Saturday, August 31, 2013

Daging Goreng Jintan



300 gm daging  
1 cawan air
2 sb kicap 
2 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut
4 biji cili padi - diketuk
garam secukup rasa

Bahan kisar/tumbuk :
1 biji bawang besar
1 sb jintan manis
1 sb jintan putih
1 sb ketumbar
1/2 sb lada hitam
1" kunyit hidup
1 biji cili merah
3 biji cili padi

1.  Daging dipotong nipis dan dimasukkan dalam periuk bersama air dan rebus hingga daging empuk.  Toskan.  Air rebusan daging boleh disimpan untuk kegunaan lain.


2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk dan serai hingga naik bau.  




3.  Masukkan daging.  Masak hingga daging sebati dengan bahan tumisan.  

4.  Akhir sekali masukkan kicap, daun limau, cili padi dan garam.  Gaul-gaulkan sekejap dan tutup api.




Friday, August 30, 2013

Pesmol Ikan Patin


Tak tahulah apa maksud "pesmol" tu.  
Apapun ...masakan ni memang sedap.
Ini adalah masakan Sunda


Bahan A :
1 ekor ikan patin
sedikit garam
sedikit jus limau nipis

Bahan B :
4 biji cili merah
5 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2" kunyit hidup
1/2" halia
5 biji buah keras

Bahan C :
2 batang serai - dititik
2" lengkuas - diketuk
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
4 biji cili padi merah - diketuk
1 biji tomato - didadu besar
3 sb minyak untuk menumis
1 cawan air
garam secukup rasa

1.  Bahan A :  Ikan dibersihkan dan di belah belakang. Lumur ikan dengan garam dan jus limau.  Jus limau itu boleh digantikan dengan air asam jawa.  Lumurkan sekali di bahagian dalam ikan yang dibelah tadi. 


Bahan B dikisar halus.

2.  Panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga garing.  Ketepikan.


3.  Bekas minyak menggoreng ikan tadi ditumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masuk serai dan lengkuas.  Masak sekejap.


4.  Masuk air dan masak hingga pekat.  Akhir sekali masuk garam, daun salam, daun limau purut, tomato dan cili padi merah.  Gaulkan sekejap dan tutup api.


5.  Tuangkan kuah itu di atas ikan yang digoreng tadi.



Sunday, August 25, 2013

Hari Raya 2013


Tetamu pertama berhari raya di rumah aku.  Sempatlah aku sajikan Nasi Arzkhaltta, Misaka, Kerabu Mangga, Chicken Paprikash, Agar-agar Cendol Gula Melaka dan Air Kembang Semangkuk.



Tetamu kedua beraya di rumah aku dari Melaka. Sempatlah aku sajikan Nasi Kebuli Ayam, Ayam Burma, Daging Dendeng Basah, Puding Trifle, Kuih Kayu Keramat & Sambal Sardin, Pasta & Chicken Paprikash dan Air Longan Gula Melaka.



Tetamu ketiga beraya ke rumah aku.  Dapat aku hidangkan Nasi Daging, Air Assam, Devil Chicken Curry, Daging Dendeng Basah, Puding Roti dan Jus Longan.





Nasi Kebuli Ayam





2 cawan beras basmathi - direndam 20 minit dan toskan
3 keping dada ayam 
1 st serbuk kunyit
1 sb saffron - direndam dalam air panas
3 cawan air 
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 pokok daun ketumbar
sedikit bawang goreng
1 cawan minyak untuk menggoreng ayam
garam secukup rasa

Bahan kisar :
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2" halia
1" lengkuas
2 batang serai
1 sb lada hitam
1 sb ketumbar biji



1.  Lumur ayam dengan serbuk kunyit.  Ambil separuh dari bahan kisar tadi dan masukkan dalam periuk bersama air dan ayam. Rebus hingga ayam mendidih.  Toskan ayam dan asingkan air rebusan untuk memasak nasi nanti.



2.  Ayam yang telah ditoskan tadi digoreng bersama dengan bahan-bahan rebusan tadi hingga garing.  Ketepikan.




3.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis baki bahan kisar tadi hingga naik bau.  



4.  Masukkan serai dan beras.  Goreng sekejap.  Masukkan air rebusan ayam dan saffron bersama air rendamannya.  Boleh tambah air untuk dapatkan sukatan air yang bersesuaian dengan jenis beras yang digunakan.



5.  Akhir sekali masukkan garam dan daun pandan.  Biarkan nasi masak seperti biasa.  Lepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi bersama dengan rempah-rempahnya.  Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.







Friday, August 23, 2013

Daging Bistik


Satu ketika dulu masakan ni memang top kat kampung terutama masa kenduri.  Sekarang ni dah susah nak jumpa.  Masakan ni simple dan sedap.  


1/2 kg daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji kentang
1/4 cawan kacang peas 
1 biji tomato - dipotong empat
1 biji cili merah - dihiris serong
kicap secukupnya
1 cawan air
garam
                                           
Bahan kisar :
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1/2 st lada hitam
5 tangkai cili merah/cili kering

1.  Kentang dihiris nipis dan digoreng.  Ketepikan.


2.  Daging dipotong nipis dan direbus dengan 1 cawan air agar cepat empuk.  Asingkan daging dan air rebusannya.  Ketepikan.

3.  Tumis bahan kisar dan bila telah naik bau, masukkan daging rebus tadi.  Gorengkan hingga rempah itu sebati dengan daging.


4.  Masuk air rebusan daging.  Bila mendidih, masukkan kicap secukupnya, bawang besar dan garam secukup rasa.

5.  Akhir sekali masukkan tomato, kentang dan kacang peas.  Balik-balikkan dan angkat.  Bila menghidang, taburkan cili merah.  




Loncom

Resipi asal ada di di sini.  Bak kata yang empunya blog dia pun tak tahu kenapa nama resipi tu macam tu. Apa pun ikut je lah namanya LONCOM walaupun bunyinya memang kelakar.  




Yang aku buat ni dah ubah sikit ikut bahan yang aku ada.

1/2 biji capsicum - didadu  
1 biji cili merah - dihiris serong
1 biji bawang besar - dihiris 
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji tomato 
1/4 cawan ikan bilis
3 biji buah belimbing buluh 
2 biji telur
2 cawan air
garam secukup rasa



1.  Telur dipukul sedikit dan didadar.  Kemudian dipotong-potong.  Ketepikan.

2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan ikan bilis hingga naik bau.

3.  Kemudian masukkan air, belimbing buluh, tomato, capsicum dan garam.  

4.  Bila mendidih, masuk telur dadar.  Tutup api.




Friday, August 16, 2013

Agar-agar Cendol Gula Melaka




Lapisan Bawah :
10 gm agar-agar
700 ml air
250 ml santan pekat
1/2 cawan gula pasir
500 gm cendol
1/4 st garam

Lapisan Atas :
10 gm agar-agar
700 ml air
100 gm gula melaka
1/4 cawan gula merah
250 ml santan pekat
1/4 st garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah :
Masuk air, agar-agar dan gula ke dalam periuk.  Masak hingga semua larut.  Kemudian masuk santan dan garam.  Biarkan mendidih sedikit sambil dikacau-kacau.  Akhir sekali masukkan cendol dan garam dan tuangkan dalam acuan yang telah dibasahkan supaya ia mudah dikeluarkan.  Sejukkan dan biar ia keras sedikit.  

Untuk mengelakkan cendol itu mendak di bahagian bawah, kacaukan perlahan-lahan dengan sudu semasa agar-agar itu hampir keras.  Kemudian cakarkan bahagian atasnya dengan garfu sebelum dituangkan adunan bahagian atas.



Cara Menyediakan Lapisan Atas :
Masuk air, gula merah dan serbuk agar-agar ke dalam periuk.  Bila gula dan agar-agar telah larut, tapiskan. Kemudian dimasukkan semula ke dalam periuk diikuti dengan santan dan garam.  Kacau-kacaukan dan bila hampir mendidih, tutup api. 




Thursday, August 1, 2013

Agar-agar Kemenyan




Bahagian A :
10 gm agar-agar tali
1 cawan susu cair
3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
1/4 st garam

1.  Masak agar-agar, air, gula dan daun pandan hingga gula larut.
2.  Masuk susu cair dan garam.  Masak sekejap tapi jangan sampai mendidih.
3.  Tuang dalam loyang.  Bila keras, dipotong-potongkan.



Bahagian B :
20 gm agar-agar tali
4 cawan air
100 gm gula melaka
2 sb gula merah
1 helai daun pandan
1/4 st garam

1.  Masak agar-agar, air, gula melaka, gula merah dan daun pandan.
2.  Bila mendidih, tapis agar-agar dan tuangkan dalam agar-agar yang dipotong-potong tadi.  Sejukkan biar keras. 





Agar-agar yang dipotong-potong itu dibiarkan berterabur di dalam loyang/bekas supaya kelihatan seperti rupa kemenyan.





Green Peas Cookies




500 gm kacang peas masin
500 gm tepung gandum
240 gm gula ising
2 cawan minyak jagung
1 biji kuning telur untuk sapuan

1.  Kacang peas hijau dikisar halus.



2.  Masuk tepung dan gula.  Gaul rata.

3.  Masuk minyak sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut.

4.  Bentukkan bulat-bulat kecil, 10gm setiap biji.



5.  Sapu kuning telur di atasnya dan letak sebiji kacang peas di atasnya.



6.  Bakar pada suhu 175C selama 20-25 minit.