Friday, July 31, 2015

Sambal Mangga Ikan Masin




1-2 biji buah mangga muda
1/4 cawan isi ikan masin
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
15 biji cili padi
sedikit brown sugar/gula pasir
garam


1.  Buah mangga disagat.

2.  Ikan masin digoreng dan ditumbuk atau dicarik-carik.  Boleh digunakan apa aje jenis ikan masin.

3.  Bawang merah, bawang putih dan cili padi digoreng sehingga layu.  Kemudian ditumbuk.

4.  Akhir sekali gaulkan bersama semua bahan sehingga bergaul rata.







Tuesday, July 28, 2015

Nasi Beriani Madura




2 cawan beras basmathi
2 cawan air
1 cawan santan cair
1 sb minyak sapi
1 sb minyak masak
1 sb madu
5 biji cili padi - ditumbuk
2 helai daun pandan
garam

Bahan tumis :
1 bawang besar - didadu halus/ditumbuk kasar/dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1" kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga


1.  Panaskan minyak sapi dan minyak masak.  Tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.  

2.  Masukkan cili padi dan tumis sekejap.  

3.  Masuk beras, air, santan, daun pandan, madu dan garam.  Biarkan nasi masak seperti biasa.  Jangan dikacau selalu, nanti nasi akan patah-patah.







Nasi ini agak pedas sedikit disebabkan penggunaan cili padi itu.

Masa menghidang, taburkan gajus goreng ataupun badam hiris yang disangai, daun ketumbar dan bawang goreng.


Saturday, July 25, 2015

Sesame Cheese Straws



1 keping / 125gm doh puff pastry
1 biji telur - dipukul sedikit dengan 1 sb air
2 sb bijan
sedikit keju parmesan 

1.  Taburkan sedikit tepung di atas papan canai dan canaikan puff pastry 8" panjang dan 5" lebar.  Buat 2 keping.

2.  Sapukan telur di permukaan sekeping pastry.  Parutkan keju parmesan di atasnya dan taburkan bijan.



3.  Tutupkan diatasnya dengan sekeping lagi pastry tadi.  Lepas tu dipotong-potong lebih kurang 1/2" lebar. 


4.  Pegang kedua-dua hujung strip itu dan pintal.  Susunkan atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Sapukan diatasnya dengan lebihan telur tadi ataupun mentega cair.  Bakar 10 minit atau hingga kuning keemasan.



Sambal Goreng Bunga Kantan



5 kuntum bunga kantan 
1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar 
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
garam

1.  Bunga kantan dihiris.  Boleh digunakan bunga yang kembang atau belum kembang.



2.  Ikan bilis di goreng dan diketepikan.

3.  Bawang besar, bawang putih dan cili padi juga dihiris.

4.  Dalam bekas minyak menggoreng ikan bilis tadi (jika banyak, keluarkan sedikit) tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga nampak sedikit kekuningan.

5.  Kemudian masukkan bunga kantan dan garam. Masak hingga bunga kantan nampak layu.

6.  Akhir sekali masukkan cili padi dan ikan bilis goreng tadi. 
Gaul-gaulkan dan tutup api.





Sambal Tumis Udang dan Tauhu




10 ekor udang besar
2 keping tauhu putih
1 biji bawang besar
1 cawan cili kisar
1 sb asam jawa
1/4  cawan air asam
1/3 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 st belacan


1.  Udang dibersihkan.  Belah belakangnya dan tarik keluar benda bertali.  Itulah perut/usus udang.

2.  Bawang besar dimayang.  Tauhu digoreng hingga  garing. Toskan dan dipotong dadu besar.  Asam jawa diramas dengan air dan tapiskan airnya.

3.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.  

4.  Masuk pula cili kisar.  Tumiskan hingga garing dan masuk air asam jawa.  Masaklah lagi hingga pecah minyak.  Kalau sambal nampak kering tapi masih belum pecah minyak, masukkan sedikit air biasa.  Jangan banyak sangat air, nanti sambal terlalu cair.


5.  Akhir sekali masuk tauhu, udang, bawang besar dan garam.  Bila udang sudah masak dan sambal dah mendidih, tutup api. 

Kalau nak goreng udang tu dulu pun boleh juga.  Tapi aku lebih suka masukkan udang mentah waktu sambal mendidih bagi mengeluarkan rasa manis udang itu. 



Tuesday, July 14, 2015

Nasi Pilaf Ayam



2 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam - boleh digoreng dulu ataupun diguna mentah
2 biji buah tomato - dipotong 4
1 biji kentang - dipotong nipis dan digoreng, toskan
1 cawan air rebusan ayam 
1 cawan santan 
3 cawan air 
3 pokok daun ketumbar - dihiris
6 sb bawang goreng
2 sb minyak sapi
1 sb minyak masak

Bahan tumis :
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
3" kulit kayu manis
6 biji lada hitam

Bahan kisar :
2 st jintan manis
2 st jintan putih
3 st ketumbar
1 sb cili kisar
1 labu bawang putih
2" halia

1.  Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali.  Masuk bahan tumis dan tumis hingga naik bau.  

2.  Masukkan bahan kisar dan tumis lagi anggaran 5 minit.

3.  Lepas itu masuk ayam, tomato dan santan.  Bila ayam dah masak, tutup api.  Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.  


4.  Dalam periuk yang lain masukkan beras, air rebusan ayam, air dan garam.  Masak hingga nasi separuh masak.  

5.  Nasi ini akan dimasak berlapis-lapis.  Keluarkan separuh nasi itu dari periuk dan selebihnya dibiarkan dalam periuk.  Gembur-gemburkan nasi itu.


6.  Kemudian lapiskan rempah yang ditumis tadi bersama kentang goreng, daun ketumbar, bawang goreng, ayam dan airnya.  Tutupkan di atasnya dengan separuh lagi nasi yang dikeluarkan tadi.  


Jika memasak dalam kuantiti nasi yang banyak, maka banyaklah lapisannya.  Tapi sebab aku hanya masak untuk 2 cawan maka memadailah dengan hanya 2 lapisan.

7.  Setelah siap lapisan itu, masaklah semula nasi itu hingga nasi masak.  Masa menghidang, taburkan daun ketumbar, kismis dan bawang goreng.

Penggunaan ayam boleh digantikan dengan daging berserta air rebusan tulang.



Biskut Tembikai



1 cawan planta
1/2 cawan gula castor
1 biji telur
1/4 st esen vanila
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder
secubit garam

1.  Pukul planta dan gula.  Sukatan gula itu boleh dikurangkan 2-3 sb jika tidak suka manis sangat.

2.  Masuk telur dan esen vanila.  Pukul lagi.

3.  Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan garam. Uli hingga menjadi menjadi doh.

4.  Ambil 1 cawan doh dan diwarnakan merah dan kuning.  Jika terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung.  Roll kan dan bungkus dengan wrapping plastik.  Simpan dalam fridge lebih kurang 1 jam.


5.  Ambil lagi 1 cawan doh tadi dan diwarnakan hijau.  Jika terlalu lembik, tambah sedikit tepung.  

6.  Doh yang selebihnya (warna asal) dicanai secukup lebar untuk dibalut pada doh merah atau kuning tadi.  Ini untuk lapisan kedua.


7.  Kemudian canaikan doh hijau tadi secukup lebar untuk dibalut pada gulungan tadi.  Balutkan doh itu dengan wrapping plastik dan disimpan dalam fridge lebih kurang 1 jam.

Keluarkan dari fridge dan potong-potongkan dan susun atas dulang pembakar yang telah disapu dengan planta ataupun shortening ataupun dialas dengan baking paper.  Letakkan bijan hitam ditengah biskut itu sebagai biji tembikai.  Bakar pada suhu 160C lebih kurang 15'.  


Sejurus dikeluarkan loyang pembakar dari oven, potong dua setiap biskut itu.  Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.





Saturday, July 11, 2015

Jus Carrot Kurma



350 gm carrot
10 biji kurma
2 sb susu pekat
500 ml air sejuk



1.  Carrot dipotong nipis.  Buah kurma dibuang biji.  Masukkan carrot, kurma dan air sejuk ke dalam blender.  Blend hingga halus.  



2.  Tapiskan hampasnya.



3.  Masuk ke dalam jug dan masukkan susu pekat.  Tahap kemanisan tu ikut selera masing-masing.







Sunday, July 5, 2015

Biskut Suji / Arab



1 cawan minyak sapi
1 cawan gula castor
2 1/2 cawan tepung gandum

1.  Satukan semua bahan dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.  Kalau setakat melekat sikit-sikit tu, gunakan sedikit tepung semasa dibulat-bulatkan doh itu.


2.  Susun bebola itu di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit planta.  



3.  Bakar pada suhu 160C lebih kurang 10-15 minit.



Som-Som Kurma


1 cawan tepung beras
5 cawan santan 
1 helai daun pandan
7 biji buah kurma
garam

1.  Buah kurma dipotong kecil-kecil.

2.  Masukkan tepung beras, santan, daun pandan dan garam dalam periuk.  Masak hingga berkilat dan terbit gelembung-gelembung udara.  Adunan perlu dikacau selalu bagi mengelakkan ia berkerak di dasar periuk.  Gunakan senduk kayu.

3.  Masukkan buah kurma tadi.

4.  Jangan terlalu likat, nanti keras.  Cukup sekadar bila ditolak ke tengah adunan tu dah ternampak sedikit dasar periuk itu.   Cepat-cepat masukkan dalam acuan dan biar ia sejuk.  Sejukkan dalam fridge lebih sedap.





Bila hendak makan, barulah dituangkan air gula melaka. Kurangkan kemanisan air gula tu (cairkan sedikit) sebab buah kurma tu memang dah manis.





Friday, July 3, 2015

Chewy Cheese Ball






400 gm ubi kentang
250 gm tepung gandum
3-4 batang cheese stick
1/2 st lada sulah
garam secukup rasa

Bahan salut :
2 biji telur
1 cawan serbuk roti

1.  Rebus kentang dan lecek semasa masih panas lagi supaya senang hancur.  Cheese stick dipotong 1/2".  Selain cheese stick boleh juga digunakan cheddar cheese.



2.  Gaulkan tepung bersama lada sulah dan garam.

3.  Kemudian masukkan tepung itu ke dalam kentang lecek dan diuli sehingga tidak berapa melekat di tangan atau di mangkuk. Tepung tidak boleh terlalu banyak bagi mengelakkan ia agak keras/liat.  



4.  Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan cheese di tengahnya.  Bulatkan semula.






5.  Celupkan setiap cheese ball itu ke dalam telur yang dipukul sedikit.  Kemudian salutkan dengan serbuk roti.  Akhir sekali, gorenglah hingga kekuningan di dalam minyak yang banyak.