Friday, July 27, 2012

Pulut Inti Serunding Kelapa




1/2 biji kelapa parut
1 helai daun kunyit
1 st gula pasir
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
4sb udang kering - disangai dulu
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah 
2 batang serai
2" kunyit hidup

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.


2.  Masuk daun kunyit, gula pasir, garam dan kelapa.  Gaul rata dan masak hingga kelapa itu kelihatan kering tapi lembab sedikit.  Jangan terlalu kering berderai.




Cara sediakan pulut :

1 cawan beras pulut
1 cawan santan
garam secukup rasa
1 helai daun pandan

1.  Rendam beras pulut lebih kurang 4 jam ataupun semalaman.


2.  Panaskan pengukus hingga airnya mendidih.  Masukkan beras pulut, santan, garam dan daun pandan dalam loyang.  Santan itu mestilah separas dengan beras pulut.


3.  Kukuskan beras pulut itu hingga masak.  Gaul-gaulkan beras pulut itu satu atau dua kali semasa dalam proses mengukus itu biar santan bergaul rata.  


4.  Masukkan sedikit serunding kelapa ke dalam bekas kecil seperti acuan kuih lompang.  Kemudian masukkan pulut secukupnya.  Tekankan sedikit dan tangkupkan atas daun pisang.  Bungkuskan dan dah boleh dihidangkan.







Thursday, July 26, 2012

Laksam




Laksam
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
garam secukup rasa

1.  Gaul semua bahan hingga sebati. 
2.  Sapu loyang dengan sedikit minyak supaya laksam tidak melekat.
3.  Ambil 3/4 cawan adunan tadi dan tuang dalam loyang 7" cukup 
menutupi permukaan dasar loyang.  Kemudian dikukus.  
Sekejap aje nak mengukusnya.
4.  Bila masak, keluarkan loyang dari kukusan dan terus gulung 
dalam loyang tu.  Potong-potongkan laksam itu.




Kuah Laksam
4-5 ekor ikan selayang - direbus dan dibuang tulang
1" halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb lada hitam
700 ml santan pekat
1 keping asam-keping
2 tangkai daun kesum
garam secukup rasa

1.  Kisar ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
2.  Masuk semua bahan dalam periuk dan masak kuah laksam itu.
3.  Bila kuah dah mendidih dan hampir pekat, masukkan daun 
kesum.  Daun kesum tu boleh juga dihiris dan dibuat ulam.





Sambal
5 biji cili merah
1 sb belacan
garam secukup rasa
2 biji limau kasturi

Tumbuk cili merah, belacan dan garam. Perahkan jus limau.



Ulam-ulaman
Timun
Kacang botol
Tauge
Bawang besar
Limau kasturi

Masukkan sedikit laksam ke dalam mangkuk.  Letak tauge, bawang besar, kacang botol dan timun.  Tuangkan kuah laksam.  Letak sedikit sambal dan perahkan jus limau kasturi.





Polis Filipina Kuruskan Badan


Kem Kuruskan Badan untuk polis filipina yang gemuk sahaja.
Only for the obese one.
Untuk pastikan mereka ini boleh kekalkan kerja mereka
Mereka mesti kuruskan badan ke satu tahap yang ditetapkan.






Biskut Badam



120 gm planta
80 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
60 gm badam kisar
200 gm tepung gandum
kepingan badam - dipanggang sekejap dalam oven
1 biji kuning telur - untuk sapu

1.  Gaul planta dan gula hingga kembang.
2.  Masuk kuning telur dan esen vanila.  Gaul rata.
3.  Masuk badam kisar dan tepung gandum.  Uli hingga 
     menjadi doh yang lembut.
4.  Canai dan terap ikut suka.  Sapu dengan kuning telur     
     dan hias dengan kepingan badam di atasnya.
5.  Bakar biskut pada suhu 180C selama 15 minit.





Pulut Lemak



1 cawan beras pulut
3/4 cawan santan 
1 helai daun pandan
1 cawan kelapa parut putih
10 ekor ikan masin bulu ayam
sedikit beras biasa 
garam secukup rasa

1.  Beras pulut direndam semalaman.  Beras digoreng tanpa minyak hingga kekuningan.  Ikan masin digoreng garing.  Kelapa parut digaul dengan sedikit garam.  Jika tak nak kelapa cepat basi, kukus kelapa itu sekejap dalam 3-4 minit.


2.  Masuk beras pulut, santan dan garam dalam periuk dan masak seperti masak nasi biasa.  Bila pulut hampir masak, masukkan daun pandan.  


Kalau nak kukus pun boleh juga tapi jangan lupa rendam dulu pulut tu sekurang-kurangnya 4 jam.  Sesekali dikacau pulut itu dan kukus lagi hingga pulut betul-betul masak.  Sambil itu renjiskan sedikit air pada pulut jika pulut terlalu kering.

3.  Masa menghidang tu, taburkan dengan beras goreng dan bawang goreng kalau ada...krup krap krup krap kerangupannya.  

Pulut ini sedap dimakan dengan kelapa parut dan ikan masin.  Kalau nak makan dengan sambal pun sedap.  





Wednesday, July 25, 2012

Nasi Goreng Pattaya




300 gm nasi sejuk
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi hijau
1 sb udang kering
1 sb cili kisar
3" carrot 
6 biji fish ball
1 sb air rebusan daging
2 biji telur
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Bawang besar, bawang putih dan cili padi dihiris.  Carrot dipotong halus memanjang.  Fish ball dipotong 3. 

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan hiris, fish ball, udang kering dan cili padi. Lepas itu masuk cili kisar dan tumis lagi hingga nampak garing.



3.  Masuk carrot dan tumis lagi.  Masuk pula air rebusan daging dan biarkan sekejap.

4.  Lepas itu masuk nasi sejuk dan garam.  Gaul rata dan masukkan dalam mangkuk yang cukup untuk seorang makan.  Padatkan nasi itu.



5.  Panaskan kuali.  Kuali kena betul-betul panas.  Kalau tidak telur akan melekat.  Pukul telur sedikit bersama sedikit garam dan 1 sb air.  Tuangkan telur itu dalam kuali.  


     
Lenggangkan kuali tu supaya telur tu merata bulat nipis di dalam kuali.  Bila permukaan telur telah nampak masak, tingkupkan mangkuk berisi nasi goreng tadi di atas telur yang didadar itu.  

Mangkuk tu janganlah besar sangat.  Nanti tak boleh bungkus. Agak-agaklah besar mana telur yang didadar itu.  Bungkuskan empat persegi telur yang berisi nasi goreng itu.  
Ambil pinggan, tingkupkan pinggan tu dalam kuali dan terbalikkan kuali supaya telur yang berbungkus nasi tu terletak kemas di dalam pinggan.
     
Kebiasaannya kalau di kedai, nasi pattaya ni mesti diletakkan sos cili/sos tomato di atasnya.  Tapi aku tak minat macam tu.


















Wang Kertas Baru


dari : FB "saya anak melaka"
  
secara kebetulan atau suratan...
duit kertas baru yang seakan2 duit sembahyang china mati...
raya kang jgn tersilap bg kat anak2 buah, sudah...


Monday, July 23, 2012

Spanish Omelette


Bahan asas Spanish Omelette ini adalah kentang, telur, bawang dan garam.  Kalau kentang banyak, ia akan lebih tebal dan padat macam kek.  Itulah yang sepatutnya.


Kalau nak asuk bahan-bahan lain tu ikut suka hati.  Makanan ini mengenyangkan disebabkan kandungan kentang itu.

4-5 biji telur
1 biji kentang
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
2 sb minyak zaitun
secubit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Kentang dibelah dua dan dipotong nipis.  Bawang besar dan cili merah dihiris.

2.  Panaskan minyak zaitun.  Goreng kentang, bawang besar dan cili merah hingga kentang empuk.  Boleh juga digorengkan hingga kentang itu garing.  Lepas itu toskan minyaknya.


3.  Pukul sedikit telur itu dengan whisk macam nak buat telur dadar biasa.  Masukkan semua bahan yang digoreng bersama bahan-bahan yang lain.  Biarkan sekejap dalam 10 minit.



4.  Panaskan semula minyak zaitun lebihan menggoreng kentang tadi.  Masukkan campuran telur itu dan goreng hingga garing dan permukaannya masak sedikit.


5.  Untuk terbalikkan telur itu, mula-mula letakkan pinggan leper bertinggkup atas pan dan terbalikkan pan itu.  Lepas itu lorotkan telur itu semula ke dalam pan dengan bahagian mentah itu ke bawah.  


Kemaskan tepi-tepi telur itu dan gorengkan hingga garing dan angkat.



Sunday, July 22, 2012

Fu Yong Egg - Chinese Omelette


Ini adalah sejenis masakan cina.  Bahan-bahan yang digunakan boleh dipelbagaikan ikut suka masing-masing.  Selain bahan yang aku gunakan ini boleh juga digunakan udang, ayam, tomato, cendawan dan lain-lain.

3 biji telur
2 batang crabmeat - dipotong pendek
2" carrot - dipotong memanjang
1 cawan kobis yang dihiris
1 biji fish ball - dipotong nipis
1/4 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dicincang
1 pokok daun bawang - dihiris
1 cawan minyak masak
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Pukul telur dan masukkan crabmeat, carrot, kobis, fish ball, bawang besar, bawang putih, daun bawang, serbuk lada sulah dan garam.



2.  Panaskan minyak dalam kuali.  Ambil sesenduk campuran telur tadi dan biarkan seketika senduk itu dalam minyak panas itu dan perlahan-lahan lorotkan telur itu ke dalam minyak panas.  Gorenglah seperti membuat telur dadar biasa.  Telur itu boleh dibuat beberapa keping kecil atau 1 keping besar.



3.  Bila bahagian bawah telah masak, terbalikkan dan masak lagi. 


                                Maaf gambar terlalu gelap.

4.  Masa menghidang, tuangkan sos di atas telur goreng itu.



Bahan untuk sos :
1 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 cawan air biasa/air rebusan ayam
1/2 st serbuk lada sulah
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat
1/2 st minyak bijan
1 sb minyak untuk menumis
1 sb tepung gandum + sedikit air (bancuh)
air secukupnya
garam, gula secukup rasa

1.  Panaskan minyak.  Tumis bawang putih hingga wangi.
2.  Masukkan bancuhan tepung gandum, air/air rebusan ayam, serbuk lada sulah, sos tiram, kicap, minyak bijan, garam dan gula.
3.  Kacaukan laju-laju supaya sebati hingga agak pekat.  Jika terlalu pekat boleh tambah air.  
4.  Kemudian dituang di atas telur yang didadar tadi.  

Kalau tak nak buat sos ni pun tak apa.  Makan dengan kicap aje pun dah sedap untuk tekak melayu ye.




Friday, July 20, 2012

Beza Marjerin dan Shortening/Crisco


 sumber : dari sini

>>Crisco adalah jenama sejenis shortening





Marjerin
Marjerin adalah bahan gantian kepada mentega kerana harganya yang lebih murah. Ia diperbuat daripada lemak sayuran ataupun lemak haiwan. Di negara kita, marjerin diperbuat dari minyak kelapa sawit, garam, air,pewarna, perisa, antipengoksida dan lain-lain. Ia bewarna kuning dan tidak mengandungi lemak susu. Bagi kebanyakan industri bakeri, mereka mengunakan marjerin untuk menjimatkan kos dan menambah perisa seperti butteroil dan lain-lain supaya rasanya sama seperti menggunakan mentega. Saya juga kadangkala mencampurkan marjerin dan mentega tulin bagi mendapatkan rasa seperti mentega untuk membuat kek dan juga biskut. Kek mentega yang menggunakan campuran dua bahan ini elok gebunya dan kurang berminyak jika dibandingkan dengan menggunakan majerin 100 peratus. Untuk membuat krim mentega sejenis marjerin bernama krimwell digunakan. Ia bewarna putih dan sesuai dicampurkan dengan mentega untuk membuat krim ini.

Panduan Penyimpanan
Marjerin tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana ia keras pada suhu bilik. Marjerin yang telah dibuka hendaklah disimpan di dalam bekas bertutup rapat bagi menghindarkan ia menyerap bau-bauan dari makanan lain. Letakkan ia dalam almari yang kering dan dingin. Jangan simpan di tepi dapur atau tempat panas kerana ia akan cair.

Shortening
Shortening adalah lemak sayuran putih yang berkalori tinggi dan tidak mengandungi karbohidrat atau protin. Ia bewarna putih dan sering digunakan dalam pembuatan pastri, roti,krim mentega dan lain-lain. Shortening jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ia ada digunakan sedikit dalam pembuatan biskut. Anda perlu berhati-hati apabila membeli lemak putih ini kerana ada sejenis lemak putih yang dinamakan LARD adalah diperbuat dari lemak babi.Cara penyimpanan adalah sama dengan marjerin.

Wednesday, July 18, 2012

Kek Kukus Buah-Buahan

loyang : 8" x 8" x 3"



150 gm buah -buahan campuran
250 gm planta
140 gm brown sugar
300 gm tepung gandum
1 st sodium bikarbonat
1 st baking powder
3 biji telur 
150 gm gula pasir

1.  Ayak tepung gandum, baking powder dan  sodium bikarbonat.  Masukkan buah-buahan campuran.  Gaul rata dan ketepikan.  Ini bagi mengelakkan buah-buahan itu mendak ke dasar kek.  



2.  Pukul planta dan brown sugar hingga kembang.

3.  Masuk telur satu persatu sambil dipukul hingga gebu.



4.  Masuk pula campuran tepung tadi sambil digaul rata.



5.  Pada waktu yang sama, masuk gula pasir dalam periuk dan masak hingga gula cair dan bertukar perang.  Tuangkan terus ke dalam adunan kek tadi panas-panas.  Gaulkan dengan segera.



6.  Sapukan loyang kek dengan planta dan dialas dengan kertas baking.  Masuk adunan kek dan hias dengan ceri dan badam.  
Tutup loyang dengan wrapping plastik atau dengan aluminium foil dan diikat dengan tali.  Ini untuk elak wap jatuh ke atas kek.    

7.  Kukus 3-4 jam.  Tambahkan air dalam kukusan dengan air panas/suam jika perlu.




Biskut Kenari

sumber : dari sini



Bahan untuk biskut 
10 oz tepung gandum
1/4 cawan gula castor
6 oz butter
badam keping 
jem

Bahan untuk topping
2 biji putih telur
100 gm gula ising
1 st tepung jagung

1.  Pukul butter dan gula hingga putih.

2.  Masuk tepung dan gaul rata.

3.  Masukkan adunan ke dalam acuan berukuran 7"x7" yang telah dialas dengan baking paper.  Tekan-tekankan adunan itu sampai rata dan cucuk-cucukkan dengan garfu.  



4.  Bakar selama 15-20 minit pada suhu 170C.



5.  Keluarkan dari oven.  Bila sejuk sapu jem dan tuang topping. Tabur badam dan bakar lagi 10 minit.



6.  Biar biskut sejuk baru dipotong.  Biskut akan pecah jika dipotong semasa masih panas.  Kemudian masukkan semula biskut ke dalam loyang dan bakar semula sehingga masak kekuningan.