Thursday, October 31, 2013

Antara Darah Haid dan Darah Istihadah


Beberapa bulan ini pening kepala aku memikirkan haid aku yang berpanjangan hampir 2 bulan.  Hendak buat pemeriksaan doktor, hati rasa risau pulak kalau doktor mengatakan anda sakit itu, anda sakit inilah.  Daripada boleh makan jadi tak boleh makan, daripada hati susah sikit, jadi susah banyak.

Selama ini memanglah aku tahu secara asasnya jika darah yang melebihi jangka waktu kedatangan haid, ia dinamakan sebagai darah penyakit tetapi tidaklah aku tahu macamana yang dikatakan darah penyakit itu.  Disebabkan darah yang berpanjangan dan mengikut logik akal aku takkanlah aku tak perlu sembahyang selama itu maka aku buatlah juga sembahyang fardhu dan puasa.  

Akhirnya kini terjawablah masalah aku ni....aku sedang melalui pengeluaran darah penyakit atau darah istihadah dalam istilah agama Islam rupanya.  Cuma aku tak tahu kenapa ujudnya darah ini.

Apa yang dimaklumkan kepada aku ialah setiap wanita akan menghadapi pengeluaran darah haid pada setiap bulan dalam kitaran waktu yang hampir sama.  Kalau tercepat atau terlambat pun adalah dalam beberapa hari sahaja perbezaannya.  Pengeluaran darah haid ini pula adalah dalam tempoh 7- 15 hari.  Sekiranya masih ada darah yang keluar selepas tempoh itu, ia dinamakan darah penyakit atau darah istihadah. 

Satu lagi hendak dibezakan antara darah haid atau darah istihadah ialah darah haid akan berbau tetapi darah istihadah tidak berbau.  Darah haid selalunya akan keluar dengan kadar yang banyak dan berwarna merah hitam dan kental.  Manakala darah istihadah pula rupanya agak pudar, kecoklatan dan kadar yang sedikit.  Dan kita dinasihatkan agar tetap memakai alas/tuala wanita.

Apabila menghadapi situasi pengeluaran darah istihadah ini, kita dibenarkan untuk bersembahyang, berpuasa dan bersetubuh yakni kita bukanlah dalam keadaan berhadas.  Cuma kita diwajibkan untuk mengambil wuduk setiap kali hendak bersembahyang.  Wuduk perlu diambil selepas masuknya waktu sembahyang yakni setelah selesai azan dan kita hendaklah segera mendirikan sembahyang yakni tidak boleh ditangguh.  Contohnya setelah kita selesai sembahyang Maghrib, kita perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan sembahyang Isyak.  

Merujuk kepada hadis berikut : Himnah binti Jahsy radhiallahu 'anha pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, 
"Ya Rasulullah, sesungguhnya saya seorang wanita yang didatangi istihadah yang amat banyak, apakah pandangan engkau berkenaannya?  Sesungguhnya ia menegah aku daripada mendirikan solat dan puasa."

Rasulullah menjawab, "Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-kursuf (kapas yang diletak di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah."

Himnah berkata, "Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu".

Rasullah bersabda,  "Sesungguhnya ia adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan, maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada ilmu Allah Ta'ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada 23 malam atau 24 malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa."  (sunan Abu Daud no. 248 (Kitab Al-Thaharah) dan sunan al-Tirmizi -no. 118 (Kitab al-Thaharah).        sumber di sini

Legalah kini hati aku mendapat info ini.  Kalau nak tahu lebih mendalam tentang perkara ini, pergilah merujuk kepada yang ahli.

Monday, October 28, 2013

Mencari Ketenangan Hakiki


Tatkala diri rasa dihina, dipermainkan, diaibkan, dikecewakan, 
segala perhatian dan pengorbanan yang diberikan tidak dihargai.....
..... airmata menitik apabila mendengar kuliah ini.  

"Ya Allah, aku serahkan segala urusan ini kepadaMU"
Membaca Al-Quran adalah yang sebaik-baiknya.



                        


Sunday, October 20, 2013

Jus Nenas



1 biji nenas (600 gm)
500 ml air sejuk
10 gm gula batu
1 biji limau nipis

1.  Nenas dipotong kecil dan masukkan dalam blender bersama air sejuk dan gula batu.  Kisarkan hingga halus.


2.  Tuang dalam gelas dan perahkan dengan jus limau.  Tak perlu ditapis hampasnya. 



Mee Serani dan Sambal Nenas

Ternampak resipi ni kat blog curlybabesatisfaction, macam sedap je.  Resipi asal sila lihat blognya.  Mee goreng tu digoreng macam mee goreng biasa aje.  Kelainannya adalah ia dimakan dengan sambal nenas.




200 gm mee kuning
2 genggam tauge
1 keping fish cake
6-7 ekor udang
5 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 st belacan
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan.  

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.  

3.  Masuk pula fish cake, udang dan tumis lagi.  

3.  Bila udang dah berubah kemerahan, masuk mee kuning dan gaul-gaulkan.  


4.  Akhir sekali masukkan tauge dan garam.  Gaulkan dan tutup api.




Sambal Nenas
5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 st belacan
2 potong nenas masak
1 st gula pasir
garam secukup rasa

Tumbuk cili merah, bawang putih dan belacan.  Lepas tu tumbukkan sekali nenas itu.  Gaulkan bersama dengan garam dan gula.




Milo Tabur




2 sb milo
1 sb susu pekat
1 cawan air panas
1 gelas ketulan ais

1.  Mula-mula bancuh milo dengan air panas.  Bancuhan milo ni kena pekat.  Lepas tu masukkan susu pekat.  Sesuaikanlah rasa manis tu ikut selera.  


2.  Masukkan ketulan ais ke dalam gelas kosong.  Kemudian tuangkan bancuhan milo ke dalam gelas yang mengandungi ketulan ais itu.  

3.  Akhir sekali taburkan serbuk milo dipermukaan gelas.


Hahaha....mula-mula dulu aku ingatkan apalah minuman nama milo tabur ni.  Cucu aku,  si Boy cukup suka minum milo tabur ni.



Thursday, October 17, 2013

Biskut Batik Aloha




130 gm planta
60 gm gula ising
1/2 st perasa oren
70 gm tepung jagung
130 gm tepung gandum
100 gm gajus - disangai dan dikisar
coklat masakan - dicairkan
1 biji kuning telur 
sedikit biji gajus ditumbuk kasar

1.  Pukul mentega, gula dan perasa oren hingga kembang.

2.  Masuk gajus kisar, tepung gandum dan tepung jagung.  Uli hingga lembut.  


3.  Canai adunan dan terap dengan acuan.  Sapu kuning telur atas biskut dan hiaskan dengan biji gajus yang ditumbuk kasar. 



4.  Bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit.  Bila sejuk, hiaskan dengan coklat cair.




Monday, October 14, 2013

Sambal Deplok




2 ekor ikan keli
100 gm cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 ketul ubi cekur
1 st minyak 
garam dan gula

Ikan keli dibersihkan.  Kikiskan lendir-lendir dan hitam-hitam pada ikan tu.  Lepas tu aku lumurkan dengan asam jawa atau tepung beras.  Biarkan dalam 30 minit barulah dibasuh bersih.  Dapat lihat bersihnya ikan tu dan tak lagi berbau hanyir.  Kalau masih ada lagi lendir tu, lumurkan sekali lagi dengan tepung beras.   Biarkan 30 minit dan bilas.  Jika tidak dibersihkan lendir-lendir itu, semasa menggoreng, ia akan meletup-letup...alamat berminyaklah satu dapur.

Lepas tu barulah dilumur dengan garam dan serbuk kunyit lalu digoreng garing.  Kemudian ikan tu diasingkan isinya.  

Bawang merah dan bawang putih yang sepatutnya disediakan sebiji-sebiji tapi aku belah dua dan buangkan tunas didalamnya yang berwarna kuning kehijauan tu, ia tak baik untuk kesihatan. Lagipun supaya ia mudah ditumbuk, tak lah terpelanting bila ditumbuk nanti.


Ubi cekur tu pakai sikit dah memadai.  Bau dan rasanya kuat.  Cili padi pula dipotong 2 atau 3 supaya mudah ditumbuk.   Panaskan minyak dan goreng sekejap bawang merah, bawang putih dan cekur berasingan.  Toskan.  Lepas tu gorengkan pula cili padi dan toskan.

Tumbukkan bahan-bahan yang digoreng tadi bersama isi ikan. Akhir sekali sebatikan dengan sedikit gula dan garam.  Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.  Sedap lauk ni.



Thursday, October 10, 2013

Sambal Hijau




100 gm cili hijau
40 gm cili padi hijau
1 biji tomato hijau
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
1 st minyak masak
garam secukup rasa

1.  Cili hijau, cili padi, tomato, bawang merah dan bawang putih digoreng bersama minyak hingga layu.



2.  Tumbuk kasar semua bahan yang digoreng tadi.  

3.  Perahkan jus limau nipis dan masuk garam.  Gaul rata.




Ikan Senangin Dan Sambal Hijau




2 ekor ikan senangin
100 gm cili hijau
40 gm cili padi hijau
1 biji tomato hijau
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa

1.  Ikan senangin dibersihkan, digaram-kunyit dan digoreng garing. Ketepikan.



2.  Cili hijau, cili padi, tomato, bawang merah dan bawang putih digoreng dengan 1st minyak hingga layu.  



3.  Dengan menggunakan sedikit minyak menggoreng ikan tadi, tumiskan bahan kisar.  

4.  Tumbuk bahan yang digoreng tadi tapi jangan terlalu halus.



5.  Akhir sekali masukkan garam dan perahkan jus limau nipis.  Gaulkan.




Saturday, October 5, 2013

Perkahwinan Rahimi & Nurul di Oakleaf Club (Lobby (Lobby)


Alhamdulillah, satu lagi perkahwinan telah berlangsung di Oakleaf Club Bukit Antarabangsa pada 5/10/2013.  Terima kasih pada Rahimi sekeluarga yang telah memilih Oakleaf Club sebagai venue perkahwinan mereka.  Menarik juga bila bapa Rahimi telah mengundang Kumpulan Marhaban Masjid Bukit Antarabangsa memeriahkan majlis mereka.  

Manakala caterer yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perkahwinan ini adalah QIS CATERING.  Terima kasih Azlin atas segala kerjasama yang diberikan.

Jika ada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat QIS CATERING dan ingin melangsungkan perkahwinan di Oakleaf Club Bukit Antarabangsa bolehlah contact  En Azlin di 012-616 9961. 

Sukacitalah aku nak berpesan sedikit, kalau nak decoration yang cantik dan makanan yang lazat ia bergantung pada harga.  Sebab ada yang nak cantik dan makanan sedap tapi harga nak yang murah...agak-agaklah ye.  Tapi ada juga caterer yang letak harga 'nauzubillah' sedangkan persiapan macam ala kadar aje.  Dengan QIS CATERING,  segalanya boleh dirunding.  Aku memang puas hati sebab itu aku berani recommend.


Tuesday, October 1, 2013

Patutkah Dibatalkan Puasa Qadha Semata-mata Untuk Menghadiri Jamuan Makan


Aku telah diundang oleh seorang kawan ke jamuan hi-tea di rumahnya petang tadi.  Isu yang bermain dalam kepala aku ini adalah apabila dia meminta aku membatalkan puasa qadha hari ini kerana katanya adalah wajib menghadiri jemputannya.  

Namun aku berkeras mengatakan puasa qadha aku adalah lebih wajib sambil menjawab (dengan hati yang agak jengkel sebenarnya) kalau aku mati atau sakit esoknya nanti tak sempat pulak nak qadha puasa.   Bagi aku sungguh tak masuk akal meminta aku membatalkan puasa yang dah hampir setengah hari aku jalani semata-mata untuk menikmati jamuan makan itu, tambah lagi aku dijemput dalam tempoh masa yang singkat.  Lainlah kalau telah dimaklumkan 2-3 hari lebih awal, bolehlah aku skip puasa aku pada hari ini.   Nampaknya ada kecelaruan fahaman di sini. 


*****Untuk renungan bersama
Memenuhi jemputan kenduri adalah dituntut oleh agama.  Jika jemputan adalah kepada kenduri kahwin, hukum memenuhi jemputan itu adalah wajib kecuali jika ada keuzuran.  Adapun kenduri-kenduri yang lain (dari kenduri kahwin), hukum memenuhi jemputan kepadanya adalah sunat (yakni digalakkan dan diberi pahala oleh Allah).  Dalil tuntutan memenuhi jemputan kenduri (terutamanya kenduri kahwin) ialah sabda Nabi s.a.w. :  إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
"Jika seseorang kamu dijemput kepada walimah (kenduri), maka hendaklah ia menghadirinya".  (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Jika sedang berpuasa, mintalah keuzuran dari orang yang menjemput itu (untuk tidak menghadirinya) dan berdoalah untuknya dengan keberkatan dan keampunan Allah.  Ini sebagaimana diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. :   إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَىَ طَعَامٍ وَهُوَ صَائِمٌ فَلْيَقُلْ: إِنِّي صَائِمٌ

"Jika seseorang dari kamu diajak kepada jamuan makan (yakni kenduri) sedang ia berpuasa, hendaklah ia berkata : "Saya berpuasa".  (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Imam an-Nawawi menjelaskan  ucapan "saya berpuasa" dapat difahami bahawa orang yang dijemput mengucapkannya kepada orang menjemputnya sebagai memohon keuzuran dan sebagai memaklumkan keadaannya (yang sedang berpuasa).  Jika orang yang menjemputnya memberi kelonggaran kepadanya dan tidak menuntutnya hadir, gugurlah kewajipan hadir itu darinya.  Namun jika ia tidak memberi kelonggaran dan tetap menuntut kehadirannya, wajiblah ia menghadirinya.  Puasa tidak boleh menjadi alasan untuk tidak memenuhi jemputan kenduri.  Namun demikian, apabila ia menghadirinya, tidaklah dituntut ia makan kerana puasa menjadi keuzuran baginya untuk meninggalkan makan..." (Syarah Soheh Muslim, juz. 8, Kitab as-Siyam, bab as-Shaim Du'iya Li Tha'amin...)
Adapun berdoa untuknya, maka ia berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ فَلْيُجِبْ، فَإِنْ كَانَ صَائِماً فَلْيُصَلِّ، وَإِنْ كَانَ مُفْطِراً فَلْيَطْعَمْ
"Jika seseorang dari kamu diajak kepada suatu jamuan kenduri, hendaklah ia memenuhinya.  Jika ia berpuasa, hendaklah ia mendoakannya dan jika ia tidak berpuasa, hendaklah makan".  (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Manakah yang lebih afdhal; meneruskan puasa atau berbuka"  Jawapannya :  Jika ia berpuasa wajib (samada puasa qadha' Ramadhan, puasa nazar atau puasa kifarat),  haram ia berbuka sama sekali.  Jika ia berpuasa sunat, hendaklah dilihat; jika ia merasakan dengan meneruskan puasa tidak mengecilkan hati tuan kenduri (yakni orang yang menjemputnya), maka sunat ia meneruskan puasa.  Namun jika ia merasakan tuan kenduri akan berkecil hati jika tidak menjamah kendurinya, maka sunatlah ia berbuka.
Orang yang berpuasa sunat, harus baginya untuk membatalkan puasanya pada bila-bila masa.  Saidatina 'Aisyah r.a. menceritakan :
دَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- ذَاتَ يَوْمٍ، فَقَالَ: هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ؟ فَقُلْنَا: لاَ. قَالَ: فَإِنِّي إِذَنْ صَائِمٌ. ثُمَّ أَتَانَا يَوْماً آخَرَ فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ أُهْدِيَ لَنَا حَيْسٌ. فَقَالَ: أَرِينِيهِ فَلَقَدْ أَصْبَحْتُ صَائِماً، فَأَكَلَ
"Rasulullah s.a.w. datang kepadaku pada suatu hari, lalu ia bertanya; "Adakah kamu sekalian memiliki sesuatu (untuk dimakan)?".  Kami (yakni isteri-isteri baginda) menjawab :  "Tidak ada".   Baginda berkata, "Oleh demikian, aku akan berpuasa".  Kemudian baginda datang lagi kepada kami pada hari yang lain.  Lalu kami berkata kepadanya, "Ya Rasulullah, kita telah dihadiahkan haisun (sejenis makanan campuran buah tamar dengan lemak dan susu kering)".  Maka baginda berkata, "Tunjukkan kepadaku sesungguhnya aku pagi ini berpuasa", kemudian baginda makan makanan tersebut".  (Riwayat Imam Muslim). 



Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda : اَلصَّائِمُ الْمُتَطَوِّعُ أَمِيْرُ نَفْسِهِ: إِنْ شَاْءَ صَاْمَ وَإِنْ شَاءَ أَفْطَرَ
"Orang yang berpuasa sunat adalah pemimpin dirinya.  Kalau dia mahu ia boleh meneruskan puasanya dan jika ia boleh berbuka".  (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi, Hakim, an-Nasai dan Abu Daud dari Ummu Hani r.a.).

Namun demikian, membatalkannya dengan sengaja tanpa ada sebarang desakan atau keuzuran hukumnya adalah makruh.  Dan puasa sunat yang telah dimulai kemudian dibatalkan (samada dengan sengaja atau tidak), sunat digantikan semula pada hari yang lain.   
         ******  wallahualam