 minit.  Taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai dan canaikan doh tadi 1" tebal.  Potong-potongkan doh itu.

4.  Goreng donut dalam minyak yang banyak.  Toskan sekejap dan golekkan pada Bahan C.

5.  Sementara itu didihkan double cream dan madu.  Tutup api dan masukkan cooking chocolate.  Kacaukan sehingga semua sebati dan likat.


6.  Kemudian paipkan inti coklat ke dalam donut.







Saturday, November 28, 2015

Donut Inti Cheese




Bahan A:
1 st yis
1/2 st gula pasir
sedikit air suam

Bahan B :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sb gula pasir
1/4 st garam
3 sb yogurt
1/4 cawan air/susu cair
1 sb butter

Bahan C :
3 sb gula pasir halus
1 sb serbuk kulit kayu manis

Bahan D :
1 paket cheese sticks - dipotong 1"

1.  Satukan Bahan A dan biarkan ia naik.

2.  Satukan semua Bahan B.  Masukkan Bahan A yang telah naik. Adun dan uli hingga menjadi sebiji doh.  Sapukan sedikit minyak pada doh dan biarkan ia naik dalam 1/2 jam.

3.  Potong doh kecil-kecil dan bulat-bulatkan.  Leperkan sedikit, letak cheese dan dibulatkan semula.  Selain cheese sticks boleh juga gunakan cheese slice yang dipotong 4.  Biarkan dalam 10 minit sehingga bebola itu naik sedikit.



4.  Sementara itu campurkan Bahan C.  Ketepikan.

5.  Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan gorengkan bebola donut tadi hingga kekuningan.  Toskan sekejap dan golekkan ke dalam Bahan C.





Brown Sugar Pancakes




1 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula perang
2 sb baking powder
1 st garam
1 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan susu cair 
2 sb minyak jagung

1.  Campurkan semua bahan dan diadun hingga sebati.  Adunan memang agak likat sedikit.



2.  Panaskan kuali non-stick.  Kalau gunakan kuali biasa pun boleh tapi kuali kena betul-betul panas.  



3.  Masukkan dalam 1/4 cawan dari adunan tadi.  Bergantung pada sebesar mana yang kita hendak.  Nak buat sebesar kuali pun boleh gak.  Cepat siap kannn...




3.  Bila nampak ada lubang-lubang terbentuk dipermukaan pancake, terbalikkan ia dan biarkan ia masak seketika.  Angkat.



Pancake ni selalunya dimakan dengan butter, jem ataupun brown maple syrup.  



Brown maple syrup
1/2 cawan brown sugar
4 sb butter
1/2 cawan maple syrup (guna madu pun boleh)

Campurkan semua bahan dan masakkan dengan api perlahan sehingga larut.  



Lebihan beter pancake ini aku celupkan hirisan bawang besar dan digoreng...Sedap!!!






Tuesday, November 24, 2015

Sos Cili Berserai




1 cawan cili kisar
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sb gula pasir
2 batang serai - diketuk
garam secukup rasa

1.  Masukkan semua bahan dalam periuk.  Masak hingga mendidih dan pekat.  Banyaknya kuantiti gula bergantung kepada kehendak masing-masing.  

2.  Parutkan sedikit serai bahagian putihnya sahaja ke dalam sos itu.



Sunday, November 22, 2015

Donut




Bahan A :
1 sb yeast
1 sb susu pekat
1 sb gula pasir
1 cawan air suam

2 cawan tepung gandum
1 sb planta
1 st baking powder
1/2 st garam

Bahan B :
2 cawan tepung gandum
1 sb planta
1 st baking powder
1/2 st garam

Bahan C:
500 ml minyak masak
1 cawan gula halus

1.  Satukan Bahan A dan biarkan ia mengembang.  Jika selepas 10 minit tiada perubahan itu tandanya yeast itu tidak menjadi.  Buat sekali lagi. 



2.  Satukan Bahan B dan gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.  



3.  Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B.  Gaul rata.  Tak perlu diuli.  Tutupkan mangkuk adunan itu dan perapkan selama 1 jam.  Adunan akan naik sedikit.



6.  Lepas itu tumbuk bahagian tengah adunan itu bagi mengeluarkan angin.  Adunan sememangnya agak lembik tapi tak perlu ditambah tepung.



7.  Cuma letak sedikit tepung ditapak tangan supaya adunan tidak melekat.  Ambil sedikit adunan itu dan bulatkan.  Leperkan sedikit dan terapkan acuan bulat dibahagian tengahnya bagi membentuk lubang bentuk donut.



8.  Susun donut itu di atas dulang yang telah disapu sedikit tepung.  Biarkan donut itu mengembang sedikit dalam 1/2 jam.



9.  Panaskan minyak dan gorengkan donut itu hingga kekuningan.  Bila bahagian bawahnya telah kuning, barulah diterbalikkan dan digoreng lagi hingga kekuningan. 



10.  Toskan sekejap dan golekkan dalam gula halus tadi.  Adunan ni boleh dapat dalam 12 biji donut.




11.  Ini pula disalut dengan gula pasir halus yang telah digaul dengan serbuk kayu manis.







Saturday, November 21, 2015

Kentang Lolipop



Bahan A :
600 gm kentang
1" halia - diparut
1/2 st jintan manis
1 biji cili hijau / 2-3 biji cili padi - dicincang
1/4 cawan bawang besar yang didadu kecil
2 pokok daun bawang - dihiris
1 tangkai daun kari - dihiris
1/4 cawan tepung jagung
garam secukup rasa

Bahan B:
1 cawan tepung beras 
1/2 cawan air 
1 cawan serbuk roti
1 cawan minyak untuk menggoreng



1.  Kentang dibuang kulit, dipotong 4 atau 8 dan direbus hingga empuk.  Toskan hingga betul-betul kering dan lecek kentang itu hingga hancur.  



2.  Kemudian campurkan kentang itu bersama semua Bahan A yang lain.  Gaul hingga sebati.




3.  Campuran kentang itu dijadikan bebola kecil.  Boleh dapat dalam 32 biji.



4.  Campurkan tepung beras dengan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi beter yang sesuai boleh menyalut pada bebola kentang tadi.




5.  Kemudian golekkan bebola kentang itu pada beter tadi dan seterusnya salutkan dengan serbuk roti.



6.  Panaskan minyak dan gorengkan bebola kentang itu hingga garing kekuningan.





Cicah dengan sos dan sedialah nikmatinya semasa hangat.




Sunday, November 15, 2015

Hash Brown Potatoe



500 gm kentang
1 liter air
2 sb corn syrup atau 2 sb gula
1/4 cawan tepung beras
2 sb tepung jagung
1 st serbuk bawang putih
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Parut kentang dan rendamkan dalam air ais lebih kurang 2 jam.  Lepas itu keringkan airnya.  Boleh ditekap dengan paper towel ataupun diperah dengan kain muslin.  



2.  Masukkan air, corn syrup atau gula dan garam ke dalam periuk.  Masak air itu hingga menggelegak.  Masukkan kentang parut tadi.

3.  Masak 3-4 minit sahaja dan masukkan segera kentang itu ke dalam air ais dalam 5 minit bagi menghentikan proses memasaknya.  Kemudian perahkan kentang itu.



4.  Satukan kentang, tepung beras, tepung jagung dan garam.  Kalau nak masuk lada hitam pun boleh.  Gaulkan hingga sebati.



5.  Ambil 1/3 cawan adunan itu dan masukkan dalam acuan.  Tekan-tekankan hingga padat.  Boleh dibentukkan ikut suka.  
Simpan dalam petisejuk 2-3 jam atau hingga keras.  


6.  Panaskan minyak dan gorengkan hash brown potatoe itu hingga kekuningan.  Toskan.  Hidangkan dan makan dengan cili sos.





Cucur Manis Kembong




2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air mendidih
3 sb gula pasir/susu pekat
garam secukup rasa

1.  Gaulkan semua bahan hingga sebati.  Adunan ini kental supaya boleh dibulatkan tapi melekit.  

Gunakan air panas yang sedang mendidih ye.  Jangan gunakan air panas dari water filter.  Aku dah beberapa kali buat guna air panas dari filter, hasilnya memang cantik bulatnya tapi bahagian dalamnya keras.


2.  Basahkan tangan dengan sedikit air, kemudian jemputkan sedikit adunan itu dijadikan bebola.  Buat hingga habis.


3.  Panaskan minyak.  Gorengkan bebola cucur itu.  Cucur itu akan kembong membulat sejurus dimasukkan ke dalam minyak panas. Gorenglah hingga garing.



Saturday, November 14, 2015

Potatoe Bun



250 gm tepung gandum/tepung roti
70 gm kentang lecek
70 ml air/susu cair
3 sb gula castor
2 sb planta
1 sb yeast
1 biji telur

1.   Satukan yeast dengan 3/4 cawan air suam dan 1 st gula.  Biarkan yeast mengembang.

2.  Campurkan tepung, kentang, gula, planta, yeast dan telur. Gaulkan.  Kemudian dimasukkan air/susu cair sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.

3.  Bulatkan doh dan tutup dengan kain lembap atau wrapping plastik.  Biarkan doh naik mengembang sekali ganda.  

4.  Tumbuk doh dibahagian tengah dan bahagikan doh kepada 9 bahagian.  Bulat-bulatkan doh-doh kecil itu.  Susunkan bebola itu ke dalam loyang yang telah disapu butter.  Biarkan lagi sehingga bebola itu mengembang.

5.  Sapukan permukaan bun itu dengan telur yang telah dicampurkan dengan sedikit air.  Paipkan permukaan bun dengan custard topping.

6.  Bakar bun pada suhu 200C lebih kurang 20 minit.  Sejurus dikeluarkan dari oven, sapukan permukaan bun dengan butter.



Kalau nak buat custard topping pun boleh.  Tapi aku tak buat. Apapun, cara membuat topping adalah seperti di bawah.

Bahan untuk custard topping :
1 sb tepung kastad
1/2 cawan susu cair
1 sb gula

Masukkan semua bahan ke dalam periuk.  Dengan menggunakan api perlahan kacau sehingga berkrim tapi tidak terlalu likat. 
Jika bimbang custard menjadi terlalu likat/kental, boleh gunakan kaedah double boiler.
Setelah itu masukkan dalam bag piping dan paipkan di atas bun sebelum dibakar.