Sunday, September 28, 2014

Scrambled Eggs




2 biji telur
4 sb susu cair
1/2 biji bawang besar
2 biji cili merah
sedikit butter/planta
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Satukan telur, susu cair, bawang besar, cili padi, serbuk lada sulah dan garam.  Pukul sekejap.  Kalau nak yang plain, tak perlu masuk bawang dan cili itu.



2.  Panaskan butter/planta dalam kuali.  Tuangkan telur.  



3.  Bila keliling telur itu kelihatan berkerinting dibahagian tepinya, kacau-kacaukan telur itu supaya hancur bersatu.  




Saturday, September 27, 2014

Sanggara Balanda aka Pisang Goreng Belanda


                                             Pisang Raja

5 biji pisang raja yang masak
1 biji telur
1/3 cawan kacang tanah
2 sb butter
2 sb gula pasir
1/4 cawan air
minyak secukupnya untuk menggoreng

1.  Kacang tanah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar.  Gaulkan dengan butter.  Ketepikan.


2.  Telur dipukul sedikit dan celup pisang ke dalamnya.  Gorengkan pisang itu sampai warna kecoklatan. 

3.  Semasa pisang masih panas, belah pisang itu ditengah tapi jangan sampai putus.


4.  Isikan pisang itu dengan kacang tumbuk tadi dan susun dalam pinggan.


5.  Gula perang dimasak dengan air hingga mendidih.  Siramkan air gula itu ke atas pisang tadi.





Friday, September 26, 2014

Shortbread Cookies




1 1/3 cawan unsalted butter
2/3 cawan gula castor
3/4 st garam
3/4 st esen vanila
3 1/3 cawan tepung gandum
100 gm cooking chocolate

1.  Di sini aku gunakan acuan saiz 7"x7" dan 9"x13".  Alas dengan baking paper.  Ketepikan.

2.  Pukul butter dengan gula sehingga kembang.



3.  Masuk garam dan esen vanila.  Pukul sekejap agar sebati.



4.  Akhir sekali masuk tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.  Doh itu berderai sikit pun tak apa.



5.  Tekan-tekan adunan ke dalam acuan biar rata.  Potongkan ia ukuran 3" setiap bar.  Lepas tu potongkan setiap bar kepada 1/2" panjang.  Cucuk-cucukkan permukaannya dengan garfu. 



6.  Bakar pada suhu 175C sehingga kekuningan.  Bila dah masak, keluarkan dari oven dan potong-potongkan semula biskut itu mengikut potongan tadi semasa masih panas lagi.  



7.  Bila biskut telah betul-betul sejuk barulah dicelup dengan cooking chocolate yang telah dicairkan.





Thursday, September 25, 2014

Ikan Merah Sos Lada Hitam



Hari ni ada staf bagi ikan siakap dan ikan merah.  Masalahnya ikan tu tak bersiang lagi....masak aku dibuatnya.  Dekat 1 jam aku mengoperatekan  ikan merah tu.  Faham-faham je lah....tulangnya keras dengan sisik yang tebal.   Lepas siang ikan merah tu, basuh dan biarkan kejap...terus aku pi baring dulu.....hahaha...punyalah letih.  Nak siang sekali ikan siakap tu pun aku dah tak larat.

Ikan ni selalunya kalau beli kat pasar, aku memang suruh dorang siangkan sekali.  Senang sikit hidup aku.  Tapi dah orang bagi, sebat aje lah.


Cara menyediakan ikan :
1 ekor ikan merah
1/3 cawan tepung jagung
sedikit garam

Bersihkan ikan.  Ikan tu samada hendak dipotong atau dibiarkan seekor dan dikelar-kelarkan, itu terpulang kepada kehendak masing-masing.  
Ikan itu dilumurkan dengan garam dan kemudian dilumurkan tepung jagung ke seluruh ikan.  Biarkan tepung tu dalam keadaan kering menyalut ikan tu.  Lepas tu gorengkan ikan tu dalam minyak yang banyak.  Goreng garing-garing supaya kegaringan ikan tu tahan lama.  Toskan dan letak dalam pinggan.  Ketepikan.



Bahan untuk dicampur dalam sos:
3" carrot -  dipotong halus memanjang
1 batang celery - dipotong
5 biji cili padi - dibelah 2
1 biji tomato - dibuang empulur dan didadu
4 helai daun limau purut
2 tangkai daun ketumbar - dihiris kasar

Cara menyediakan sos :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sb serbuk lada hitam
2 sb sos tiram*
1 sb kicap masin*
2 sb kicap lemak manis*
1 st sos ikan*
beberapa titik minyak bijan*
1 st tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/4 cawan air

1.  Satukan sos tiram, kicap pekat, kicap lemak manis, sos ikan, minyak bijan dan air.  Kacau hingga sebati.
2.  Panaskan minyak lebihan gorengan ikan tadi.  Jika terlalu banyak, keluarkan sedikit minyak itu.  Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2.  Masuk serbuk lada hitam dan tumis sekejap.  Masukkan carrot, celery dan tomato.  Tumis lagi.
3.  Kemudian masukkan sos yang telah dicampur tadi.  Biar ia mendidih dan sayur tadi lembut.
4.  Bila telah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung tadi bersama daun limau purut.  Tambah sedikit air jika perlu.  Kacau-kacaukan hingga mendidih sekali lagi dan tutup api.
5.  Tuang sos ke atas ikan.  Akhir sekali taburkan cili padi dan daun ketumbar.

Aku tidak gunakan garam dalam masakan ini sebab kicap masin dan sos ikan dah sedia masin.




Petanda Lokasi Jerawat



Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut :

1&2  :  Sistem pencernaan - kurangkan makanan segera, lemak dan tingkatkan pengambilan air suam.

3  :  Hati - kurangkan makan berminyak dan bahan tenusu.

4, 5&7  :  Kurang minum air - tingkatkan pengambilan air suam.

6  :  Jantung - jaga tekanan darah.  Kurangkan makan pedas dan daging.  Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3.

8  :  Buah pinggang - anda mungkin kurang minum air.  Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10  :  Pernafasan - Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12  :  Hormon - stress dan hormon punca utama.  Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air dan tingkatkan pengambilan sayuran.

13  :  Usus - lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14  :  Penyakit - badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit.  Banyakkan rehat dan berfikir positif.

Saturday, September 20, 2014

Nak Gelak Jap






Majlis Perkahwinan di Oakleaf Club (Lobby)


Terima kasih pada Kak Liza dan Abg Badrul sekeluarga kerana memilih venue kami untuk majlis menyambut menantu yang cute tu :)  

Walaupun cuaca agak mendung tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semuga kedua mempelai berbahagia hingga akhirat.





Muffin Keledek


350 gm keledek yang telah dilecek
80 gm tepung gandum 
60 gm planta - dicairkan
60 gm gula
100 ml susu cair
2 biji telur
2 st baking powder
sedikit kepingan badam
paper cup

1.  Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan.

2.  Pukul telur dan gula hingga kembang.  Masukkan keledek dan tepung berselang-seli sambil digaul rata.

3.  Masukkan susu cair dan planta cair.  Kalau nak gantikan planta dengan minyak jagung pun boleh jugak.  Gaul adunan dengan spatula atau senduk kayu sekejap aje.  Jika adun/gaul terlalu lama, muffin akan jadi bantat.  Adunan memang nampak berketul-ketul.  

4.  Masukkan adunan ke dalam paper cup pada paras 3/4 cup.  Toppingkan dengan kepingan badam dan bakar pada suhu 170C lebih kurang 40 minit.  

Untuk mengetahui muffin sudah masak, cucukkan dengan cake tester dan bila ditarik tiada adunan yang melekat.  Selain itu, permukaan muffin akan merekah.





Jeruk Kedondong Pedas




15 biji buah kedondong
2 biji cili padi / cili merah
2 sb garam kasar
2 sb gula

1.  Cili padi merah ditumbuk kasar.

2.  Buah kedondong dibuang kulit dan direndam dengan air garam lebih kurang 4 jam.  Lepas tu toskan biar betul-betul tak berair.



3.  Masukkan buah kedondong tu ke dalam bekas bersama gula dan cili padi/cili merah tumbuk.  Tutupkan dan boleh disimpan di dalam fridge ataupun di luar aje.

Biarkan sehingga gula tu larut dan ia akan berair.  Tu tanda dah boleh dimakan.







Wednesday, September 17, 2014

Ikan Pari Bakar Masak Lemak Dgn Kedondong



3 keping ikan pari
1 biji kelapa
2 1/2 cawan air
2 batang serai
1 helai daun kunyit
4-5 biji buah kedondong muda
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1" halia
3" inci kunyit hidup


1.    Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat.  Kemudian diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.

2.  Serai dititik.  Daun kunyit dikoyak-koyakkan.  Kedondong dihiris.

3.    Ikan pari dilumur dengan asam jawa dan garam.  Perapkan dalam 1/2 jam dan dipanggang atas api atau guna kuali leper.


4.  Masukkan santan cair bersama bahan tumbuk dalam periuk dan masak dengan api kecil.  

5.  Biarkan ia mendidih sekejap dan masukkan santan pekat, serai, daun kunyit dan garam.  Akhir sekali masukkan ikan pari panggang tadi bersama kendondong yang dihiris tadi.  Bila mendidih dan kuah semestinya pekat sedikit, tutup api.



Tuesday, September 16, 2014

Peanut Butter Thumbprint Cookies




1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 st baking powder
1/2 st baking soda
3/4 cawan peanut butter
1/2 cawan planta
1/3 cawan gula castor
1/3 cawan gula perang
1 biji telur
1 st esen vanila

1.  Kacau gula perang, gula castor, peanut butter dan planta sampai sebati.  Peanut butter tu sebaiknya gunakan crunchy peanut butter tapi disebabkan kat rumah aku yang ada dalam stok hanya peanut butter biasa, maka aku gunakan sedikit kacang tanah yang aku blend kasar adalah lebih kurang dalam 2 sb.

2.  Lepas tu masukkan telur dan esen vanila.  Gaul lagi hingga sebati.

3.  Kemudian barulah dimasukkan tepung gandum, baking soda dan baking powder yang telah diayak bersama tadi.  Gaul hingga menjadi doh.

4.  Ambil sedikit doh dan dibulat-bulatkan.  Susun dalam loyang yang telah disapu dengan planta.  Bakar biskut pada suhu 180C selama 10 minit.


5.  Lepas tu keluarkan dan di buat lubang di tengah biskut.  Yang tu pepandai sendiri lah nak gunakan apa pun.  Bakar balik lagi 10 minit atau hingga masak.

Masa menghidang, letaklah whatever 'ganache' yang disukai.  Nak guna jem ke coklat ke....sukahati.





Kerepek Tepung Sagu




2 cawan tepung sagu
1 cawan kelapa parut
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1/4 cawan air
1 st air kapur

1.  Mula-mula lap daun pisang manakala daun pandan pula dikisar dengan air tadi.  Ketepikan.  Boleh dicampur dengan pewarna hijau sedikit untuk mendapatkan warna yang menarik.


2.  Pukul telur hingga kembang.  Lepas tu masukkan gula dan pukul lagi.


3.  Diikuti pula dengan kelapa parut dan air kapur tadi.  Masa ni tak perlu gunakan pemukul telur tu lagi.  Gunakan senduk kayu atau spatula untuk mengaul kelapa tu.



4.  Masuk pula tepung sagu dan air pandan sikit-sikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.  Kalau tak de daun pandan, pakai ajelah pewarna hijau.


5.  Ambil doh dan diletak atas daun pisang.  Canaikan nipis-nipis merata atas daun pisang tu.  Tak perlu guna minyak.  Untuk ini, perlukan beberapa keping daun pisang.

6.  Lepas tu bakar dalam oven pada suhu 160C dalam 2-3 minit. Keluarkan dari oven dan dipotong-potongkan ikut suka.  Ambil potongan sagu tu dan disusun di atas loyang pembakar.  Tak perlu sapu minyak kat loyang tu.



Bakarlah potongan kerepek itu selama lebih kurang 5-10 minit.

Mula-mula aku fikir entah apalah rasa kerepek ni...
bila dah siap...hmmm lemak-lemak dan very crunchy.



Monday, September 15, 2014

Tart Nenas




Tart Nenas memang banyak version.  Selalunya ia lembut dan peroi.  Tapi aku pernah makan kawan aku buat, kulit tart tu agak rangup ....memang sedap.  Bila masa nak makan, kalau panaskan sekejap dalam microwave... sedap.  Bila minta resipi, dia tak nak bagi.

Sampailah aku terjumpa satu resipi yang agak lain sikit dari resipi tart biasa.  Aku pun try lah...yessss...adalah sikit rasa macam kawan aku tu buat.  Tapi serius cakap, resipi kawan aku tu lagi sedap.

400 gm tepung gandum
250 gm planta
2 biji kuning telur
1/2 st baking powder
1/2 st esen vanila
inti nenas secukupnya


1.  Gaulkan tepung dengan garam.  Lepas tu masukkan planta.  Gaul dan ramas hingga berderai. 


2.  Kuning telur dipukul hingga kembang dan dicampurkan dengan esen vanila.  Kemudian masukkan dalam adunan tepung tadi.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.




3.  Canaikan adunan dan terap dengan acuan tart.  Letak inti nenas, deko ikut suka dan bakarlah pada suhu 180C lebih kurang 20 minit atau hingga kuning.




Sunday, September 14, 2014

Bubur Goci


Masakan ni nak letak kategori bubur ke kuih ke, aku pun tak tau.  Yang aku tau nama dia dah memang macam tu.



1 cawan tepung pulut
1 cawan air
garam
1 cawan kelapa parut - putih
60 gm gula melaka
1 st gula pasir
pewarna hijau dan kuning


1.  Gula melaka dimasak dengan 1/2 cawan air dan gula pasir hingga gula larut dan nampak pekat sikit.  Sejukkan.


2.  Tepung pulut digaul dengan garam.  Lepas tu di gaul sedikit demi sedikit dengan 1/2 cawan air.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.  Bahagi doh kepada 2 bahagian.  Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.


3.  Sementara tu, didihkan air dalam periuk.  Ambil sedikit doh, dibulat-bulatkan dan ditekan tengahnya dengan jari supaya nampak berlekuk.  


4.  Lepas tu, masukkan ia ke dalam air yang tengah mendidih tadi.  Buatlah sehingga doh itu habis.  Bila kuih tadi dah terapung di atas permukaan air macam buat kuih buah melaka tu, tu tanda kuih tu dah boleh diangkat dan ditoskan.


Lepas tu cepat-cepat gaulkan kuih tu dengan kelapa.  Kalau lambat, nanti kuih tu akan melekat sesama sendiri.  Bila nak makan, tuangkan dengan air gula melaka tadi.