Friday, February 1, 2013

Teh 3-Layer Sejuk



20 gm gula melaka/gula apong
1/4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 sb serbuk teh
1/4 cawan air
ais ketul secukupnya

Cara menyediakan sirap gula melaka
Gula melaka dimasak dengan 1/4 cawan air hingga larut.  Kalau masak lebih, sirap gula melaka ni boleh disimpan untuk kegunaan yang lain.  Sirap ini kenalah sedikit likat.



Cara menyediakan teh pekat
Serbuk teh dimasak dengan 1/2 cawan air dan tapis.  



Untuk melapis teh 3-layer
Step 1 :  Mula-mula masukkan sirap gula melaka itu ke dalam gelas tinggi. Jika menggunakan gula apong, terus masukkan gula apong itu sahaja ke dasar gelas.

Step 2 :  Masukkan ketulan ais penuh hingga ke permukaan gelas.

Step 3 :  Tuangkan susu cair perlahan-lahan di atas ketulan ais itu tapi jangan sampai penuh ke permukaan gelas.  

Step 4 :  Akhir sekali tuangkan teh pekat tadi.



Kalau tidak gunakan ais, masa nak tuangkan susu cair tu gunakan belakang sudu.  Alirkan susu cair itu perlahan-lahan di belakang sudu.  

Akhir sekali dengan menggunakan kaedah yang sama, barulah dituangkan teh pekat perlahan-lahan di atas susu cair tadi.  Lebih baik diletakkan belakang sudu tu di bahagian tepi gelas supaya tuangan teh pekat itu tidak bercampur sangat.





No comments:

Post a Comment